Terbaru, jaguh perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei, akhirnya menamatkan penantian panjang selama lapan tahun untuk kembali bergelar juara apabila menjuarai Kejohanan Cabaran Antarabangsa Singapura, pada Ahad.

Memetik laporan Bernama,  pemain berusia 26 tahun itu turun selaku pilihan ketiga kejohanan dan mempamerkan aksi cukup dominan apabila hanya mengambil masa 30 minit untuk menewaskan wakil Indonesia, Komang Ayu Cahya Dewi, dengan keputusan straight set 21-11, 21-11 pada aksi final yang berlangsung di Singapore Badminton Hall East Coast @ Expo.

Kejayaan tersebut menyaksikan Jin Wei, yang kini menghuni ranking ke-55 dunia, meraih gelaran sulung Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejak kali terakhir menjuarai Cabaran Antarabangsa Orleans di Paris pada 2016. Ia sekaligus menjadi titik kebangkitan baru buat pemain yang pernah di label sebagai prospek besar negara.

Goh Jin Wei Tamatkan Kemarau 8 Tahun! Raih Gelaran Juara Di Singapura
Kredit foto: FB BAM
Goh Jin Wei Tamatkan Kemarau 8 Tahun! Raih Gelaran Juara Di Singapura
Kredit foto: Facebook Zahid Hamidi

Sebelum ini, Jin Wei pernah mencipta sensasi apabila meraih pingat emas perseorangan wanita Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, selain menjuarai Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires serta muncul juara Kejohanan Dunia Remaja sebanyak dua kali pada 2015 dan 2018.

Ads

Namun perjalanan kariernya tidak sentiasa indah apabila masalah kesihatan berkaitan perut yang dialami selepas 2018 menyaksikan prestasinya merudum dan terpaksa melalui fasa sukar untuk kembali kompetitif di pentas antarabangsa.

Menurut jurulatih, Nova Armada, beliau percaya kejayaan di Singapura mampu menjadi pencetus keyakinan baharu buat anak didiknya itu.

Goh Jin Wei Tamatkan Kemarau 8 Tahun! Raih Gelaran Juara Di Singapura

Ads

“Apa yang berbeza dengan Jin Wei kebelakangan ini adalah keinginannya untuk terus memperbaiki diri. Beban latihannya juga meningkat dan saya fikir itu yang membawa kepada kemenangan ini,” katanya.

“Saya harap kemenangan ini dapat meningkatkan keyakinan dirinya. Kami juga akan bekerja lebih keras untuk meningkatkan stamina kerana saya merancang untuk menyertainya dalam lebih banyak kejohanan bertaraf lebih rendah,” jelasnya.

Dalam perkembangan terkini, Jin Wei dijadualkan menyertai kejohanan Super 100 China Masters di Ruichang bermula 10 hingga 15 Mac sebelum mengharungi cabaran lebih besar dalam kejohanan Super 300 di Taiwan serta beberapa kejohanan Super 500 termasuk di Thailand, Malaysia dan Australia.

Ads

Kemenangan di Singapura turut menjadi suntikan semangat menjelang saingan Piala Uber di Horsens, Denmark, selain membuka laluan buatnya memburu impian layak ke Sukan Olimpik Los Angeles.

Sumber: Bernama

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads