
Penyanyi dan bekas peserta program realiti Mentor musim pertama, Nabil Bin Zamanhuri telah telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Ahad 26 Mei 2024.
Nabil yang mula dikenali setelah menamatkan saingan sebagai Naib Juara program tersebut meninggal dunia pada usia 37 tahun ketika berada di Hospital Ampang, Selangor. Buat masa ini, punca pemergian Allahyarham masih belum diketahui.
Menerusi satu hantaran di Facebook, ibu Allahyarham yang dikenali sebagai Fatimah Abdullah mengesahkan perkhabaran yang diterima itu.
“Anak lelaki saya, Nabil sudah kembali ke rahmatullah. Mohon ampuni dan halalkan makan minum dia dan doa agar dia ditempatkan bersama mereka yang beriman.
“Urusan jenazahnya akan diberitahu. Gone too soon… Semoga bertemu di syurga Allah, Amin,” catatnya.

Biarpun tidak lagi begitu aktif di pentas nyanyian, Allahyarham masih terlibat dalam bidang produksi kreatif di Unit Pembangunan Kandungan bagi Astro Malaysia dan pernah bertugas sebagai seorang Digital Strategist di syarikat sama.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Adelia Citra Hapsari dan dua orang cahaya mata.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sah! Siri Popular The Penthouse 3 Bakal Tambah 2 Lagi Episod

Sebelum ini ada ura-ura tentang penambahan satu episod drama bersiri The Penthouse 3 yang menjadikan episod keseluruhannya sebanyak 13 episod.
BACA: The Penthouse 3 Khabarnya Bakal Tambah Lagi 1 Episod, Namun Penonton Mula Muak?
Namun, berita yang baru diterima khabarnya The Penthouse 3 telah pun megesahkan bahawa terdapat dua lagi penambahan episod bagi siri popular itu.
Semalam, team produksi mereka telah berkongsi informasi tentang penambahan dua episod tersebut telah disahkan untuk mencapai persepakatan bagi menjayakan pengakhiran yang lebih kukuh.
The Penthouse 3 pada asalnya hanya memiliki 12 episod, namun kini telah menjadi drama 14 episod sebagai musim akhir dalam siri The Penthouse.
Ha, okaylah tu kan daripada mereka buat lagi musim keempat. Korang tak tahan pula kena tambah ‘panas hati’ nak tengok kesudahannya nanti. Hiks!

Dalam episod sebelum ini, Joo Seok Hoon (Kim Young Dae) menunjukkan kemarahannya ketika mendapat tahu bahawa Joo Dan Tae (Uhm Ki Joon) terlibat dalam kematian Oh Yoon Hee (Eugene).
Namun, Joo Seok Hoon kemudian menyelamatkan Joo Dan Tae dari situasi berbahaya dan berkata kepadanya, “Sekiranya anda berjanji bahawa anda tidak akan membiarkan ibu saya terluka, maka saya tidak akan mendorong anda pergi. Saya akan menjalani kehidupan yang anda mahukan. ”
Terbaharu, foto-foto yang dikongsi menunjukkan Seok Hoon sepertinya sudah mula bekerja dengan Joo Dan Tae.


Apakah niat sebenar Seok Hoon apabila bersetuju bekerja dengan bapanya? Sama-sama kita nantikan dalam episod seterusnya.

The Penthouse 3 disiarkan setiap Jumaat pada jam 10 malam di Korea dan di Malaysia pula tayangannya pula adalah pada hari Sabtu jam 9.45 malam.
Haih, rasa lama betul nak tunggu episod seminggu sekali ni kan?
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Antara Penyumbang Terbanyak” –Pendakwah Bebas Dedah Sifat Pemurah Nadia Kesuma

Pemergian pelakon veteran, Nadia Kesuma amat mengejutkan rakan-rakan selebriti serta para peminat dunia seni tanah air.
Kehilangan aktres berusia 50 tahun itu meninggalkan kesan mendalam, apatah lagi apabila pelbagai kebaikan Allahyarham mula dikongsikan oleh mereka yang pernah mengenalinya secara dekat.
Antara yang tampil berkongsi kenangan ialah pendakwah bebas, Ustaz Taufik Khalil, yang mendedahkan sifat pemurah Allahyarham menerusi sebuah hantaran di Facebook.

“Setiap kali program Sedekah Makanan Sabil UT di Mekah, arwah Nadia Kesumawati ialah antara penyumbang terbanyak.
“Moga syurga tempatmu sahabat,” coretnya.
Dalam pada itu, pelakon Serina Redzuawan turut berkongsi sisi peribadi Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang rajin berniaga, prihatin terhadap orang sekeliling serta gemar membantu individu yang berada dalam kesusahan.

Berita pemergian Nadia mula mengejutkan ramai selepas hampir dua hari usaha pencarian dilakukan di Jeddah oleh pelbagai pihak. Allahyarham dilaporkan gagal dikesan sebaik tiba di Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz, Jeddah, sebelum disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Khamis, jam 8.07 pagi.
Difahamkan, Nadia menyertai pakej Umrah–London–Paris di bawah sebuah agensi pelancongan bersama 21 jemaah lain dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)pada jam 1.48 pagi, Selasa lalu.
Jenazah pelakon drama popular Kudeta itu telah selamat dikebumikan di Jeddah. Pemergian Allahyarham meninggalkan tiga orang cahaya mata iaitu dua anak lelaki dan seorang anak perempuan berusia antara 11 hingga 15 tahun.
Al-Fatihah buat Allahyarham Nadia Kesuma. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB Ustaz Taufiq
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rindunya ‘Laskar Pelangi’! Nidji Kembali Ke KL Selepas 4 Tahun Dengan Kemunculan Budi Doremi

Setelah empat tahun kempunan menyaksikan kelibatan band popular dari Indonesia, Nidji di Malaysia dek kekangan musim pandemik, mereka kini bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur pada 19 Mac ini menerusi konsert Dream Collaboration.
Khabarnya, Nidji bakal hadir dengan suatu kejutan istimewa yang belum pernah disaksikan di mana-mana konsert Nidji di sini sebelum ini.
Bercakap kepada REMAJA dalam sebuah sidang media, Nidji yang dianggotai oleh enam orang ahli kumpulan sememangnya terkenal dengan lagu-lagu hit bergenre rock moden seperti Hapus Aku, Laskar Pelangi, Bila Aku Jatuh Cinta, Disco Lazy Time dan banyak lagi.
Begitupun bagi konsert Dream Collaboration di Kuala Lumpur yang menjadi sebahagian daripada siri Dream Festival yang cukup terkenal di Indonesia, Nidji tidak akan hadir keseorangan apabila ia akan ditemani dengan rakan penghibur solo, Budi Doremi.
21 Tahun, Banyak Perubahan
Nidji bukan lagi sebuah band yang memerlukan pengenalan dalam kalangan pendengar muzik di Malaysia. 21 tahun ruang masa yang dipenuhkan Nidji tersebut dengan pengalaman dan eksperimentasi muzikal sekaligus menjadi sumber kekuatan dan kematangan muzik mereka.

Kali terakhir Nidji bertandang ke Malaysia adalah pada tahun 2019 dan sejak itu, mereka telahpun meluncurkan beberapa lagu baharu seperti Wadoow, Abu-Abu dan Segitiga Cinta serta lagu Bila Aku Jatuh Cinta dengan susunan saxaphone.

Kali ini, khabar Ubay, mereka amat teruja bagi menghiburkan peminat di Malaysia yang juga merupakan lokasi di luar Indonesia pertama yang menjadi pilihan Nidji bagi melakukan persembahan selepas fasa pandemik.
“Oleh kerana konsert ini menggabungkan genre rock moden Nidji dengan pop reggae oleh Budi Doremi, akan jadi sesuatu yang menarik di atas panggung nanti untuk didengarkan.
“Bahasa muzik itu universal. Walaupun Nidji dan Budi berbeza, mudah-mudahan kami mampu membuat persembahan yang menyatukan kedua-dua dunia.”

“Sekian lama tidak datang ke Malaysia, tentunya kami teruja apabila diundang semula. Senang banget, apatah lagi bila mengimbas semula kenangan konsert di MITEC pada tahun 2019. Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-21 Nidji. Walaupun ahlinya bersilih ganti dan muzik Nidji juga semakin berevolusi, kami pasti peminat di Malaysia tetap setia menantikan kehadiran kami,” katanya.
Tambahnya lagi, satu lagi punca keterujaan mereka tentulah untuk menikmati semula makanan-makanan yang ada disajikan di Malaysia. “Pengen Nasi Kandar!” bilang mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling Ke Indonesia Bagi Persediaan Duta Produk, Sempat Selit Kerja Amal Dengan Peminat – REMAJA
Budi Doremi Bawa Nafas Baharu
Nama Budi Doremi mungkin masih asing dalam kalangan masyarakat Malaysia. Begitupun, nafas baharu yang dibawakannya dalam muzik yang diperkenalkan amatlah menyenangkan dan menenangkan.

“Untuk konsert ini, persiapan saya lebih ke arah persiapkan fizikal agar sihat dan mempergiatkan latihan. Mudah-mudahan semuanya lancar.
“Sebenarnya sejak saya berusia lima tahun lagi, saya ingin berkolaborasi dengan Nidji. Dan itu sudahpun terjadi sekarang, syukur,” luahnya.
BACA LAGI: Kain Batik Disarungkan Penuh Bangga Oleh 10 Selebriti Indonesia Ini Di Festival Filem – REMAJA
Tiket konsert Dream Collaboration: Nidji X Budi Doremi sudah boleh didapati di platform Ticket2U. Harga tiket bergantung kepada kategori yang ditawarkan, terdiri daripada; Festival (Early Bird – Free Standing), RM214; CAT1 (Upper Deck), RM474 dan CAT 2 (Upper Deck) RM364.
Manakala, kategori Royal Box yang boleh menampung sehingga 8 orang penonton pula dijual pada harga RM4,694 setiap satu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

