Selepas kuat desas-desus yang mengatakan grup K-pop GOT7 tidak lagi sebulu dengan syarikat label mereka JYP Entertainment sejak minggu lalu, hari ini label tersebut mengumumkan bahawa berita tersebut sememangnya benar dan telah mengesahkan grup tersebut akan meninggalkan agensi mereka.
Berita tersebut hadir beberapa hari selepas salah seorang ahlinya, Yugyeom dikhabarkan sedang bersiap sedia untuk menandatangan kontrak eksklusif bersama label hip hop di Korea, AOMG.
Semalam, portal gosip hiburan Korea Selatan popular, Dispatch telah melaporkan bahawa tujuh orang ahli GOT7 tidak akan memperbaharui kontrak mereka bersama JYP Entertainment. Malah single terbaru mereka berjudul Last Piece pada akhir November lalu juga memberikan gambaran bahawa mereka akan berpisah.
Tangkap layar MV Last Piece seakan memberikan hint sejak November lalu.
Berikut merupakan kenyataan rasmi penuh oleh pihak label.
“Hello. Ini ialah JYP Entertainment.
JYP telah mengadakan sesi perbincangan mendalam bersama ahli GOT7 sebelum kontrak eksklusif mereka berakhir pada 19 Januari.
Ads
Hasilnya, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk tidak memperbaharui kontrak pada masa hadapan.
GOT7 merupakan sebuah grup idol antarabangsa yang telah melakukan sebaik mungkin untuk mewakili dunia hiburan K-pop sejak debut pada 16 Januari 2014.
Di sini, kami secara ikhlas ingin berterima kasih kepada GOT7 kerana menjadi sebahagian daripada perkembangan K-pop dan JYP, selain I GOT7 dan kesemya peminat mereka yang telah menjadi sumber motivasi kepada aktiviti GOT7 sejak awal.
Hubungan rasmi kami (JYP Entertainment) bersama mereka berakhir di sini, namun JYP akan terus memberikan sokongan kepada ahli GOT7 pada masa akan datang.”
Ads
*
Beberapa orang ahlinya seperti Mark, Yugyeom, JB, Bambam, Jinyoung, Youngjae dan Jackson telah mengambil peluang ini untuk memuat naik foto yang sama di akaun media sosial masing-masing.
Foto yang menampilkan wajah terbaru ketujuh-tujuh ahli itu disertakan dengan hashtag #GOT7FOREVER sekaligus menandakan bahawa persahabatan mereka tidak akan berakhir di sini.
Di Twitter, Mark telah memberikan lebih pencerahan terhadap situasi ini.
Katanya, “7 tahun yang lepas merupakan tahun-tahun terbaik dalam hidup saya. Ini bukanlah pengakhiran, bahkan ia merupakan permulaan baru kepada kami semua. Kami bertujuh akan terus membawakan versi terbaik kami sehingga ke penghujung. #GOT7FOREVER”
Antara manifesto yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lalu adalah untuk menangguhkan bayaran PTPTN peminjam sekiranya mereka kini dibayar gaji di bawah RM4,000.
Jika korang adalah salah seorang peminjam yang berniat untuk menangguh pembayaran semula PTPTN, apa yang perlu dilakukan adalah untuk memperbaharui maklumat peribadi masing-masing berkenaan pekerjaan, gaji semasa, nombor telefon dan emelsebelum 25 Julai 2018 ini.
Menurut Pengerusi PTPTN iaitu Wan Saiful Wan Jan, “Selepas maklumat dikemas kini, pihak PTPTN akan mengaudit maklumat yang diterima.
Wan Saifulruddin Wan Jan
“Sekiranya tiada perubahan atau proses kemas kini tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, kami akan menganggap peminjam tidak berniat untuk menangguh pembayaran semula pinjaman dan mereka tidak akan disenaraikan ke dalam polisi baru ini,” tambah beliau lagi
Cara Melakukannya
Bagi peminjam PTPTN bergaji di bawah RM4,000, korang boleh ke laman web www.ptptn.gov.my dan klik pada ‘Pengemaskinian Maklumat Pendapat’. Senang kan.
Pada Jun lalu, Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik memohon agar masa diberi kepada beliau dan pegawai untuk memenuhi manifesto ini disebabkan keadaan hutang semasa negara yang teruk.
Beliau bagaimanapun menegaskan kerajaan tidak akan mengendahkan manifesto tersebut demi nasib pelajar. Cuma apa yang diminta adalah untuk menangguhnya sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah.
Tak kisahlah apa juga makanan kegemaran korang, Nasi Lemak tetap di setia di hati rakyat Malaysia.
Pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara selalu teringinkan rasa Nasi Lemak asli. Inikan lagi kita yang berada di Malaysia, kalau boleh setiap hari nak rasa Nasi Lemak!
Tak kira bangsa, agama dan latar belakang, makanan tradisi Malaysia itu akan sentiasa menjadi pilihan utama pada setiap masa. Nasi Lemak juga bagi penulis adalah pengikut hubungan rakyat terutamanya semasa negara berhadapan dengan cabaran wabak Covid-19.
Haa, sempena memasuki bulan Kemerdekaan hari Sabtu ini, jenama francais fast-food terbesar negara iaitu Marrybrown mengisytiharkan 1 Ogos sebagai Hari Nasi Lemak Marrybrown – Hidangan Kebanggaan Kita.
Untuk menyambut hari tersebut, Marrybrown mengumumkan bahawa mereka akan memberikan 10,000 kotak Nasi Lemak MB di seluruh negara secara percuma sehingga stok habis. Dengan setiap pemberian Nasi Lemak, korang juga akan memperolehi 1 cawan Milo Ais kecil setiap seorang.
Acara ini akan bermula pada jam 10 pagi ke atas di beberapa cawangan Marrybrown terpilih. Jadi jangan lupa tau untuk masukkan acara ini di dalam kalendar masing-masing. Yang penting, pakai pelitup muka sebelum memasuki restoran dan jaga penjarakan sosial korang semasa menerimanya.
Cer check cawangan restoran yang terpilih di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah timbul ura-ura berkenaan siapakah yang bakal membintangi K-drama berjudul La Casa de Papel yang juga merupakan siri adaptasi daripada drama popular Sepanyol ‘Money Heist’, akhirnya, Netflix mengumumkan senarai penuh pelakon yang ditampilkan.
La Casa de Papel versi Korea ini bakal diterajui oleh Yoo Ji-tae (The Swindlers, Money, Svaha, The Sixth Finger) sebagai Profesor dan Kim Yunjin (Seven Days, Ode to My Father, Lost, Mistresses) sebagai Seon Woojin iaitu inspektor dalam pasukan Task Force.
Yoo Ji-tae sebagai Profesor. Sumber Foto : Pinterest
Kim Yunjin sebagai Inspektor. Sumber Foto : Pinterest
Selain itu, nama-nama lain yang turut disenaraikan sebagai pelakon La Casa de Papel termasuklah Park Hae-soo sebagai Berlin), Jun Jong-seo sebagai Tokyo, Lee Won-jong sebagai Moscow, Kim Ji-hun sebagai Denver, Jang Yoon-ju sebagai Nairobi, Park Jung-woo sebagai Rio, Kim Ji-hun sebagai Helsinki dan Lee Kyu-ho sebagai Oslo.
Turut menyertai nama-nama hebat ini termasuklah Kim Sung-O sebagai Cha Moohyuk, Park Myung-hoon sebagai Cho Youngmin dan Lee Joobeen sebagai Youn Misun.
Untuk pengetahauan, La Casa de Papel ataupun Money Heist mengikuti kisah dua orang perompak profesional yang melantik sekumpulan ahli menggunakan nama bandaraya dunia sebagai kod diri masing-masing untuk melaksanakan projek rompakan terbesar melibatkan berbilion Euro.
Untuk La Casa de Papel versi Korea ini, ia akan mengambil tempat di Korea Selatan dan beberapa perubahan turut akan diselitkan oleh penerbit siri ini demi memberika nafas baharu terhadap jalan cerita yang sememangnya diminati oleh penonton tegar Money Heist.
Sepanjang 12 episod , penonton akan menyaksikan ‘permainan’ Profesor, bagaimanakah tebusan boleh terlibat dan bagaimana pasukan Task Force cuba menggagalkan percubaan tersebut.
Tak sabar rasanya untuk menantikan siri Original Netflix ini! Buat masa ini, masih belum ada tarikh rasmi tayangannya di Netflix Malaysia.
Sementara itu, korang bolehlah melayan dua musim La Casa de Papel original terlebih dahulu di saluran penstriman itu untuk mendapatkan mood menonton.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!