Masalah rambut gugur merupakan satu kebimbangan bukan hanya pada kaum wanita, malah lelaki juga turut berhadapan dengan situasi ini.
Setiap individu mempunyai cara dan produk yang berbeza untuk kesesuaian kulit kepala mereka. Ada juga yang hanya menggunakan bahan alami untuk merawat masalah ini.
Bahan-bahan alami yang ada disekeliling kita sebenarnya banyak kegunaannya. Selain daripada mudah dicari, ia juga tidak memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan rambut gugur.
Berikut antara petua tradisional yang boleh dicuba untuk mendapatkan rambut sihat dan mengurangkan masalah keguguran.
Bahan ini dapat memberi nutrisi kepada rambut dari dalam sehingga mampu membuatkan rambut berkilat dan lebih sihat. Untuk mengatasi masalah rambut gugur, lumur minyak kelapa ke rambut hingga ke kulit kepala. Urut kulit kepala selama beberapa minit dan bilas.
Campurkan dua sudu minyak zaitun dan minyak kelapa, sapu pada kulit kepala sebelum tidur. Urut kepala selama 10 minit secara perlahan dan tutup rambut dengan topi mandi hingga pagi sebelum mencucinya menggunakan syampu.
Lumatkan isi buah avokado bersama pisang. Sapu campuran ini ke kulit kepala dan urut supaya rata. Biarkan ia mengering selama setengah jam. Bilas dengan syampu.
Kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campurkan dengan sedikit air bagi menjadi pes. Ratakan di seluruh kulit kepala dan tutup dengan topi mandi selama tiga jam. Kemudian, bilas dengan air bersih dan gunakan perapi. Ulang cara ini dua kali seminggu untuk mengalakkan pertumbuhan rambut yang lebih aktif.
Bagi korang yang mempunyai masalah rambut gugur, boleh cuba amalkan petua alami yang telah dikongsikan ini. Mana tahu serasi dengan kulit kepala korang. Selamat mencuba!
Kulit kering tu mungkin tak nampak sangat, terutama bila tiada kesan mengelupas atau bersisik. Tapi, bila sentuh kulit, rasa dia kasar dan tak smooth. Baru lah sedar yang kulit memang jenis yang kering.
Kebanyakan orang yang ada masalah kulit kering sering rasa kurang yakin, terutama bila kena jumpa banyak orang. Kulit yang sihat biasanya ada lapisan lemak semulajadi yang menjadikan ia lembap, lembut, dan kenyal.
Namun, ada beberapa sebab kenapa lapisan minyak semula jadi kulit hilang, buat kulit jadi tak terlindung. Kulit kering boleh disebabkan oleh banyak faktor luaran.
Contohnya, kulit boleh jadi kering sebab tak sesuai dengan sabun yang keras, pakaian yang gatal, salah guna pelembap, atau mandi lama dengan air panas. Kadang-kadang, kesan sampingan ubat yang kita ambil pun boleh buat kulit jadi kering.
Ni ada senarai produk yang bagus untuk orang yang ada kulit kering.
KIEHL’S ULTRA FACIAL CREAM
Pilih pelembap wajah dengan bahan-bahan tertentu yang sangat melembapkan, seperti shea butter, gliserol, ceramides, atau asid stearat. Sapukan pelembap kira-kira tiga minit selepas membersihkan wajah anda pada waktu pagi dan ulangi sekali atau dua kali selepas itu dalam masa 24 jam. Elakkan daripada menggunakan pelembap wajah yang mengandungi terlalu banyak asid, seperti AHA (asid alpha-hidroksi) dan asid salisilik, terutamanya jika kulit anda juga sensitif.
CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER
Pembersih tanpa sabun ini sangat sesuai untuk pemilik kulit kering. Pemilik kulit kering sangat digalakkan menggunakan pembersih yang tidak mengandungi sabun agar kelembapan semula jadi kulit tidak terhakis. Ia penting agar produk tersebut bukan sahaja berfungsi dengan aktif semasa membersihkan tetapi masih terasa lembut di permukaan wajah.
VASELINE REPAIRING JELLY ORIGINAL
Pelembap yang mengandungi petroleum. Bahan-bahan petroleum kini telah banyak disarankan oleh sejumlah ahli dermatologi sebagai pelembap untuk kulit yang sangat kering dan mengelupas. Fokuskan juga sapuan pada siku dan lutut yang selalunya lebih kering daripada kulit bahagian badan yang lain.
EGYPTIAN MAGIC ALL PURPOSE SKIN CREAM
Pelembap dengan kandungan minyak semula jadi seperti minyak zaitun atau minyak jojoba adalah salah satu elemen yang harus anda cari ketika melihat senarai ramuan dalam produk penjagaan kulit. Pastikan teksturnya cukup tebal. Sebelum membeli, ada baiknya anda mencuba beberapa produk untuk disapukan pada tapak tangan anda. Kemudian, pusingkan tangan anda. Sekiranya produk jatuh, itu bermaksud teksturnya tidak cukup tebal untuk mengatasi kulit kering.
SEBAMED MULTI PROTECT SUN CREAM
Penting untuk kita memakai pelindung kulit wajah iaitu sunscreen/sunblock. Utamakan pelindung matahari bebas alkohol untuk mengelakkan kekeringan. Sebelum melakukan aktiviti pada siang hari, jangan lupa pakai pelindung sinar matahari yang dapat memberikan perlindungan optimum terhadap sinar ultraviolet yang berbahaya. Selain memilih tekstur berkrim, pastikan anda membeli pelindung matahari yang mempunyai SPF sekurang-kurangnya 30.
CAUDALIE MOISTURIZING MASK
Masker wajah yang diformulasikan khas untuk kulit kering. Apabila wajah anda terasa terlalu kering dan memerlukan perawatan tambahan, tidak ada salahnya memanjakan diri dengan memakai masker wajah yang dapat menenangkan dan meningkatkan keanjalan kulit. Semasa memilih masker wajah, teliti terlebih dahulu kandungan dalam sesuatu produk. Utamakan masker wajah dengan gliserol dan sebatian asid hyaluronik. Ia mampu menjadikan kulit anda terasa lebih anjal selepas digunakan.
Kekurangan nutrien yang mencukupi juga boleh menyebakan kulit menjadi keringkan. Oleh itu pastikan anda minum air dalam jumlah yang cukup, makan sayur-sayuran dan buah-buahan agar kesihatan kulit kekal terpelihara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bersesuaianlah untuk meraikan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, H&M Malaysia telahpun melancarkan koleksi baharu yang dikenali sebagai Summer Stories.
Dengan menampilkan tiga orang selebriti tempatan yang membawakan mesej girls empowerment dan saling menyokong ‘girlfriends’ sendiri dalam apa juga yang mereka lakukan, H&M pada kali ini telah memilih Azira Shafiinaz, Yaya Zahir dan Bella Dally.
REMAJA sempat menemui Yaya dan Azira pada minggu ini untuk mendengar sendiri apa yang mereka fahamkan daripada semangat girls empowerment tersebut dan bagaimana mereka rasakan ia bersesuaian dengan koleksi Summer Stories yang disarungkan.
“Yaya rasakan I am who I am today disebabkan oleh rakan-rakan perempuan Yaya. Meskipun sudah bersuami dan ya, suami menyokong apa saja yang saya lakukan dari belakang, saya masih akan mencari rakan saya sekiranya ingin bercakap mengenai beberapa perkara dan ingin mendapatkan nasihat mereka,” kongsi Yaya Zahir.
Bagi Azira Shafinaz pula yang sinonim dengan lagu Supergirls bersama grupnya, DeFam, dia ingin sekali menjadi seorang role model kepada generasi seterusnya melalui mesej yang selalu disampaikannya sama ada dalam bentuk lagu, lakonan dan pengacaraan.
“Apabila saya mendapat peluang besar bersama H&M menerusi kempen Summer Stories ini, saya terus menerimanya kerana bukan saja ia menampilkan pakaian cantik yang ‘kena’ dengan musim bunga. Malah ia juga meraikan semangat girls empowerment dan mengajak perempuan di luar sana untuk yakin melontarkan pendapat.”
“Stail pakaian untuk koleksi ini Azira rasakan bersesuaian dengan stail kami bertiga. Azira sendiri seorang yang amat mementingkan keselesaan dalam memilih pakaian dan koleksi ini amat saya syorkan kepada semua girls. Pakailah bersama girlfriends kamu sendiri,” katanya yang cantik menyarungkan apron dress berharga RM129.95.
REMAJA sendiri mempunyai beberapa pakaian pilihan daripada koleksi Summer Stories ini. Ia diinspirasikan daripada ladang bunga liar dan fabriknya diperbuat daripada kain kapas organik 100% bersama linen.
Jom lihat sama ada korang tertarik dengan beberapa pilihan REMAJA ini.
(Kanan) Apron Dress (RM129.95).
Skaf dan crossback waist dress (RM157.95).
Top dan Strapless Dress (RM74.95).
Tie Waist Dress (RM157.95).
Mid Length Dress (RM199.95).
Koleksi Summer Stories kini boleh dimiliki daripada stor H&M Malaysia dan secara atas talian DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin sudah ajal mendiang untuk ‘pergi’ pada usia yang muda..
Namun, khabar kematian singer-song writer K-Pop iaitu Maeng Yuna pada hari ini cukup mengejutkan ramai peminatnya yang terdiri daripada pendengar muzik Indie.
Ini kerana Yuna baru saja berusia 29 tahun dan punca kematiannya disahkan sebagai sakit jantung. Satu punca yang jarang sekali didengari di kalangan insan semuda Yuna. Namun, itulah yang dikhabarkan oleh agensinya, JH Entertainment.
Menurut wakil mereka lagi, Yuna telah meninggal dunia pada 26 Disember 2018. Disebabkan ramai yang masih berada dalam mood perayaan, khabar kematian disorokkan terlebih dahulu dan majlis pengebumiaan Yuna hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapatnya saja.
Penyanyi OST drama Sping Waltz ini juga dikatakan sedang bersedia untuk melakukan comeback pada bulan Jun akan datang.
”Kami sendiri terkejut. Selain kadangkala stres akibat kerja, Yuna bagaimanapun tak mempunyai apa-apa sejarah penyakit. Jadi semua masih keliru akan sebab sakit jantung itu,” kata mereka lagi.
***
Menurut pakar, terdapat beberapa sebab utama yang menjadi punca kepada sakit jantung pada usia muda.
Salah satu adalah tekanan darah tinggi. Ia sebenarnya lebih berbahaya terhadap remaja memandangkan tiada simptom darah tinggi yang boleh ‘memberi amaran’ kepada pesakit – tidak seperti di kalangan pesakit dewasa.
Selain itu, remaja juga boleh berdepan dengan sakit jantung jika mempunyai kadar kolestrol tinggi kerana ia punca kepada saluran tersumbat. Situasi yang dinamakan sebagai atherosclerosis ini cukup berbahaya tanpa mengenal usia.
Akhir sekali adalah kerana tabiat merokok. 9 daripada 10 orang perokok mula merokok sebelum tamat sekolah menengah.
Walaupun remaja jarang terkena sakit jantung, namun kajian mendapati 75% perokok terdedah kepada penyakit itu.
***
Apapun, kami tumpang sedih dengan kematian mengejut Maeng Yuna ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!