Sumber Foto: Time Out

 

Pandemik COVID-19 telah mengakibatkan kemerosotan perniagaan yang teruk di seluruh dunia terutamanya di kalangan jenama premium.

Menurut laporan Food Business News hari ini, jenama terbaru yang terkesan akibat situasi semasa ialah jenama coklat premium dari Belgium, Godiva.

Godiva telah mengumumkan penutupan operasi kesemua 128 buah cawangan stornya di Amerika Utara termasuklah kafe dan butik di sana pada musim bunga tahun ini.

GODIVA Jenama Premium Terbaru Tutup Operasi, Sertai 6 Jenama Lain

Untuk pengetahuan, Godiva masih dianggap baharu di benua tersebut. Kafe pertamanya baru saja dibuka pada April 2019 di New York. Siapa sangka, kurang 2 tahun kemudian, ia akan ditutup kelak.

Pengumuman penutupan stor di Amerika Utara ini tidak membawa kesan yang sama terhadap stor Godiva di Malaysia. Bagaimanapun sejak 12 Januari lalu, Godiva Malaysia telahpun menutup operasi beberapa stor fizikal mereka kecuali stor di Genting Highlands. Namun, coklat Godiva masih boleh dibeli secara atas talian.

*

*

Seperti yang korang ketahui, banyak sebenarnya jenama premium yang terpaksa mengecilkan skala perniagaan mereka atau lebih drastik, menutup terus cawangan di beberapa negara.

Ini merupakan 8 jenama fesyen yang terpaksa bertindak sedemikian sejak tahun lalu.

IKLAN

 

Cath Kidston

Hari ini juga merupakan hari yang malang buat Cath Kidston yang menjadi pilihan ramai pembeli perempuannya apabila kesemua 60 buah stor mereka di serata United Kingdom diumumkan akan ditutup. Malaysia bernasib baik kerana stor jenama tersebut masih beroperasi seperti biasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cath Kidston (@cathkidston)

.

.

Arcadia Group (Pemilik Jenama Topshop, Topman, Dorothy Perkins, Miss Selfridge)

Buat masa ini, Arcadia Group mempunyai kira-kira 22 buah stor di luar negara termasuk di Malaysia. Biarpun masih belum ada pengumuman penutupan stor atau pemberhentian pekerja setakat ini, Ketua Pegawainya mengeluarkan kenyataan Disember lalu bahawa mereka sedang melakukan yang terbaik untuk melindungi para pekerja mereka.

IKLAN

.

.

Robinsons

Dua buah cawangan Robinsons di Malaysia berdepan penutupan pada tahun lalu memandangkan jualan merosot di stor mereka.

.

.

Muji

Jenama Jepun ini telah menfailkan perlindungan bankrup (Chapter 11) di Amerika Syarikat setelah terkesan dengan musim pandemik.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MUJI Malaysia (@mujimy)

.

.

Aldo

Lima daripada 13 buah stor Aldo di United Kingdom telah ditutup dan lapan lagi stor yang sedang beroperasi sekarang sedang melalui dalam pertimbangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ALDO shoes (@aldo_shoes)

.

.

Esprit

Tentunya, korang masih ingat penutupan stor Esprit di semua negara di luar China termasuklah Malaysia pada akhir Jun, tahun lalu. Ini berikutan jualan yang kurang memberansangkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ESPRIT (@esprit)

*

Banyak sebenarnya jenama lain yang sedang dalam fasa berjaga-jaga. Ini termasuklah jenama popular di Malaysia seperti ZARA, Victoria’s Secret, Guess dan H&M.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI