
Astro, menerusi Home of Drama, terus mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju kandungan berkualiti dengan mempersembahkan naskhah terbaharu Astro Originals Good Boys Go To Heaven sebuah siri berani yang menggegarkan emosi, menguji kepercayaan dan mengangkat isu sosial semasa.
Ketua Astro Shaw dan Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro, Raja Jastina Raja Arshad berkata, siri ini dihasilkan bagi mengangkat isu sensitif secara lebih berperikemanusiaan, di samping memberi impak kepada masyarakat.
Jelas beliau, sejak diperkenalkan kira-kira enam tahun lalu, Astro Originals telah menerbitkan pelbagai genre termasuk Kampung Pisang Bersiri-siri, Projek: High Council dan One Cent Thief sebagai usaha berterusan meningkatkan kualiti penceritaan.
“Melalui Good Boys Go To Heaven, kami bawakan kisah tragedi yang menimpa sebuah komuniti apabila seorang kanak-kanak dilaporkan hilang sebelum ditemui mati.
“Cerita ini bermula sebagai satu penyiasatan, namun apabila kebenaran terbongkar, ia turut membawa kepada kesan trauma yang mendalam yang tidak boleh dielakkan.
“Kami juga menyentuh isu kesihatan mental dan berusaha mengangkat isu sensitif ini secara lebih berperikemanusiaan supaya ia dapat difahami oleh penonton.
“Bagi kami, karya seperti ini penting untuk memberi impak kepada masyarakat,” katanya.
Tambah beliau lagi, walaupun tema yang diketengahkan bersifat berat dan sensitif, ia wajar dibawa ke arus perdana kerana mencerminkan realiti sebenar.
“Semakin berat dan sensitif sesuatu isu, semakin penting untuk ia diberi ruang supaya dapat dilihat dan didengar oleh masyarakat.
“Ini kerana perkara seperti ini benar-benar berlaku dalam kehidupan sebenar dan kita perlu terus menceritakan kisah-kisah sebegini,” ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon utama siri Good Boys Go To Heaven Beto Kusyairy berkata berliau tersentuh sebaik menerima tawaran bagi membintangi naskhah berat ini yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.
Menurut Beto, hanya melalui perbincangan awal secara verbal sudah cukup untuk membuatkan emosinya bercampur-baur sehingga meremang bulu roma.
Ia sekali gus menyedarkan kepentingan naskhah tersebut untuk diketengahkan kepada masyarakat.
“Daripada perbincangan secara verbal, saya sudah tersentuh, meremang bulu roma dan rasa yang bercampur baur. Naskhah ini memang perlu diangkat untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai.
“Isu mengenai jenayah kanak-kanak ini ada banyak perspektif. Ada diantara kita yang pernah punyai trauma atau perasaan daripada orang di sekeliling,” katanya.
Kisah ini bakal memaparkan kisah sebuah tragedi yang meruntuhkan ketenangan sebuah pekan kecil apabila kehilangan seorang kanak kanak menjadi permulaan mimpi ngeri yang sukar diterima.
Apa yang bermula sebagai hari biasa bertukar kacau apabila Ahyan hilang tanpa jejak, mencetuskan panik serta pencarian penuh debar melibatkan seluruh komuniti. Namun penemuan yang menyusul mengubah segalanya.
Daripada satu kehilangan, kisah ini berkembang menjadi misteri jenayah yang gelap dan menyesakkan apabila syak wasangka memakan kepercayaan, menjadikan mereka yang paling dekat sebagai suspek dan setiap kebenaran hadir dengan luka tersendiri.
Melihat episod pertama dan trailer yang ditayangkan semasa malam premier untuk media, jelas terasa siri ini bakal membuat penonton terus tertanya tanya siapakah suspek sebenar.
Siri Good Boys Go To Heaven juga bakal muncul sebagai thriller jenayah psikologi yang perlahan membina ketegangan menghentam emosi tanpa amaran, diperkukuh dengan lakonan berkesan barisan pelakon mantap seperti Beto Kusyairy, Zahirah MacWilson, Malek McCrone, Amerul Affendi dan ramai lagi menjadikannya antara naskhah paling mencuri perhatian daripada Astro Shaw.
Siri ini juga diterajui oleh penulis skrip terkemuka dan pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia, Mira Mustaffa, bakat kreatif Astro Shaw yang turut berperanan sebagai showrunner, memastikan penceritaan disampaikan dengan sensitif dan kemas.
Karya penuh misteri bukan sekadar mengumpulkan nama-nama pelakon popular. Malahan, kekuatannya terletak kepada jalan cerita penyiasatan ‘psychological thriller’ yang penuh emosi dan ‘plot twist’ bagi mencabar persepsi penonton.
Pastinya, drama arahan Ariff Zulkarnain ini akan membuatkan korang tidak senang duduk dengan jalan cerita penuh misteri, konflik dan emosi!
Eksklusif buat semua penggemar siri premium Astro Originals, Good Boys Go To Heaven akan disiarkan lebih awal secara On Demand menerusi Astro GO bermula 12 tengah malam, serta di aplikasi Sooka.
Orang ramai juga boleh mendapatkan info terkini dan menonton klip-klip menarik menerusi platform media sosial rasmi Astro Gempak dan Astro Shaw seperti di Instagram, TikTok, Facebook dan juga X.
Astro juga menjemput para pelanggan untuk menikmati nilai berganda dengan Pek Astro One, kini bermula dari RM49.99*, memberikan pengalaman strim mudah dan hiburan tanpa batas. Pelanggan yang berminat untuk melanggan Astro One boleh layari astro.com.my atau hubungi Astro melalui WhatsApp di 03 9543 3838.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.