Senarai pencalonan untuk Anugerah Golden Globes 2025 telah diumumkan malam tadi dan tumpuan kali ini terarah kepada 25 orang pelakon Hollywood yang buat julung kalinya menerima pencalonan dalam kategori lakonan di acara berprestij ini.
Menerusi acara pengumuman yang dikendalikan oleh Mindy Kaling dan Morris Chestnut di Beverly Hilton, beberapa nama besar Hollywood akhirnya diberikan pengiktirafan untuk tercalon setelah bertahun-tahun bertapak di Hollywood sebagai seorang pelakon.
Ariana Grande yang melakukan comeback dalam dunia lakonan menerusi filem Wicked dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Muzikal atau Komedi, all thanks to her popular character, Glinda!
Pelakon yang pernah menempa populariti menerusi drama bersiri The O.C iaitu Adam Brodypula dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Siri Televisyen – Muzikal atau Komedi menerusi drama Nobody Wants This.
Begitu juga dengan bintang Baywatch, Pamela Andersonyang menerima pencalonan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem – Drama bagi persembahan mantapnya menerusi filem The Last Showgirl di mana pelakon berusia 57 tahun ini menunjukkan sisi berbezanya.
Ads
Pelakon yang popular menerusi filem The Top Gun: Maverick iaitu Glen Powell juga berjaya meraih perhatian pengkritik setelah dicalonkan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Muzikal atau Komedi bagi lakonannya dalam filem hit Netflix, Hit Man.
Tidak ketinggalan, GamoraZoe Saldañamenerima pencalonan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Filem – Drama untuk lakonannya dalam Emilia Perez.
Anna Sawaidijangka sekali lagi mengulangi kecemerlangannya di Anugerah Emmy’s apabila dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Siri Televisyen – Drama bagi siri Shogun.
Ads
Manakala, bintang yang semakin meningkat naik, Cooper Kochpula dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Siri Pendek, Siri Antologi atau Filem Pendek untuk Televisyen bagi lakonan kontroversi hebatnya sebagai Erik Menendez dalam siri The Monsters: The Lyle and Erik Menendez Story.
Siapa sangka, bekas bintang kanak-kanak, Dakota Fanningterpaksa menunggu selama ini sebelum akhirnya tercalon untuk Anugerah Golden Globes menerusi drama The Ripley bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Televisyen – Drama.
Ads
Begitu juga dengan pengacara rancangan temubual popular, Seth Meyers yang menerima pencalonan setelah bertahun-tahun lamanya menerusi kategori Persembahan Terbaik Komedi ‘Stand-Up’ bagi Televisyen bagi program istimewanya, Seth Meyers: Dad Man Walking.
Lain-lain selebriti Hollywood yang turut menerima pencalonan Golden Globes untuk julung kalinya termasuklah Yura Borisov (Anora, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Drama); Nikki Glaser (Nikki Glaser: Someday You’ll Die, Persembahan Terbaik Komedi ‘Stand-Up’ bagi Televisyen); Jack Lowden (Slow Horses, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Televisyen – Drama); Kali Reis(True Detective: Night County, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Televisyen – Drama); Gabriel LaBelle (Saturday Night, Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Drama); Tadanobu Asano (Shogun, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Televisyen – Drama); Hiroyuki Sanada (Shogun, Pelakon Lelaki Terbaik Televisyen – Drama).
Turut tercalon untuk kali pertama ialah Karla Sofìa Gascón(Emilia Perez, Pelakon Wanita Terbaik Filem – Muzikal atau Komedi); Jesse Plemons (The Kinds of Kindness, Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Muzikal atau Komedi); Liza Colón-Zayas(The Bear, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Televisyen – Muzikal atau Komedi); Jessica Gunning(Baby Reindeer, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Televisyen – Drama); Richard Gadd(Baby Reindeer, Pelakon Lelaki Terbaik dalam Siri Pendek, Siri Antologi atau Filem Pendek untuk Televisyen); Mikey Madison (Anora, Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Muzikal atau Komedi); Kathryn Hahn (Agatha All Along, Pelakon Wanita Terbaik Siri Televisyen – Muzikal atau Komedi); Cristin Milioti (The Penguin, Pelakon Wanita Terbaik dalam Siri Pendek, Siri Antologi atau Filem Pendek untuk Televisyen) dan Maya Erskine (Mr. and Mrs. Smith, Pelakon Wanita Terbaik Siri Televisyen – Drama).
Terdahulu pada hujung minggu lalu, acara Festival Filem Malaysia ke-33 telahpun berlangsung dan REMAJA melaporkan mengenai kemenangan pelakon baharu yang perlu diberikan perhatian, Aniq Durar yang membawa pulang trofi Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Pagari Bulan.
Ura-ura kumpulan K-Pop popular, Blackpink akan mengeluarkan comeback single mereka pada akhir bulan Mac telah berterbangan sejak akhir Februari lagi. Tetapi tiada siapa yang dapat menjangkakan yang ia (1) diumumkan sebegitu pantas dan (2) poster teaser pertama mereka adalah hot seperti ini!
Single berjudul Kill This Love itu telah diumumkan pada jam 8 pagi tadi (waktu Malaysia) dan ia merupakan single terbaru anggota Blackpink selepas ‘Solo’ nyanyian Jennie berjaya menjuarai kedudukan pertama carta tahun lalu.
Netizen rata-rata tidak mampu membendung rasa teruja mereka dengan poster pertama yang menampilkan Lisa. Buktinya, tiga topik trending teratas diungguli oleh Blackpink di Twitter. Ramai yang menyatakan keterujaan mereka melalui hashtag #KillThisLove, #Lisa dan #Blackpink.
Kill This Love akan diputarkan secara rasmi pada 5 April kelak. Nantikan!
Dalam pada itu, terdapat 2 lagi perkhabaran baik untuk Blackpink, pagi ini.
Setelah poster Kill This Love dimuat naik, syarikat naungannya YG Entertainment melaporkan saham mereka serta-merta melonjak naik.
Ia adalah satu perkembangan baik setelah kes skandal anggota Big Bang, Seungri membantutkan stok saham mereka. Skandal itu juga ‘berjaya’ mengheret stok saham syarikat lain seperti JYP dan SM Entertainment untuk turut sama jatuh.
Sumber: All KPop
Selain itu, akaun YouTube Blackpink juga dilihat sudah melepasi 20 juta subscribers. Hanya pada bulan Ogos tahun lalu, ia mencecah angka 10 juta. Dalam masa 8 bulan saja, ia telah melipat sekali ganda kerana sokongan Blinks seluruh dunia.
Apapun REMAJA tak sabar untuk mendengar Kill This Love, April ini.
Blackpink daebak!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau selama ini jeans korang tak tahan lama dan cepat lusuh rasanya mungkin sebab korang salah mencuci jeans tu.
Menurut CEO jenama jeans terkemuka, Levis, Charles V. Bergh mengatakan bahawa ia tidak sarankan untuk jeans tersebut di cuci dengan mesin basuh. Selain daripada boleh merosakkan seluar, teknik cucian ini juga dilihat sebagai satu pembaziran air.
“Rata-rata seluar jeans yang dicuci dengan mesin basuh memerlukan 3.5 liter air untuk pencucian seminggu sekali selama tempoh dua tahun. Separuh daripada jumlah air yang digunakan, jumlahnya setara dengan 6700 gelas air,” kata Bergh.
Namun begitu, jika tidak dicuci selama berbulan-bulan, jeans tersebut boleh menimbulkan bau yang tidak enak dan mengundang pengumpulan bakteria. Jadi, apa kata selepas ini korang cuba tiga cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan bahan jeans tanpa perlu menggunakan mesin basuh atau dicuci dengan tangan.
1. Cuka
Tidak hanya digunakan sebagai pelengkap masakan, cuka juga boleh dijadikan sebagai detergen untuk material jeans. Letakkan satu sudu cuka ke dalam air dingin dan rendam jeans selama setengah jam.
Berbeza dengan sabun yang akan membuatkan warna asal jeans pudar, penggunaan cuka dapat membersihkan seluar dan mengekalkan warnanya.
Jangan risau akan bau yang kurang enak itu sebab selepas jeans tersebut kering, bau itu akan hilang.
2. Wap air
Jangan pernah mencuci jeans dengan menggunakan air panas kerana ia dapat membuatkan material ini mengecut. Sebaiknya, gunakan wap air.
Jika menggunakan water heater, gantungkan seluar atau jaket jeans di ruangan kamar mandi sehingga wap airnya terserap pada material tersebut. Cara ini akan membuatkan pakaian korang kekal segar.
3. Gantung di tempat berangin
Suhu yang tinggi dapat menjadikan jeans mengecut dan kerana itu adalah sangat tidak digalakkan untuk korang mengeringkan cucian jeans pada mesin pengering.
Sebaliknya, cuba gantungkan jeans tersebut di tempat yang tidak terkena cahaya matahari dan cari tempat yang berangin, contohnya gantung di hadapan atau bawah kipas angin.Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesat dalam hutan adalah situasi paling ditakuti oleh individu yang sering melakukan aktiviti-aktiviti seperti hiking, mahupun jungle trekking. Paling tragis bila situasi ini berakhir dengan kematian (harap-harap dijauhkan).
Ada beberapa faktor yang mendorong individu tersesat dalam hutan, antaranya adalah faktor kepenatan, jurupandu yang tidak bertanggungjawab meninggalkan ahli kumpulannya dan gangguan makhluk halus.
Kali ini kami nak kongsikan tip yang boleh korang buat sekiranya tersesat dalam hutan yang telah dikongsi oleh Media Hutan ini.
Kalau korang selalu masuk hutan, mesti korang pernah nampak batang pokok yang besar kan? Ia dipanggil sebagai banir. Banir ini mempunyai kegunaan yang sangat banyak terutamanya bagi individu yang sesat dan memerlukan pertolongan.
Mesti korang selalu jumpa dalam hutan kan?
Macam mana cara nak hantar isyarat kecemasan/minta bantuan guna banir ini? korang boleh ikut langkah-langkah seperti berikut:
1. Pegang parang/batang kayu sederhana besar di tangan
2. Ketuk bahagian atas banir menggunakan belakang parang/batang kayu sederhana besar dengan kuat
3. Ulangi ketukan sebanyak 2 kali untuk memberikan isyarat kepada pasukan penyelamat ataupun pendaki lain
4. Pastikan korang menjarakkan 2-3 saat diantara setiap ketukan untuk memberikan masa dan isyarat yang betul kepada orang lain yang mendengar
Selama ni nampak di hutan ingatkan hanya sebatang pokok yang besar, tetapi rupanya ternyata banir ini ada kegunaannya. Kalau korang nak tahu, bunyi yang terhasil daripada ketukan banir ini boleh didengari sejauh beberapa kilometer bergantung pada lokasi korang ketika itu.
Hebat kan? Walaupun mungkin kita jarang sekali masuk ke hutan, namun kami percaya informasi ini sangat berguna untuk pengetahuan bersama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!