Siapa sahaja yang tidak kenal dengan personaliti terkenal di media sosial ini. Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman mula popular dalam kalangan rakyat Malaysia apabila dia memuat naik video tutorial masakannya di Instagram.
Dengan jutaan pengikut setia yang meminati konsep video masakan yang dipersembahkan, anak jati Kelantan ini kemudiannya menceburi bidang perniagaan menerusi penghasilan produk Sambal Nyet Berapi.
Baru-baru ini menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, Gordon memberikan reaksi terhadap resipi Burnt Sugar Steamed Pudding yang disediakan oleh Khairulaming.
Sekiranya anda menonton video itu, pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman menjelaskan bahawa dia mengambil inspirasi daripada buku Gordon Ramsay’s Uncharted: A Culinary Adventure With 60 Recipes From Around the Globe untuk menghasilkan pencuci mulut berkenaan.
Ads
Gordon dilihat memuji teknik masakan Khairul sepanjang video reaksi itu yang disifatkan sangat menarik dan tepat. Cef selebriti dari United Kingdom itu ternyata tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila melihat hasil akhir juadah yang disediakan oleh Khairulaming.
”Saya akan berada di Malaysia minggu depan dan saya akan tunjuk kepada kamu sekali lagi. Tahniah,” ujar Gordon.
Khairulaming berkata menerusi ciapan di laman Twitter, “Guysss Gordon Ramsay duet video masak sayaaaa.”
Khairul berkata dalam video balasnya bahawa dia hanya menyedari video reaksi berkenaan pagi tadi, “Tadi aku bangun tidur lepas tu semua orang duduk tag aku yang Gordon Ramsay dah react video masak weh seriouslah? Aku harap dia tak makilah. Aku takut dia marah ke maki apa kan. Kita tengok dulu apa reaction dia.”
Dalam pada itu, Khairulaming juga sempat berseloroh di hujung videonya ketika membalas video Gordon, “Haaa datang Malaysia. Saya bagi sambal.”
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tak pernah main layang-layang masa zaman kanak-kanak korang dulu. Memang rugi lah.
Penulis siap buat sendiri, Lepas itu, lawan siapa punya boleh terbang paling tinggi. Ada juga yang langsung tak terbang. Kira layang-layang ni antara permainan tradisional masyarakat dunia untuk mengisi masa lapang. Dan sehingga kini ia masih relevan dimainkan.
Terbaru, di Mesir kini tidak boleh bermain layang-layang selepas pihak berkuasa di sana mengeluar perintah pengharaman atas sebab keselamatan dan amaran penggubal undang-undang bahawa ia boleh cetus ancaman keselamatan negara.
Polis Mesir dilapor mula bertindak tegas rampas layang-layang daripada penduduk tempatan yang menerbangkannya sejak minggu lalu, menurut media tempatan di sana.
Pihak polis menyita 369 buah layang-layang di sekitar ibu kota Mesir pada Jumaat lalu, lapor akhbar Al-Ahram, manakala Al-Youm berkata 99 buah layang-layang dirampas di Iskandariah.
Malah pihak polis turut denda seramai lima orang di bandar pelabuhan pinggir Laut Mediterranen yang juga popular dirujuk sebagai Alexandria itu sehingga cecah 1,000 pound (kira-kira RM267).
Langkah itu diperkenalkan demi memastikan keselamatan rakyat dijamin ekoran beberapa siri kemalangan babit layang-layang, kata Gabenor Iskandariah di laman sosial Facebook rasminya.
Usaha pengharaman yang agak pelik itu dibuat kerana panorama langit di Mesir penuh dengan ribuan layang-layang kertas berwarna-warni yang diterbangkan oleh belia dari bumbung rumah.
Hobi masa lapang tersebut bermula ketika pihak berkuasa lancar perintah berkurung sepanjang waktu malam untuk kekang penularan wabak COVID-19 di seluruh negara rantau Afrika Utara itu.
Permainan tersebut didakwa boleh menimbulkan ‘ancaman keselamatan negara’ kerana ada layang-layang mungkin dipasang dengan kamera pengawasan mini seumpama pesawat dron.
La, layang-layang pun boleh ancam negara eh. So apa pendapat korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di kala hampir keseluruhan rakyat Malaysia sedang mempraktiskan amalan kendiri dengan duduk di rumah demi melandaikan jumlah kes baharu COVID-19 di negara kita, nampaknya ada segelintir pihak yang masih rakus menggadai alam sekitar demi kelangsungan hidup (dan poket) mereka.
Perkongsian beberapa imej daripada akaun Facebook Kuala Krai Kini sejak 2 Jun lalu telah menghampakan ramai warganet. Imej yang menunjukkan perubahan ketara warna air serta persekitaran di kawasan rekreasi Air Terjun Lata Y, Sungai Rek dekat Kuala Krai, Kelantan telah mengundang perasaan kecewa serta amarah orang ramai.
“Mendidih darah saya..,” catatnya menerusi ciapan di Twitter kelmarin setelah terlihat foto perbandingan Air Terjun Lata Y antara Mei 2020 dan Jun 2021. Sememangnya ibarat langit dan bumi!
Skala serangan ke atas biodiversiti di sana jelas membuktikan bahawa kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar di negara kita masih ‘kalah’ dengan kepentingan peribadi sesetengah pihak.
Dakwa akaun Facebook Kuala Krai Kini, kehancuran alam sekitar ini adalah impak daripada aktiviti pembalakan yang masih aktif dilakukan di sekitar Hutan Simpan Sungai REK di Kuala Krai, Kelantan.
Lapor rakan media di Sinar Harian yang telah turun padang semalam bagi meninjau kawasan Lata Y pula, mereka telah mendapatkan maklum balas daripada Pengarah Perhutanan Kelantan iaitu Encik Abdul Khalim Abu Samah.
Kata beliau, keadaan air keruh itu berlaku kemungkinan susulan hujan lebat pada hari Selasa lalu dan kebiasaannya, keadaan air akan kembali pulih seperti sedia kala selepas cuaca baik.
Dalam pada itu, kerajaan Kelantan telah mengarahkan Jabatan Perhutanan Negeri untuk melakukan siasatan lanjut berkaitan imej pencemaran air yang telah tular itu.
Haih, tahun demi tahun ada saja laporan mengenai penindasan terhadap alam di Malasyia yang semakin hari semakin pupus.
Mana mungkin sekumpulan kecil pejuang alam sekitar seperti Maya Karin, sebagai contoh, dapat mempertahankan khazanah semulajadi ini sekiranya pihak-pihak tidak bertanggungjawab masih meneruskan sifat ketidakpedulian mereka demi mencekup hasil lumayan?
Semua dah tahu tentang tunjuk perasaan mahasiswa di Indonesia baru-baru ni yang penuh dengan kontroversi dan hari ini masuk hari ke tiga demontrasi bagi membantah Undang-Undang Cipta Kerja atau lebih dikenali sebagai Omnibus Law yang didakwa sebagai ancaman kepada hak pekerja.
Ditengah dunia sibuk melawan pandemik muat Covid19, lebih 5,000 mahasiswa dari 300 universiti seluruh Indonesia telah melakukan protes membantah unduang-undang ini.
Undang-Undang Cipta Kerja tersebut yang diluluskan tiga hari lebih awal iaitu pada Isnin lalu berbanding tempoh yang ditetapkan pentadbiran Presiden Jokowi. Yang lebih memburukkan keadaan, Gabungan Kesatuan Pekerja Indonesia mendedahkan mereka akan mogok selama tiga hari selepas hampir sejuta pekerja meninggal kilang untuk menyertai tunjuk perasaan tersebut.
Protes besar-besaran ini turut berjalan di medium media sosial selain daripada protes secara aman yang dilakukan di lebih enam buah bandar di seluruh Indonesia.
Omnibus Law
Istilah ini pertama kali muncul dalam pidato pertama Jokowi seleas dilantik sebagai Presiden Indonesia buat kali kedua. Dalam pidatonya, Jokowi menyebut mengenai konsep undang-undang yang disebut sebagai omnibus law.
Omnibus Law menggunakan konsep yang secara formalnya menggabungkan beberapa pindaan peraturan menjadi satu bentuk undang-undang baru yang lebih tepat pada sasaran
Omnibus Law Cipta Kerja
Konsep Omnibus Law yang diperkenalkan Jokowi di Indonesia lebih banyak berkait dengan bidang pekerjaan. Ada dua yang dicadangkan pemerintah iaitu Penciptaan Pekerjaan dan Perpajakan.
Beri Kesan Pada Buruh
Undang-undang tersebut didakwa boleh menarik pelabur asing sebagai kunci untuk meningkatkan daya saing ekonomi terbesar di Asia Tenggara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Namun, Undang-undang baharu yang diluluskan Parlimen Indonesia ini dikatakan hampir 70% daripada tidak melindungi hak pekerja dan melonggarkan peraturan alam sekitar yang akan menyebabkan beberapa masalah kepada pekerja buruh, antaranya:
1. Kontrak tanpa batas
Undang-undang Omnibus Law di Indonesia ini menghapus peraturan mengenai jangka waktu perjanjian kerja atau pekerja kontrak. Segala perkara mengenai jenis pekerjaan, tempoh waktu bekerja, kontrak pekerjaan semuanya akan diatur dibawah peraturan kerajaan.
Jika sebelum ini, Undang-Undang Tenaga Kerja menetakan bahawa kontrak perjanjian pekerjaan paling lama adalah dua tahun dan boleh dipanjangkan sekali maksimum setahun. Namun dengan adanya peruntukan baru ini, ianya memberi peluang kepada majikan untuk mengekalkan status pekerja kontrak untuk selama-lamanya yang mana ianya jelas memberikan kelebihan kepada pihak majikan dan menjejaskan pekerja.
2. Hari cuti dipendekkan
Pekerja yang sebelum ini menikmati hari cuti dua hari seminggu terpaksa menikmati hanya sehari waktu cuti dan enam hari waktu bekerja.
Malah dalam undang-undang baru ini juga menyebabkan syarikat ‘hilang kuasa’ untuk memberikan rehat panjang dua bulan kepada pekerja yang telah bekerja selama enam tahun berturut-turut dan berlaku setiap gandaan selama enam tahun masa kerja.
Dalam pada itu juga cuti tahunan paling sedikit diberi adalah 12 hari selepas pekerja terus bekerja selama 12 bulan selain daripada tempoh kerja lebih masa yang dibenarkan cuma empat jam sehari membawa kepada 18 jam seminggu.
3. Hak menamatkan kontrak pekerjaan
Dalam undang-undang ini, hak pekerja untuk menamatkan kontrak pekerjaan dihapuskan sekiranya pekerja merasakan mereka dianiaya majikan.
Secara ringkasnya, pekerja hanya boleh memohon untuk menamatkan kontrak mereka dengan mengadu kepada lembaga buruh jika majikan menganiaya, menghina secara kasar, memberikan ancaman dan lewat membayar gaji selama tiga bulan berturut.
Jika majikan terbukti bersalah, maka pekerja akan menerima wang pampasan dua kali ganda dan beberapa wang penghargan lain termasuklah wang penggantian hak yang teraniaya.
Jika majikan dibuktikan tidak bersalah, maka pekerja tadi tidak akan menerima apa-apa pun wang pampasan.
4. Gaji
Selain daripada tiga di atas, undang-undang ini telah menyebabkan berlakunya perubahan pada gaji minimum sektoral yang mana akan lebih memihak kepada gabenor wilayah – gaji pemberhentian adalah sehingga gaji maksimum 19 bulan, bergantung kepada berapa lama pekerja itu bekerja. Berbanding sebelum ini, tempoh maksimumnya ialah 32 bulan.
Protes-protes yang menyasarkan beberapa kawasan utama termasuklah Istana Presiden dan Kompleks Dewan Perwakolan Rakyat di Jakarta Pusat.
Namun, ini bukanlah kali pertama protes dan rusuhan yang dilakukan oleh mahasiswa disana, jadi marilah kita doakan yang terbaik untuk negara jiran kita ini.