
Kalau hendak diikutkan dengan peredaran zaman kini, memang banyak haiwan peliharaan menjadi popular dengan memiliki akaun Instagram sendiri. Pastinya pemilik mereka adalah ‘mastermind’ di sebalik akaun itu.
Berbeza dengan kucing yang seekor ini, Gli, yang popular dek kecomelannya dan merupakan residen tetap bangunan bersejarah di dunia, Hagia Sophia yang terletak di Turki.

Meski pun tidak bertuan namun Gli cukup popular media sosial, kucing tidak bertuan ini popular di kalangan pelancong asing dan tempatan yang tidak melepaskan peluang bergambar dengannya. Namun kini kelibatnya tiada lagi.
Mati pada usia 16 tahun kerana tua, kehilangan Gli pasti menjadi kesedihan dan kenangan buat semua penduduk serta pelancing yang pernah mengunjungi Hagia Sophia sementelah lokasi itu kini telah dibuka untuk tujuan menunaikan solat bagi umat Islam.

Berita kematian kucing ikonik Turki ini disampaikan sendiri oleh gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya menerusi kicauan di laman Twitter beliau. Menurutnya di dalam kicauan itu, “Kucing Hagia Sophia, Gli yang telah dirawat di klinik veterinar daerah Levent sejak 24 September lalu mati kerana usianya yang tua. Kami tidak akan pernah melupakanmu Gli.”
Seperti yang kita tahu, Istanbul adalah antara bandar yang sangat mesra haiwan terutamanya kucing dan juga anjing. Setiap haiwan yang tidak bertuan dijaga dengan baik bahkan mereka menerima rawatan dari semasa ke semasa oleh jabatan veterinar.
Sumber : Twitter Ali Yerlikaya
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah Pelik Dari Makkah: Gara-Gara Mandi Bogel di Tanah Suci, Lelaki Dihurung Lalat Setiap Hari

Pelbagai perkara aneh dan pelik sering kali kita dengar ketika seseorang berada di Tanah Suci Makkah. Sama ada ianya spontan ataupun disedari. Kadang-kadang kita terfikir adakah ini ujian dari Allah atas apa yang kita lakukan di dunia ini ataupun disebabkan kelalaian kita sendiri. Apa jua pun ujian dari Allah, ianya untuk menyedarkan kita untuk menyedarkan kita dari terus alpa dengan duniawi. Bersama-samalah kita ambil iktibar dan akan terus menambahkan ketakwaan kita kepada Allah swt.
REMAJA berkongsi kisah yang dikongsikan oleh seorang penceramah terkenal, Ustaz MK Azman dari Emkay Future Training & Consultancy mengenai kisah pelik yang berlaku kepada seorang warga emas di Tanah Suci Makkah.

“Pakcik ini sudah berusia 75 tahun. Bila dapat jemputan jadi tetamu Allah mengerjakan ibadah haji dia gembira kerana terpilih dari jutaan umat Nabi Muhammad dapat ke sana. Segala persiapan sudah dilakukannya termasuk menghafal segala doa yang perlu.
“Mungkin membawa sama sikapnya semasa di kampung yang tidak menutup aurat ketika mandi, ketika berada di Makkah, pakcik ini melakukan hal yang sama di Makkah. Seperti sedia maklum, apa saja yang kita niatkan atau lakukan di Makkah, doa lebih mudah termakbul.
“Selepas mandi tanpa memakai kain demi menutup auratnya, malam itu warga emas ini bermimpi didatangi lalat yang menghurung seluruh tubuhnya terutama di bahagian kemaluannya. Mungkin petanda bahawa dia patut “malu” dan menutup auratnya. Pakcik ini kemudiannya bertanya kepada mutawiif yang bertugas tentang mimpinya itu. Mutawaf ini kemudian menerangkan kepadanya bahawa Allah memberinya petanda bahawa tutuplah aurat. Dia kemudian malu dengan perbuatannya dan seterusnya bertaubat meminta ampun di atas kelalaiannya. Ahamdulilillah selepas itu, tiada lagi lalat mengharunginya.
Masa yang sama kata Ustaz Mk Azman, sebenarnya ketika individu mandi di dalam bilik yang bertutup, dinding dan pintu itu sudah ditafsirkan sebagai menutup auratnya tetapi adalah lebih afdal jika ada kain yang menutup auratnya.

Kata Ustaz Mk Azman lagi, tidak hanya cerita warga emas berkenaan tetapi ada satu yang cukup memberi pengajaran. Ia mengenai seorang anak muda yang berjaya dalam pelajarannya. Dari kecil dia dibela oleh ibu tirinya selepas kematian emak kandungnya.
Dia dijaga bagai minyak yang penuh, tidak luak kasih sayangnya biarpun dia punya adik beradik tiri yang lain. Tapi sayang, kasih sayang ibu tirinya sedikit pun tidak pernah melekat di hatinya. Hatinya selalu memberontak biar pada hal yang kecil. Mulutnya sentiasa berkata jahat dan tidak menghormati langsung emak tirinya biar ditegur oleh bapanya.
Rezekinya, dia dapat mengerjakan haji pada usia muda. Malangnya sebelum berangkat, dia tidak pun meminta maaf kepada ibu tirinya di mana egonya tetap tinggi.
Namun Allah mahu menunjukkan kuasanya. Sebaik kakinya dijejak ke Tanah Suci Makkah, dia terpandang ribuan anjing. Ke mana-mana saja dia pergi, anjing mengekorinya. Bila ditanya kepada rakan-rakan jemaah, kata mereka bagaimana sucinya kota Makkah, tak mungkin anjing yang sifatnya najis berat itu berada di sini. Dia terus bingung dan pelik dengan kejadian. Ketika solat di Masjidilharam pun dia terpandang anjing. Sehinggalah dia bertemu mutawif yang kemudian menyoal latar belakangnya. Kerana tidak hormatkan emak tirinya dan selalu memarahi orang tua itu, Allah pertunjukkan anjing yang mewakili sifat dirinya.
Apa sifat anjing? Biar orang beri makanan, dia sanggup menggigit, samalah dirinya biar diberi kasih sayang, tapi tidak tahu membalasnya,” kata Ustaz Mk Azman ketika dihubungi.

Dalam pada itu, kala ditanya tentang doa haji mambur yang selalu didoakan oleh orang ramai kepada mereka yang dapat mengerjakan haji, kata Ustaz Mk Azman, haji mambur bermaksud menepati syarat dan rukun haji di mana individu itu melalui semua ujian di Tanah Suci Makkah dengan penuh kerendahan hati dan jiwa.
“Untuk mendapat haji mambur, kita boleh lihat sebaik dia pulang ke tanah air. Sebagai contoh, dulu solat hujung waktu, kini berubah lakukan awal. Perbuatan, tata cara hidupnya juga bertukar. Kata orang satu perubahan yang lebih baik. Tapi kalau perbuatan dan caranya masih sama, biar dia pernah mengerjakan haji, hanya tittle haji sajalah dia peroleh, bukan haji yang mambur,” katanya menjelaskan jika seseorang pergi mengerjakan haji kita mendoakannya dengan perkataan haji mabrur, tapi jika mengerjakan umrah disarankan berdoa perkataan maqbul bullah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ariana Grande Bantu Derma Rakyat Palestin, Beberapa Minit Berjaya Kutip RM188 Juta

Ariana Grande bukan sahaja dikenali dengan bakatnya yang luar biasa dalam bidang muzik, tetapi juga dengan sumbangan positifnya dalam masyarakat.
ARTIKEL BERKAITAN : Didakwa Hidap Anoreksia, Ariana Grande Akhirnya Buka Mulut
Terbaru, figura ini menjadi tumpuan dunia apabila menggunakan platform Instagram Story (IGs) untuk menggalakkan orang ramai menyalurkan sumbangan kepada Palestin.
Dalam hantaran tersebut, Grande berkongsi pautan ke tabung ‘Tabung Bantuan Kanak-kanak Palestin’, yang bertujuan untuk membantu rakyat Palestin yang menderita akibat pembantaian oleh rejim Zionis.

Menurut laporan dari Celebs Arabic, selepas Grande mempromosikan petisyen derma ini di IGs, tabung berkenaan berjaya memperoleh lebih daripada 40,000 USD (kira-kira RM188,000). Ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh bintang pop Amerika-Latin itu dan keprihatinan masyarakat terhadap isu kemanusiaan di Palestin.

Fakta Menarik Tentang Ariana Grande
- Nama Penuh dan Asal-Usul: Nama penuh Ariana Grande ialah Ariana Grande-Butera. Beliau dilahirkan pada 26 Jun 1993 di Boca Raton, Florida, Amerika Syarikat. Nama “Grande” berasal dari datuknya yang berdarah Itali.
- Karier Awal di Broadway: Sebelum menjadi penyanyi terkenal, Ariana memulakan kerjayanya di pentas Broadway pada usia 15 tahun. Beliau membintangi muzikal “13”, yang memenangi Anugerah Tony.
- Populariti Melalui Nickelodeon: Ariana mendapat pengiktirafan meluas melalui wataknya sebagai Cat Valentine dalam siri televisyen Nickelodeon “Victorious” dan “Sam & Cat”.
- Suara yang Hebat: Ariana dikenali dengan jangkauan vokalnya yang luar biasa, merangkumi empat oktaf. Suaranya sering dibandingkan dengan Mariah Carey, penyanyi terkenal dengan jangkauan vokal yang serupa.
- Album yang Mencapai Kejayaan Besar: Album pertamanya, “Yours Truly”, dilancarkan pada tahun 2013 dan menduduki tangga teratas Billboard 200. Sejak itu, beliau telah mengeluarkan beberapa album yang berjaya termasuk “My Everything”, “Dangerous Woman”, “Sweetener”, dan “Thank U, Next”.
- Pengaruh dalam Fesyen: Ariana juga dikenali dengan gaya fesyennya yang unik, sering kali tampil dengan rambut ponytail yang tinggi dan pakaian yang bergaya. Gaya ini telah menjadi tanda dagangan dirinya dan diikuti oleh ramai peminat.
- Pencapaian di Anugerah Muzik: Ariana telah memenangi banyak anugerah sepanjang kerjayanya, termasuk Grammy Awards, Billboard Music Awards, dan American Music Awards. Beliau juga merupakan antara artis yang paling banyak distrim di platform muzik digital.
- Sumbangan Amal: Ariana aktif dalam kerja-kerja amal dan sering terlibat dalam kempen untuk menyokong hak asasi manusia, perlindungan haiwan, dan kesedaran tentang kesihatan mental. Beliau juga mengadakan konsert amal untuk mangsa serangan di Manchester pada tahun 2017.
- Penyokong Kuat Hak Asasi Manusia: Ariana adalah penyokong kuat hak asasi manusia dan sering bersuara tentang isu-isu seperti LGBTQ+ dan hak wanita. Beliau menggunakan platform media sosialnya untuk meningkatkan kesedaran tentang pelbagai isu sosial.
- Bakat dalam Lakonan: Selain menyanyi, Ariana juga berbakat dalam bidang lakonan. Beliau telah muncul dalam beberapa rancangan TV dan filem, serta meminjamkan suaranya untuk watak dalam filem animasi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Janna Nick Nyahaktif Akaun Instagram? Apa Punca Trend #JannaNickIsGoingToJailParty..

Saban minggu, nama pelakon dan pengacara, Janna Nick pasti tidak pernah lekang daripada menduduki carta topik trending di Twitter.
Namun semuanya dilihat kerana kontroversi ‘perbalahan dengan warganet’ hingga menyeret namanya ke lubuk negativiti.
Kami sangkakan Janna sudah lali dengan cercaan yang dilontarkan kepadanya…tetapi satu lagi kontoroversi melandanya.

Kali ini, situasinya sedikit berbeza apabila Janna dikaitkan dengan seorang selebriti K-pop yang telah meninggal dunia kira-kira tiga tahun lalu iaitu Jonghyun, salah seorang ahli grup SHINee.
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Setahun, Selebriti Memperingati Tragedi Kematian Kim Jonghyun (SHINee) – REMAJA
BACA LAGI: Peminat Muslim Dihentam Kerana Beri Penghormatan Terakhir Kepada Kim Jonghyun – REMAJA
Biarpun sudah tiga tahun berlalu sejak video tular Janna dan pelakon, Sharifah Sakinah mengelakkan pemergian artis K-pop itu, nampakn K-Netz tidak mudah untuk melupakannya ya.
Lalu, demi memperbetulkan tanggapan orang ramai terhadap video yang kembali ditularkan itu, Janna memuat naik video baharu di akaun media sosialnya.

Sumber: Tangkap Layar Instagram @jannanick.
“Jujur demi Allah, saya tak tahu-menahu pasal video artis K-pop itu. Saya tak tahu pun Sakinah rakam video itu. Saya hanya gelak sahaja dalam video itu.
“Tapi kalau perkara ini dibesarkan sampai melibatkan emak saya, perkara ini sudah tak kelakar. Apa ini adik-adik? Jadi saya nak beritahu saya sumpah demi Allah saya tak tahu,” katanya sambil memegang Al-Quran ketika melakukan pengakuan itu.

Sumber: Tangkap Layar Instagram @jannanick.
Okay, Janna pun sudah perjelaskan semuanya, mengapakah warganet masih seakan berdendam dengannya?
Mengikut tinjauan REMAJA kepada kata-kata warganet mengenai isu ini, Janna kata mereka dilihat kembali ‘menghentam’ peminat K-pop yang disifatkannya melontarkan kata-kata yang terlalu kasar dan kesat.
“Segala kritikan kalau orang kutuk lakonan saya tak bagus, atau saya menyanyi tak sedap.. saya boleh terima. Kalau orang nak cakap arahan saya tak bagus pun saya boleh terima.
“Mungkin kadang-kadang saya terlebih cakap. Tapi apa yang awak rasa itu sama ke dengan apa yang saya rasa,” katanya yang merasakan dirinya difitnah dengan kata-kata segelintir warganet.
“Korang dah fitnah saya, korang expect saya nak minta maaf? Disebabkan saya tak suka nak layang benda-benda ini, tak apalah saya minta maaf walaupun saya tak puas hati.”
“Saya minta maaf kepada adik-adik peminat si mati, peminat fanatik K-pop. Saya minta maaf sekiranya saya tercuit dan perkara itu buatkan awak terasa. Saya minat maaf,” tuntas pelakon ‘Melastik Ke Hatimu’ itu.

Sumber: Tangkap Layar Twitter @jannanick.
Janna Nick ‘Hilang’ Dari Radar?
Sehari selepas permohonan maaf Janna Nick itu dilakukan, hashtag #JannaNickIsGongToJailParty dilihat tiba-tiba bertebaran di radar Twitter Malaysia.
Rupa-rupanya, isu video dari tahun 2018 itu telah mendapat perhatian peminat K-pop dari Korea Selatan dan hashtag tersebut telah disokong oleh peminat di sana.
Bukan hanya isu mempersendakan mendiang Jonghyun yang membuatkan mereka tidak berpuas hati. Malah, mereka turut menyelar salah seorang karakter dalam telemovie arahan Janna ‘Delen’ yang diberikan nama Lisa Blackpig (merujuk kepada Lisa Blackpink).

Sumber: Tangkap Layar Instagram @jannanick.
Lantas mereka tidak membuang masa dengan mengutuk perbuatan Janna tersebut kerana tidak menghormati idol kegemaran mereka itu. Tinjauan REMAJA kepada akaun Instagram Janna Nick pula mendapati ia telah ‘kosong’ tanpa sebarang muat naik dan info.
Adakah Janna mengambil keputusan untuk menyahaktifkan akaunnya itu demi mendapat ketenangan buat sementara waktu atau akaunnya telah dinyahaktif kerana laporan peminat K-pop?

Mungkin benarlah telahan selebriti yang pernah terlibat dalam ‘perang’ bersama warganet sebelum ini, mereka tidak boleh menang apabila menentang mereka.
ARTIKEL BERKAITAN : Sedekad Dalam Industri, Janna Nick Kini Bergelar Pengarah Menerusi ‘Delen’ – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

