Lebih kurang sudah seminggu berakhirnya drama rantaian popular Budak Tebing ditayangkan di televisyen, namun ia masih meninggalkan kesan di hati penonton. Rata-rata netizen berpuas hati dengan lakonan dan jalan cerita budak remaja yang tidak klise.
Drama yang dibintangi oleh Adam Lee (Arif), Aedy Ashraf (Tongki), Bella Downna (Laura), Eyka Farhana (Ira), Firdaus Ghudran (Talam) & Faris Isqandar (Yoyol) mengisahkan tentang hubungan persahabatan di antara Arif, Tongki dan Laura yang berusaha mengembalikan semula keakraban mereka selepas Tongki pulang semula ke kampung untuk mendapatkan kembali tanah arwah emaknya dan Arif pula sudah dibebaskan dari sekolah Henry Gurney atas tuduhan membunuh kawan baiknya, Kodi.
Karya ini berjaya menarik minat seorang guru yang juga merupakan ayah kepada anak-anak remaja kerana tema drama ini sangat dekat dihatinya. Menurut penulisannya dalam saifulislam.com:
“Sebagai guru, dan pelajar bidang sains pembelajaran, saya juga sentiasa berminat memahami perkembangan remaja, sama ada dari aspek psikososial mereka, mahu pun kognitif yang menjadi amatan saya melalui butiran perbualan, pemilihan perbendaharaan kata dan cara mereka mengungkap perasaan, fikiran malah gurauan dan amukan. Mungkin kerana, saya juga seorang ayah kepada anak-anak remaja, yang sentiasa mencari kekuatan untuk terus mendidik mereka, di negeri asing ini”.
Ads
“Sesungguhnya kanak-kanak dan remaja bermasalah, adalah ‘produk’ orang dewasa yang bermasalah, jauh lebih awal mendahului segalanya,”
“Tema yang sangat dekat di hati saya sebagai seorang ayah kepada anak-anak remaja, dan cikgu yang melawan struktur sistem pendidikan semasa sebagai latar belakang ramai remaja gagal merasakan pengalaman persekolahan mereka bermakna”.
“Bukan sahaja dialog mereka bersahaja dan lebih tulen berbanding kebanyakan drama Melayu yang berlambak sejak sekian lama, malah emosi yang dibawa juga kuat pada membawa mesej ‘tiada budak jadi nakal tak bersebab’.
“Apa yang berlaku kepada Arif, Yoyol, Tongki, Laura, Ira demikian juga Talam dan kawan-kawan sekeliling mereka adalah kerana perbuatan orang dewasa di sekeliling, termasuk ibu bapa mereka. Sama ada kerana ganas, jahat, lemah, memanipulasi, menganiaya, mengambil kesempatan, atau mengabaikan, dan tidak cukup berazam untuk memberhentikan kitaran beracun yang ada,” jelas pendidik yang kini menetap di Finland.
Ads
Dia juga berterima kasih kepada rakan-rakan di Instagram kerana mencadangkan untuk dia menonton drama bersiri ini.
Bukan hanya jalan cerita, malah OST drama ini juga mendapat pujian dari guru ini.
Ads
“Tetapi, sejujurnya… kepuasan lebih mendalam buat saya, adalah pada OST drama ini, iaitu lagu rap SAKIT persembahan anak muda yang saya hormat dan doakan iaitu Zynakal dan Yonnyboii. Ia menceritakan segalanya”.
Nah, tak hairanlah kalau drama ni jadi trending di twitter ya.
Diharap selepas ini lebih banyak lagi kisah-kisah remaja dapat dikupas dalam drama berkualiti seperti ini supaya dapat membuka minda bukan sahaja remaja, malah golongan dewasa bagi memahami jiwa dan masalah yang berkaitan dengan mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tas tangan dan perempuan memang tidak dapat dipisahkan. Sama ada ukuran besar atau kecil, masing-masing mempunyai pilihan sendiri mengikut keperluan yang dibawa.
Bagi anak muda, pastinya mereka gemarkan rekaan yang rare dan ‘cute’ seiring dengan usia mereka yang inginkan kelainan. Kebanyakan daripada masyarakat kita tidak mengira jenama dan harga beg tertentu, asalkan ianya cantik dan selesa dipakai.
Betul tak?
Ada pelbagai rekaan tas tangan dipasaran, namun apa yang menarik perhatian kami adalah koleksi tas tangan berunsurkan makanan yang dikongsi oleh Palewai Arfianto di laman Facebook.
Tidak pasti sama ada ianya adalah rekaan benar atau pun ‘suka-suka’, namun ia berjaya menarik perhatian netizen.
Jom kita lihat antara koleksi tas tangan yang rare berikut:
Mi segera
Set breakfast
Dessert
Western food pun ada..
Amacam, terliur tak? Bikin lapar saja kan. Hiks!
Kalau memang koleksi ini benar-benar wujud, korang sanggup ke nak pakai?
Walaupun kini tidak lagi memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman masih menerima penghargaan di atas beberapa kejayaan dan inisiatif yang dilakukan oleh beliau sewaktu memegang tampuk kementerian.
Sebagai ahli politik termuda yang perah memegang jawatan menteri di Malaysia, kali ini beliau dicalonkan untuk anugerah One Young World Politician of the Year oleh forum global bagi anak muda.
Pencalanon ini hadir hasil disebabkan inisiatif Syed Saddiq untuk Projek Reben Kuning (Yellow R Project) yang memberi peluang kepada bekas pesalah muda untuk mendapatkan kerja.
Dalam komen balas beliau, Syed Saddiq berterima kasih kepada ‘ahli pasukan’ di Kementerian Belia dan Sukan di atas penghargaan ini.
“Apabila kami bekerja sama, kementerian berjaya mencetuskan inisiatif Projek Riben Kuning yang menawarkan lebih daripada 1,583 peluang pekerjaan kepada anak muda yang pernah melalui detik hitam dan ini adalah peluang kedua dalam hidup mereka.
“Kepada semua belia di luar saya, saya yakin anda adalah masa depan negara. Pecayalah bahawa segala masa dan usaha yang anda salurkan untuk negara akan mendatangkan hasil,” kata beliau menerusi sebuah posting di Facebook.
Setelah dicalonkan, kini Syed Saddiq perlu menunggu pengumuman pada pertengahan Julai ini untuk mengetahui sama ada beliau adalah salah seorang daripada 5 orang ahli politik yang diiktiraf untuk kategori tersebut.
Acara One Young World 2021 Summit ini akan dilangsungkan di Munich Jerman.
Untuk pengetahuan, One Young World merupakan pertubuhan yang diasaskan di Munich dan mempunyai perwakilan dari lebih 190 buah negara.
Antara calon lain yang tersenarai adalah ahli politik dari Kanada, Arab Saudi, Uniterd Kingdom, Sweden, Namibia, Jerman, USA, Argentina, Filipina, UAE, Brazil, Jepun, Algeria dan Afghanistan.
Pada setiap tahun, penganjuran anugerah One Young World Politician of the Year ini akan mengiktiraf 5 orang ahli politik paling memberikan impak dari usia 18 hingga 35 tahun yang menggunakan posisi mereka sebagai seorang ahli politik untuk memberikan impak positif kepada komuniti muda di negara mereka.
*
Kini setelah tidak lagi memegang tampuk pemerintahan, apa pula rancangan Syed Saddiq dalam dunia politik? BACA DI SINI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang memberi sokongan dan doa kepadanya dan juga puteri sulungnya, Fatima.
Menerusi sebuah kenyataan di Instagram, Fazura menzahirkan penghargaan dengan semua kata-kata semangat dan tanda kasih yang diterimanya selama ini.
“Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Pertama sekali, Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu yang lalu,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon popular Pisau Cukur itu turut menjelaskan bahawa keputusan yang dibuat pada 13 September lalu diambil setelah pertimbangan mendalam tentang masa depan mereka.
“Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada semua. Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz,” ujarnya lagi.
Selain, Fazura nekad untuk meneruskan keputusan tersebut demi maruah sebagai wanita dan kesejahteraan anaknya.
Justeru, dia juga memohon doa agar proses yang akan datang berjalan lancar dan sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong mereka.
“Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz. Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar.
“Terima kasih sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga,” coretnya panjang.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memberikan kata-kata semangat dan doakan yang terbaik buat usahawan tersebut.
Sebagai info, pasangan popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.