
Terbaru, guru yang didakwa merempuh dua pelajar di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas sehingga mengakibatkan tragedi menyayat hati kini dibebaskan dengan jaminan polis pada hari ini selepas tamat tempoh reman.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat memaklumkan bahawa guru wanita berusia 57 tahun itu telah dilepaskan selepas proses reman dua hari di Mahkamah Majistret Kota Bharu selesai.
Menurut beliau, pihak polis telah merakam keterangan individu terbabit dan siasatan lanjut kini telah pun dilengkapkan sebelum tindakan pendakwaan diambil dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan: Pelajar Tingkatan Satu Maut Dirempuh Kereta Di Hadapan Surau Dalam Kawasan Sekolah
Artikel Berkaitan: Tragedi Depan Surau Sekolah, Guru Dipercayai Tertekan Minyak Direman

Tambahnya, wanita berkenaan akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas segala proses siasatan selesai dijalankan oleh pihak berkuasa.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa seorang lagi pelajar yang terlibat dalam insiden berkenaan masih menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai dirempuh kenderaan yang dipandu guru berkenaan, manakala seorang lagi rakan mangsa mengalami kecederaan serius.
Artikel Berkaitan: “Saya Maafkan…” Bapa Pelajar Tingkatan Satu Pilih Tidak Panjangkan Isu, Serah Siasatan Kepada Polis

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata kejadian berlaku sekitar jam 1.50 tengah hari di kawasan hadapan surau sekolah tersebut yang melibatkan sebuah kenderaan dipandu guru wanita terbabit.
Hasil siasatan awal mendapati insiden berkenaan dipercayai berlaku apabila pemandu berkenaan dikatakan tertekan pedal minyak secara tidak sengaja sebelum hilang kawalan dan merempuh kedua-dua pelajar tersebut.
Sumber: Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!














