
Pemergian pelakon veteran, Nadia Kesuma amat mengejutkan rakan-rakan selebriti serta para peminat dunia seni tanah air.
Kehilangan aktres berusia 50 tahun itu meninggalkan kesan mendalam, apatah lagi apabila pelbagai kebaikan Allahyarham mula dikongsikan oleh mereka yang pernah mengenalinya secara dekat.
Antara yang tampil berkongsi kenangan ialah pendakwah bebas, Ustaz Taufik Khalil, yang mendedahkan sifat pemurah Allahyarham menerusi sebuah hantaran di Facebook.

“Setiap kali program Sedekah Makanan Sabil UT di Mekah, arwah Nadia Kesumawati ialah antara penyumbang terbanyak.
“Moga syurga tempatmu sahabat,” coretnya.
Dalam pada itu, pelakon Serina Redzuawan turut berkongsi sisi peribadi Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang rajin berniaga, prihatin terhadap orang sekeliling serta gemar membantu individu yang berada dalam kesusahan.

Berita pemergian Nadia mula mengejutkan ramai selepas hampir dua hari usaha pencarian dilakukan di Jeddah oleh pelbagai pihak. Allahyarham dilaporkan gagal dikesan sebaik tiba di Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz, Jeddah, sebelum disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Khamis, jam 8.07 pagi.
Difahamkan, Nadia menyertai pakej Umrah–London–Paris di bawah sebuah agensi pelancongan bersama 21 jemaah lain dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)pada jam 1.48 pagi, Selasa lalu.
Jenazah pelakon drama popular Kudeta itu telah selamat dikebumikan di Jeddah. Pemergian Allahyarham meninggalkan tiga orang cahaya mata iaitu dua anak lelaki dan seorang anak perempuan berusia antara 11 hingga 15 tahun.
Al-Fatihah buat Allahyarham Nadia Kesuma. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB Ustaz Taufiq
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!






Pada konsert ini juga, Datuk Ramli Sarip turut muncul melakukan persembahan penuh bertenaga. Konsert Tanah Airku yang diadakan juga bersempena ulang tahun MYPO yang ke-10 menyaksikan ia berlangsung dalam dua bahagian yang cukup menarik. Tema utama muzik yang dibawa mereka pada malam itu ialah muzik tradisional serta lagu-lagu hitr istimewa Datuk Ramli Sarip.
Selesai interval, Datuk Ramli Sarip mengambil alih pentas. Ternyata aura luar biasa yang dibawa oleh legenda rock dikenali sebagai papa rock Malaysia ini berjaya memukau penonton. Dengan suara serak basahnya yang menjadi trademark zaman-berzaman, Datuk Ramli Sarip memulakan persembahan dengan lagu popularnya, Kamelia. Seriously, menonton persembahan ini di depan mata diiringi pula muzik orkestra MYPO dan OTM, penulis berasa ‘seram sejuk’ dan bersiri bulu roma! Datuk Ramli Sarip juga pandai berinteraksi dengan penonton dan itulah yang membuatkan persembahannya menjadi lebih menarik.
Semoga konsert seperti ini akan terus diadakan oleh pihak penganjur pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja memberi pendedahan kepadam pemuzik muda tetapi memberi peluang serta paltform untuk muzik tradisional dimartabatkan ke peringkat tertinggi.



