AKHIRNYA, malam anugerah terbesar industri muzik antarabangsa kembali semula pada tahun ini. Sebelum anugerah Grammys 2022 bermula pada pagi Isnin lagi, platform media sosial telah gegak gempita dengan kehadiran penyanyi serta band kegemaran masing-masing di karpet merah yang terletak di MGM Grand Garden Arena, Las Vegas.
Setelah sesi ini ditiadakan pada tahun lalu demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), nampaknya selebriti tahun ini seakan ingin ‘melepaskan gian’ untuk muncul secara kreatif dengan pilihan busana lain daripada yang lain.
Jujurnya, REMAJA merasakan ia mampu menjadi lebih meriah sekiranya beberapa calon popular pada hari ini seperti Ariana Grande dan Charli XCX melakukan kemunculan. Namun tanpa ketiadaan mereka berdua, tidak bermakna peminat tidak teruja.
Satu trend utama yang dapat kami lihat adalah aksesori bunga pada busana masing-masing. Sebaik sahaja kumpulan BTS melangkah ke karpet merah, mata terus terarah kepada pin bunga yang ada pada sut ahlinya yang berwarna putih, perang, coklat dan biru.
BTS
Paling ketara tentulah sut Kim Taehyung aka V BTS yang direka Louis Vuitton. Ia cukup menyerlah dengan brooch bunga 3 dimensi gergasi!
Penyanyi, Michelle Zauner atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Japanese Breakfast pula tampil unik dalam persalinan minidress Valentino serba kuning yang menggambarkan kelopak bunga.
Ads
Manakala, komposer dan penyanyi Finneas pula memilih brooch bunga lili sebagai aksesori sut lilac kedamnya.
JAPANESE BREAKFAST
FINNEAS
Persalinan Justin Bieber dan Billie Eilish; masing-masing dicalonkan untuk lapan dan tujuh kategori; pula mendapat komen bercampur-baur.
Ada yang menggemari risiko fesyen yang diambil mereka memandangkan busana oversized seperti ini sudah sebati daripada identiti mereka sebagai artis. Begitupun, bagi penonton yang tidak mengikut aliran trend fesyen terkini, mereka merasakan sut Balenciaga Justin dan gaun avant garde Billie rekaan Rick Owens itu tidak menepati citarasa mereka.
Ads
JUSTIN & HAILEY BEIBER
BILLIE EILISH
Sebilangan penyanyi kekal selesa dengan pereka fesyen kegemaran mereka di karpet merah Grammys. Salah seorangnya ialah Lady Gaga yang tampil dalam persalinan Armani. Jika korang masih ingat, Gaga pernah mencetuskan sensasi pada tahun 2010 apabila penyanyi Poker Face itu menyarungkan gaun unik berona lavender rekaan Armani.
LADY GAGA
Lady Gaga di Anugerah Grammy pada tahun 2010.
DUA LIPA
Ads
Sementara itu, Dua Lipa juga kekal dengan gaun rekaan Versace di karpet merah Grammys. Ini merupakan kali ketiga berturut-turut Versace menjadi pilihan utama Dua selepas tahun 2019 dan 2021
Seperti dijangka, rapper Lil Nas X hadir dengan memberikan impak ‘ekstra’ dalam persalinan Balmain yang diperbuat daripada hiasan mutiara. Ia menampilkan imej kupu-kupu pada bahagian dada, lengan dan belakang seakan memberi mesej mengenai projek nyanyian terbarunya.
LIL NAS X
Jadi, siapakah fesyenista kegemaran korang di karpet merah anugerah Grammys 2022? Kongsikan dalam bahagian komen okay.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum pertandingan ratu cantik berprestij, Miss World 2021 sepatutnya dilangsungkan dari Puerto Rico. Bagaimanapun, disebabkan penangan wabak COVID-19 terhadap para pesertanya pada minggu ini, organisasi Miss World telah mengambil keputusan untuk langsung menangguhkan acara finale itu pada saat-saat terakhir.
Media tempatan Puerto Rico melaporkan 17 individu yang terlibat dalam pertandingan Miss World 2021 disahkan positif COVID-19 setelah mereka menjalani ujian PCR. Bagaimanapun, jumlah peserta yang dijangkiti dalam kalangan 17 individu itu tidak pula diumumkan.
Antara peserta yang disahkan positif COVID-19 termasuklah wakil Malaysia iaitu Dr. Lavanya Sivaji; Miss World Gibraltar, Janice Sampere dan Miss World Indonesia, Pricillia Carla Yules. Mereka bertiga dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang di bawah pemantauan kuarantin selama 10 hari.
Miss World Indonesia, Pricillia Carla YulesMiss World Gibraltar, Janice Sampere.Miss World Malaysia, Dr. Lavanya Sivaji.
Persoalannya, bilakah acara finale Miss World 2021 ini bakal dilangsungkan?
Menurut kenyataan rasmi yang dimuat naik oleh pihak penganjur di Facebook, mereka memaklumkan ia ditangguhkan, “..atas faktor kepentingan kesihatan dan keselamatan para peserta, staf, kru dan orang awam.
“Finale akan kembali diatur semula di Puerto Rico Coliseum Jose Miguel Agrelot dalam tempoh 90 hari yang akan datang,” catat mereka.
Biarpun ramai yang ingin sekali melihat pertandingan itu dilangsungkan secara fizikal, tinjauan REMAJA di bahagian komen mendapati ramai warganet yang turut risau sekiranya ‘Kluster Miss World’ sebegini akan tercetus kembali jika ia diadakan semula secara fizikal; memandangkan pertandingan berskala besar seperti Miss World akan menghimpunkan ramai pihak di satu lokasi yang sama.
Di samping itu, ada juga yang mencadangkan agar pihak penganjur mengumumkan 30 peserta terbaik dan hanya mereka saja yang perlu kembali ke Puerto Rico untuk meneruskan saingan. Bukan saja ia efektif dari sudut keselamatan, para peserta lain yang tidak perlu kembali ke sana juga dapat menjimatkan kos perjalanan dan persediaan.
Apa pendapat korang?
Patutkah pertandingan berprestij seperti Miss World 2021 hanya dilangsungkan secara maya seperti yang berlaku kepada Miss Earth, baru-baru ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Asma merupakan penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Sewaktu terkena serangan, pesakit akan mengalami wheezing (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk.
Bagi pesakit asma, mereka sahaja yang tahu bagaimana ‘seksanya’ jika terkena serangan ini. Penting untuk menyedari perkara-perkara dalam persekitaran yang cenderung untuk membuat asma jadi lebih teruk. Faktor-faktor ini berbeza untuk setiap individu dan antara perkara yang menyebabkan berlakunya asma adalah seperti berikut:
• Jangkitan pernafasan dan selesema
• Pendedahan kepada asap rokok
• Reaksi alahan atau alergi kepada debunga, kulat, bulu haiwan, habuk, makanan dan lipas
• Pencemaran udara dalaman dan luaran, termasuk ozon dan pencemaran zarah
• Pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-tiba
• Tekanan (stress)
• Latihan (senaman)
• Ubat-ubatan termasuk aspirin dan ubatan anti-radang bukan steroid seperti asid mefenamic (ponstan) atau ibuprofen
Pesakit yang menghadapi serangan asma akan ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan dan bagi mereka yangs sering mengalami simptom-simptom asma, mereka biasanya mempunyai alat penyedut (inhaler) sendiri.
Namun begitu, menurut Pengasas Asthma Malaysia, Dr Helmy Haja Mydin mendedahkan penggunaan dan kebergantungan berlebihan kepada alat sedut itu tanpa rawatan ubat kawalan untuk merawat keradangan akan meningkatkan kadar morbiliti dan kematian. Ini kerana penggunaan alat itu sahaja tanpa disusuli rawatan yang sepatutnya tidak menyelesaikan masalah asas.
Tambahnya, jika pesakit hanya menggunakan alat sedut pelega, keadaannya akan berpanjangan dengan risiko komplikasi. Penggunaan alat sedut pelega lebih daripada dua kali seminggu akan meningkatkan serangan asma. Disebabkan ketidakpatuhan dan penggunaan rawatan yang tidak betul, hanya enam peratus daripada pesakit yang mempunyai kawalan asma yang baik.
Justeru itu, bagi korang yang menghidap asma dan menggunakan alat sedut pelega dirumah, sila ambil perhatian dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Dr Helmy ini. Jika mendapat serangan asma terlalu kerap, lebih baik terus berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat daripada pakar.
Pejam celik pejam celik, minggu depan kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri Bersama yang tersayang. Maklumlah dah sebulan berpuasa, mestilah kita mahu meraikan hari istimewa ini dengan memasak juadah istimewa, memakai pakaian yang cantik belaka dan semestinya yang anak dara mahu bersolek sakan.
Bersolek di pagi raya semestinya aktiviti yang paling dinanti terutama jika anda mempunyai ramai sepupu dan saudara perempuan lain yang turut mahu kelihatan cantik berseri. Namun, lambakan alat solek dan kecantikan di luar sana merungsingkan anda? Tak tahu nak beli dan guna yang mana?
Jangan risau, Remaja kali ini akan berkongsi senarai produk mekap yang wajib dibeli untuk menjamin selfie raya yang berseri dan tahan lama.
Untuk dapatkan hasil mekap yang cantik, bukan sahaja kualiti produk perlu diutamakan namun anda juga perlu sentiasa berlatih untuk memantapkan lagi kemahiran bersolek yang ada. Jangan lupa juga untuk beli produk-produk ini di Watson dan Guardian berhampiran sebab selalunya bila nak dekat raya ni, mereka giat jalankan promosi pemotongan harga!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.