Khas untuk menyambut para graduan Sijil Pelajaran Malaysia, jenama minuman popular Chatime telah membuat promosi mengejutkan pada hari ini.
Bagi setiap keputusan gred A yang diperolehi oleh pelajar, graduan SPM boleh mendapatkan secawan minuman percuma. Dapat 7A, 7 cawan percumalah jawabnya! Best kan.
Bagaimanapun, ramai yang tidak sedar bahawa promosi ini bergantung kepada stok di stor yang dikunjungi oleh mereka.
Ads
Lantas, ramai yang berpaling kepada media sosiL untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Antaranya, @IzzahhjbabaBaba berkata sekiranya Chatime tidak boleh menyediakan stok minuman percuma yang cukup, lebih baik sekiranya tidak membuat promosi.
Ads
Pengguna bernama @JoanSia pula berkata Chatime seharusnya melakukan promosi yang sama untuk graduan STPM juga kerana mereka juga melalui masa yang sukar untuk skor dalam peperiksaan mereka.
Misteri penyebaran sebuah klip video yang menampakkan kelibat perempuan berkebaya merah di bahu jalan telah mengundang pelbagai spekulasi dan reaksi daripada netizen.
Ada yang menganggap klip tersebut adalah benar, ada juga yang menanggap ia sebenarnya video prank yang digunakan oleh sekumpulan pelajar dengan harapan ia menjadi tular.
Akhirnya, misteri kebaya merah terjawab juga pada hari ini apabila pihak Astro Shaw mengumumkan bahawa wanita berkebaya merah yang tular adalah sebahagian daripada promosi untuk filem kontroversi, Dukun.
Dukun yang dibintangi Datin Paduka Umie Aida, Allahyarham Ramli Hassan, Faizal Hussein, Alin Aman Ramli, Nam Ron, Bront Palarae, Elyana dan ramai lagi merupakan filem paling kontroversi pernah melanda Malaysia. Ini kerana Dukun telah ‘diperam’ selama 12 tahun sejak Disember 2006 lagi.
Pada waktu itu, tayangan umumnya di pawagam ‘diharamkan’ oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana Dukun dikatakan menyentuh sensitiviti masyarakat. Ia gara-gara status Dukun sebagai karya adaptasi kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan Mona Fandey dan mangsanya, Datuk Mazlan idris yang dikatakan terlibat dalam kes amalan ilmu hitam.
Demi menjaga perasaan keluarga semua pihak yang terlibat, Dukun diharamkan.
Namun selepas tempoh 12 tahun, akhirnya hasil usaha dan kerja keras kru produksi dan pelakon terbalas juga apabila ia akan ditayangkan bermula 5 April (Khamis) ini di pawagam seluruh negara.
“Gementar Selepas 12 Tahun Menunggu”
Tentunya, individu paling gembira apabila mendengar perkembangan ini ialah pelakon utamanya, Datin Paduka Umie Aida.
Sebelum ini secara jujurnya, beliau sudah reda apabila harapan untuk melihat Dukun ditayangkan lebur begitu saja.
Namun, “Saya dimaklumkan seminggu yang lalu. Saya tidak menjangka sama sekali dan sudah pasti saya gementar menunggu respon penonton mengenainya.
“Dukun bukan kerja seorang dua tetapi semua yang terbabit. Walaupun ada yang berkata filem ini sudah bocor pada bulan lalu, filem penuh dan babak sebenar dapat ditonton Khamis ini,” katanya.
Dalam pada itu, tepat jam 12 malam tadi, Astro Shaw telah melancarkan trailer rasmi Dukun di YouTube. Di dalam trailer itu, penonton boleh menyaksikan kisah ketaksuban manusia terhadap kekayaan, kuasa, kecantikan dan tentunya, elemen seram!
Karim (Faizaln Hussein) merupakan seorang peguam yang nekad mencari anaknya, Nadia (Elyana) yang hilang. Dia kemudian membuat perjanjian bersama Diana Dahlan (Umie Aida) yang ingin membantu mencari.
Cuba korang tonton sendiri trailer Dukun di bawah. Seram ke tidak?!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Agak geli dan menjijikkan! Namun ini realitinya, demi ‘mengisi’ perut Geng Plastik Hitam, peniaga sanggup sorokkan nasi dan lauk-pauk dalam tandas dan mesin basuh.
Seorang peniaga yang disyaki melakukan kegiatan jual beli kepada orang tidak berpuasa dalam operasi di Tangok, Bachok, Kelantan didapati menyorokkan lauk dalam tandas dan nasi bungkus dalam mesin basuh.
Menurut laporan akhbar Berita Harian, dalam operasi cegah orang tidak berpuasa oleh Pejabat Agama Jajahan Bachok dan Majlis Daerah Bachok antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, lebih 20 bungkus nasi berlauk ayam bersama teh O ais telah dirampas.
Pegawai Agama Jajahan Bachok Suratemi Mat Yusof, berkata, pihaknya memberi amaran kepada peniaga tersebut iaitu seorang wanita berusia 40-an yang juga pemilik rumah berkenaan.
Operasi itu dilakukan hasil pemantauan pihaknya dan aduan awam yang mendapati pemilik rumah itu menjual makanan dan minuman kepada ‘geng plastik hitam’.
“Hasil operasi menemukan lebih 20 bungkus nasi yang disorok dalam mesin basuh dan ayam yang diperap dalam tandas.
“Selain itu, kita juga menemukan teh O ais yang disembunyikan dalam bilik tidur. Hasil soal siasat, pemilik rumah mengaku membungkus nasi itu sebelum pembeli menghubunginya untuk mengambil makanan itu.
“Wanita berkenaan memaklumkan dia menjual dari rumah pada Ramadan kepada individu yang tidak berpuasa,” katanya.
Dalam pada itu, pihaknya turut memberi nasihat kepada peniaga berkenaan agar tidak menjual makanan kepada individu tidak berpuasa.
Selain wanita itu berjanji tidak akan mengulangi perbuatan terbabit pada masa akan datang. Wanita itu juga akan dipanggil untuk diberi kaunseling supaya tidak menjual makanan pada waktu pagi sepanjang Ramadan ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenayah seksual sememangnya tidak mengenal mangsa. Bukan hanya orang dewasa yang terpaksa menanggung nasib sebagai mangsa, malah golongan remaja, kanak-kanak dan lelaki juga tidak terkecuali.
Agak malang apabila mangsa jenayah seksual masih gentar untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa kerana beranggapan ia adalah kes bersifat taboo.
Menyedari perihal ini, negara jiran Thailand telahpun memperkenal undang-undang baharu bagi pesalah jenayah seksual di mana mereka diberikan pilihan untuk dimandulkan menerusi suntikan kimia sebagai hukumannya.
Anna Efetova/GettyImages. Foto Via Healthline
Menurut laporan Times Now News, sekiranya pesalah memilih untuk melakukan rawatan pemandulan; hukuman penjaranya secara tidak langsung dapat dikurangkan. Pesalah juga akan dipantau selama 10 tahun dan dikehendaki memakai gelang pemantauan elektronik.
Difahamkan, rang undang-undang yang dibentangkan di Dewan Rakyat Thailand Mac tahun ini telah mendapat sokongan daripada 145 senator pada hari Isnin lalu dengan hanya dua wakil berkecuali. Pun begitu, ia belum benar-benar dimaktubkan dan masih perlu dibentangkan di Dewan Negara serta mendapat perkenan diraja.
Rang undang-undang itu hanya boleh dikuatkuasakan setelah ia diterbitkan di dalam Warta Diraja pada tarikh yang diputuskan oleh kabinet.
*
Lapor Thai PBS World, di bawah rang undang-undang ini, ubat-ubatan yang digunakan bagi rawatan pemandulan boleh ditetapkan hanya dengan kelulusan pakar psikiatri dan pakar perubatan dalaman serta dengan persetujuan pesalah jenayah seksual.
Sekiranya pesalah dianggap berisiko mengulangi kesalahan yang sama selepas mereka dibebaskan, mereka juga mungkin diberi pilihan untuk menerima suntikan pengurangan tahap testosteron dengan syarat ia telahmendapat kelulusan daripada dua orang doktor.
Dipantau Selama 10 Tahun
Memetik laporan Times Now News, Menteri Kehakiman, Somsak Thepsuthin berkata beliau mahu undang-undang itu diluluskan secepat mungkin.
“Saya tidak mahu melihat berita keburukan terus berlaku kepada wanita lagi,” katanya.
Jika kerajaan Thailand meluluskan rang undang-undang itu, mereka akan menyertai sekumpulan kecil negara yang menggunakan teknik pemandulan kimia seperti negara Poland, Korea Selatan, Rusia dan Estonia serta beberapa negeri di Amerika Syarikat.
Korang setuju dengan undang-undang baru di Thailand ini atau beranggapan ia terlalu kejam?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!