Gunung Kinabalu Dihujani Salji, Kali Terakhir Dilihat Pada 1993

Share

Sejak kebelakangan ini, suhu sejuk yang dialami negara pada ketika ini disifatkan sebagai suatu keadaan biasa dan bukan luar biasa.

Jangan pelik kalau mana-mana tempat di Malaysia dihujani salji pula selepas ini.

Seramai 154 pendaki berserta malim gunung menjadi antara yang bertuah apabila dapat menyaksikan fenomena salji turun di Gunung Kinabalu, pagi semalam. Mereka yang berada di sekitar Sayat-Sayat check point sedang dalam pendakian ke puncak terpegun melihat kejadian yang jarang sekali berlaku itu secara langsung.

Keterujaan itu mendorong mereka untuk merakam kejadian itu sebelum memuat naik ke media sosial, yang kemudiannya tular di media sosial.

 

Menurut Pengurus Taman Kinabalu, Justinus Guntabid, fenomena berkenaan pernah direkodkan berlaku di Gunung Kinabalu pada tahun 1975 dan kali terakhir pada 1993.

Pengurus Taman Kinabalu, Justinus Guntabid. Sumber: Utusan Malaysia.

Kata beliau, beberapa tahun kebelakangan ini ada dikatakan fenomena salji namun, itu sebenarnya hanya proses pembekuan.

“Namun pagi ini memang salji yang turun. Ia berlaku kira-kira 2 minit sahaja. Salji boleh dilihat dari Sayat-Sayat sehingga puncak Kinabalu di Kilometer 8.72.

“Suhu yang direkodkan di Panalaban antara pukul 2 hingga 10 pagi tadi lebih kurang 6.9 hingga 12 darjah celcius, lebih sejuk daripada biasa dan saya percaya di puncak suhunya jauh lebih sejuk berbanding di Panalaban,” katanya.

Fenomena itu sempat dirakamkan oleh pelatih laluan Via Ferrata, Hajiri Sulumin, ketika sedang menunggu pendaki turun dari puncak Gunung Kinabalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN