Perjalanan Luar Biasa Balvinder Kaur Dhillon Dari Teluk Intan
Dari sebuah pekan di Teluk Intan terus ke pentas dunia, itulah perjalanan luar biasa Balvinder Kaur Dhillon, pelajar kejuruteraan bioperubatan yang sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi Global Undergraduate Award for Engineering buat tahun kedua berturut-turut. Anugerah ini bukan biasa-biasa; ia dikenali sebagai ‘Junior Nobel Prize’, antara pengiktirafan paling prestij untuk pelajar universiti seluruh dunia.
Antara 1% Terbaik Dunia
Menurut laporan Asia Samachar, Balvinder yang baru menamatkan Ijazah Sarjana Muda MEng in Biomedical Engineering di Queen Mary University of London, berjaya mengatasi ribuan penyertaan global, 3,567 penyertaan daripada 352 universiti di 99 negara. Projeknya ditempatkan dalam 1% teratas dunia, menjadikannya salah seorang pemenang paling cemerlang dalam sejarah anugerah tersebut.
Lebih membanggakan, Balvinder kini menjadi satu-satunya individu yang memenangi kategori Kejuruteraan dua kali berturut-turut, dan hanya dua orang dalam sejarah Global Undergraduate Award pernah mencapai rekod seumpama itu.
Kajian Berimpak Tinggi Dalam AI & Penjagaan Kesihatan
Projeknya yang memenangi anugerah “Developing a Multimodal Deep Learning Pipeline for Automated Glioma Subregion Segmentation and 3D Reconstruction with Integrated Spatial Analysis for Clinical Insight” menggabungkan kecerdasan buatan, robotik dan teknologi kesihatan. Kajian ini dijalankan sepanjang tahun keempatnya di Queen Mary di bawah seliaan Prof Zion Tse dan Dr Hadi Sadati.
Ads
Walaupun bunyinya teknikal, impaknya sangat besar: projek ini membantu memperkemaskan proses pengimejan tumor otak (glioma), memberikan pandangan klinikal yang lebih tepat dan berpotensi menyokong rawatan masa depan.
Kejayaan Tidak Datang Bergolek
Mengulas tentang rahsia kejayaannya, Balvinder menegaskan bahawa perjalanan ini penuh konsistensi dan kerja keras.
Ads
“Kemajuan jarang datang daripada kejayaan tiba-tiba. Ia datang daripada konsistensi, langkah kecil yang bertambah dari semasa ke semasa dan rasa ingin tahu untuk mencabar status quo.”
Kata-kata ini menjadi inspirasi kepada ramai remaja bahawa kejayaan besar bermula daripada perubahan kecil yang dilakukan setiap hari.
Bangga Sebagai Anak Teluk Intan
Kini melanjutkan pengajian sarjana dalam ‘Human and Biological Robotics’ di Imperial College London, Balvinder tetap tidak melupakan akar umbinya. Dia percaya lebih ramai bakat dalam komuniti tempatan termasuk komuniti Sikh di Malaysia mampu menyerlah sekiranya diberi peluang dan sokongan.
Ads
“Saya percaya terdapat peluang sebenar untuk membina lebih banyak inisiatif memupuk bakat, terutamanya dalam teknologi, kejuruteraan dan penjagaan kesihatan tidak kira peringkat umur.”
Inspirasi Untuk Remaja Malaysia
Kisah Balvinder membuktikan bahawa remaja dari mana-mana latar, termasuk pekan kecil seperti Teluk Intan, mampu berdiri megah di pentas global. Kejayaannya adalah simbol kegigihan, intelektual tinggi dan semangat ingin belajar yang tidak pernah padam.
Majalah Remaja mengangkat topi untuk Balvinder seorang ikon generasi baharu yang membuktikan Malaysia mampu melahirkan juara dunia.
Kisah seperti ini membuktikan bahawa apabila peluang, sokongan dan ketekunan bergabung, kejayaan luar biasa dapat dicapai. Semoga lebih ramai remaja Malaysia mengambil inspirasi daripada beliau untuk mencipta impak di pentas global.
Pernah tak korang melihat baju pengantin dari negara-negara serata dunia? Paling tidak pun, selain Malaysia mungkin Indonesia atau negara-negara jiran Asia yang kita sering lihat di kaca televisyen.
Kali ini kami ingin membawa korang menyelami budaya dan tradisi perkahwinan bagi rakyat di serata dunia, selain melihat keunikan rekaan busana pengantin yang digayakan semasa majlis persandingan berlangsung.
Jom kita lihat antara baju pengantin di serata dunia yang mungkin korang tidak pernah lihat.
10 gred keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disenaraikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi laman Facebook rasminya.
Pasti calon SPM tak sabar menunggu hari keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan hari ini,27 Mei ini seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
10 gred tersebut adalah A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G.
Dikatakan, setiap gred SPM itu mempunyai takrif masing-masing.
1) A+ bermaksud Cemerlang Tertinggi
2) A (Cemerlang Tinggi)
3) A- (Cemerlang)
4) B+ (Kepujian Tertinggi)
5) B (Kepujian Tinggi)
6) C+ (Kepujian Atas)
7) C (kepujian)
8) D (Lulus Atas)
9) E (Lulus)
10) Gagal
Selain 10 gred yang dinyatakan ini, terdapat juga keputusan lain yang diperoleh oleh calon SPM.
Catatan ‘Keputusan ditahan’ menerangkan calon disyaki telah melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.
Seterusnya, catatan ‘Keputusan dibatalkan’ bermaksud calon terbukti melakukan salah laku dan ditanda dengan X dalam slip keputusan peperiksaan.
Manakala catatan ‘Keputusan T’ menerangkan calon tidak hadir kertas yang diduduki sama ada keseluruhan kertas atau sebahagian kertas.
*Ingat, SPM bukanlah titik pengakhiran tetapi ini baharu titik permulaan kepada dunia sebenar. Good luck kami ucapkan buat semua calon SPM 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem Thanksgiving arahan Eli Roth membawa kisah menakutkan dan mendebarkan yang menyentuh sisi gelap musim perayaan tersebut.
Mengambil inspirasi dari karakter Roth dalam Grindhouse, filem ini membawa tema Thanksgiving to another level yang menakutkan, menggabungkan elemen seram dan slasher dengan sentuhan komentari sosial.
Berkisarkan tragedi berdarah yang terjadi ketika jualan Black Friday pada tahun sebelumnya, kehadiran kuasa misteri yang ingin membalas dendam yang dikenali sebagai “John Carver,” turut memberikan pengalaman yang menegangkan dan mendebarkan kepada para penonton.
Memang scary habis lah min tengok!
Barisan pelakon yang dipimpin oleh Patrick Dempsey dan Addison Rae turut berjaya memberikan persembahan yang meyakinkan, menavigasi plot yang penuh tekanan dengan keseimbangan emosi ketakutan.
Selain itu, sinematografi filem tersebut berkesan menangkap atmosfera yang seram, memanfaatkan sepenuhnya pengaturan perayaan itu.
Kalau korang perasan juga, gaya khas Eli Roth jelas terlihat dalam adegan-adegan yang intense dan grafik, memenuhi citarasa peminat genre seram.
Meskipun “Thanksgiving” bukan untuk mereka yang lemah semangat, peminat karya terdahulu Eli Roth dan penggemar genre slasher akan mendapati banyak yang boleh dihargai.
Jadi apa anda tunggu lagi? Saksikannya di pawagam berdekatan 30 November ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...