Kalau korang memang peminat siri Avengers, mesti korang perasan dengan watak Dr Helen Cho dalam Avengers: Age of Ultron.

Dr Helen Cho atau Claudia Kim/Soo Hyun mencuri perhatian peminat seluruh dunia apabila beliau yang merupakan rakyat Korea  dan orang Asia berlakon dalam filem siri terkemuka tersebut.

#GirlPower: Kenali Claudia Kim, Bintang Avengers Yang Kini Artis Naungan YG Entertainment

Untuk pengetahun semua, Claudia Kim atau Soo Hyun pasti menjadi rebutan pelbagai agensi untuk menjadi artis naungan. Terbaru, menurut laporan Claudia akhirnya memilih agensi YG Entertainment untuk mengurusnya.

Buat korang yang tak berapa kenal dengan pelakon Korea ini, Ini 9 fakta korang kena tahu tentang Claudia Kim.

1. Claudia Kim dilahirkan di Seoul, Korea Selatan pada 25 Januari 1985. Menghabiskan masa kecilnya di Amerika Serikat selama enam tahun, sebelum kembali ke Korea Selatan.

IKLAN

2. Claudia Kim merupakan lulusan Universiti Wanita EWHA. Pernah menjadi reporter dan penyiar selama tiga tahun di kampusnya. Claudia Kim juga sempat melakukan internship di The Korea Times dan Arirang TV.

3. Berjinak dalam industri hiburan Korea selepas Claudia Kim memenangi pertandingan pemodelan Korea-Cina pada tahun 2005.

#GirlPower: Kenali Claudia Kim, Bintang Avengers Yang Kini Artis Naungan YG Entertainment

4. Claudia Kim mendapat tawaran untuk membintangi drama Korea ‘Queen of the Game’ pada 2006. Memegang watak sebagai seorang pengacara antarabangsa dan mendapat penghargaan New Star Award dari SBS Awards.

IKLAN

5. Setelah berdiam dari industri seni lebih kurang empat tahun, Claudia Kim kembali dalam drama Korea The Fugitive: Plan B. Dia kemudian membintangi  medical drama Brain  (2011),  7th Grade Civil Servant (2013), dan  sitcom Standby(2012).

6. Claudia Kim mula mendapat perhatian di Hollywood pada tahun 2014. Dia membintangi siri Netflix Marco Polo. Dalam tahun yang sama, beliau dapat memegang watak Helen Cho dalam filem Avengers: Age of Ultron.

#GirlPower: Kenali Claudia Kim, Bintang Avengers Yang Kini Artis Naungan YG Entertainment

IKLAN

7. Kerjaya Claudia Kim bermula di Hollywood. Terkini, artis Korea ini membintangi filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald, yang ditulis oleh J.K. Rowling sebagai Nagini.

8. Claudia Kim mengahwini Cha Min Geun, Pengasas Bersama WeWork Labs pada tahun 2019. Pernikahannya juga dihadiri oleh artis Korea, Im Si Wan dan Ha Seok Jin. Pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan.

#GirlPower: Kenali Claudia Kim, Bintang Avengers Yang Kini Artis Naungan YG Entertainment

9. Claudia Kim menjadi artis Korea pertama yang menghadiri acara “Women in Film Gala” oleh jenama fesyen Max Mara. Artis YG Entertainment ini juga merupakan model untuk jenama kosmetik SUQQU.

Wah…mesti peminat Claudia Kim tak sabar melihat kerjayanya diuruskan YG Entertainment yang terbukti sebuah agensi tersohor.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI