Baru-baru ini, tular tindakan seorang remaja lelaki membuat keputusan untuk menghantar seluar sekolahnya yang telah lusuh kepada tukang jahit mengundang sebak netizen.
Alasannya mudah sahaja, remaja berkenaan sebenarnya tidak tergamak untuk menyusahkan ibu bapanya. Katanya, seluar itu masih boleh dipakai walaupun telah lusuh, cuma perlu dilabuhkan sedikit agar dapat menutup kakinya yang kian memanjang.
Perkongsian Tukang Jahit
Ads
Tidak mahu menambah beban, remaja berkenaan mempunyai tiga adik beradik lain yang masih bersekolah. Keadaan remaja yang menyayat hati itu mula terbongkar apabila seorang tukang jahit dari Seremban didatangi lelaki berkenaan.
“Semalam ada seorang budak India lelaki datang kat aku minta tolong labuhkan seluar sekolah dia. Seluar saiz 33 dan warnanya dah lusuh.
“Menung aku sekejap. Kenapa tak beli seluar baru?. Baki seluar tu ada 1 inci, macam mana nak lipat kelepet seluar itu nanti?,” soal wanita itu.
Ads
Wanita yang bernama Sharipah Sadiah Khalid itu kemudian tidak meminta sebarang upah setelah berjaya melabuhkan seluar itu. Menerusi perkongsian di Facebook, Sharipah turut mendoakan agar remaja itu cemerlang dalam apa saja bidang yang diceburi.
“Kadang-kadang bila kita rasa kita susah, rupanya ada lagi yang susah.” Tambahnya.
Ads
Ingat…bila kita rasa kita susah, rupanya ada yang lebih susah daripada kita. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Moga adik ini rajin belajar sehingga mampu mengubah nasib keluarganya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fenomena gerhana matahari separa sedang berlaku pada waktu ini di kawasan tertentu sekitar Malaysia.
Dalam pada semua orang teruja berdiri di luar bangunan untuk menyaksikan kejadian yang Gerhana Anulus ini dengan mata sendiri, jangan dilupa pula tuntutan sunat Muakkad. Islam menyarankan agar kita menunaikan solat sunat gerhana sempena gerhana matahari separa seperti yang berlaku pada hari ini.
Malah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan melaksanakan solat sunat dan khutbah gerhana.
Mulai 11 Pagi Hingga 1 Tengahari
Jawi menerusi kenyataan akhbar berkata, fenomena itu akan berlaku mulai 11 pagi hingga 1 tengah hari esok dan solat sunat boleh dilakukan pada waktu berkenaan. Menurutnya, teks khutbah itu boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi Jawi.
“Sesungguhnya fenomena gerhana adalah sebahagian daripada lambang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT dalam penciptaan alam yang perlu dihayati dan dijadikan iktibar dalam kehidupan umat Islam,” katanya.
Malaysia akan mengalami gerhana matahari separa pada Khamis bersempena dengan fenomena gerhana matahari hibrid yang berlaku ke utara dari benua Australia.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena itu bermula jam 11 pagi hingga selewat-lewatnya jam 2 petang bagi pemerhati di Sabah, manakala ia akan tamat lebih awal iaitu sekitar 1 tengah hari bagi pemerhati di Semenanjung.
MOSTI turut mengingatkan orang ramai untuk tidak melihat matahari secara terus tanpa menggunakan penuras khas kerana ia boleh merosakkan retina mata dan boleh mengakibatkan buta kekal.
Untuk info, Gerhana matahari separa adalah fenomena yang jarang berlaku dengan kali terakhir adalah pada 21 Jun 2020 dan ia hanya akan berlaku semula pada 2 Ogos 2027, iaitu sekitar empat tahun lagi.
Niat solat sunat gerhana matahari ialah :
“Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala”. Cara paling ringkas untuk menunaikan solat sunat gerhana adalah seperti solat sunat Zuhur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kira-kira 150 orang mengiringi jenazah Nur Dinie Damia ke tanah perkuburan Islam Parit Haji Sirat Darat di Kayu Ara Posong, Pontian setelah murid tahun satu itu menghembuskan nafas terakhir semalam.
Upacara pengebumian yang berlangsung pada jam 10.00 pagi tadi didahulukan dengan majlis tahlil dan solat jenazah di rumah keluarga datuk arwah.
Arwah Nur Dnie dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) sejak Jumaat lalu setelah dia menunjukkan tanda-tanda menghidapi simptom jangkitan Influeza A.
Namun sehingga hari ini, punca kematian arwah masih kekal sebagai tanda tanya.
Ini berikutan kenyataan bercanggah yang dikeluarkan. EXCO Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia Johor, Aminolhuda Hassan dan Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu telah mengesahkan arwah dijangkiti influenza pada pagi semalam.
Namun, pada sebelah petang pula, Menteri Besar Johor iaitu Datuk Dr Sahruddin Jamal pula mendapati arwah negatif influenza berdasarkan ujian yang dijalankan oleh pakar HSA. Punca kematian menjurus kepada kegagalan hati dan buang pinggang kanak-kanak itu.
Sewaktu upacara pengebumian dilakukan, ibu kepada Nur Dinie Damia iaitu Norazlina Ahmad dan suaminya, Muhammad Noor Ain enggan ditemubual kerana masih bersedih dengan kehilangan tersebut.
Sumber: BHarian
*
Apapun, jangkitan influenza ini sememangnya menjadi kerisauan ramai pihak. Lihat simptom yang boleh berlaku kepada pesakit influenza A agar kita boleh lebih berhati-hati.
Selepas 16 tahun Kung Fu Hustle ditayangkan, kini berita baik buat peminat pelakon Stephen Chow kerana khabarnya filem aksi komedi ini bakal membuat sekuelnya tidak lama lagi.
Berita ini disahkan sendiri oleh Stephen Chow menurut sesi temubualnya bersama portal Footage. Chow memberitahu bahawa filem tersebut akan berlatar belakangkan pada zaman moden tetapi tetap membawa ‘semangat’ yang sama seperti filem Kung Fu Hustle yang terdahulu.
Ditanya sama ada beliau masih membintangi filem tersebut, pelakon ini menegaskan bahawa dia sudah terlalu tua untuk melakukan kerja tersebut, tetapi tidak menolak kemungkinan untuk menjadi cameo dalam filem sekuel itu nanti.
Walau bagaimanapun, Chow dikatakan banyak melakukan kerja dibelakang tabir dan menjadi pengarah dalam filem Kung Fu Hustle 2.
Hm, tak sabar kami nak tunggu kemunculan filem legend sekuel Kung Fu Hustle 2 nanti!
Spekulasi perkahwinan Taylor Swift dan Travis Kelce di Madison Square Garden mencetuskan perhatian dunia hiburan dengan majlis dua hari yang dikatakan sangat eksklusif dan mewah.