Bukan mudah jika terpaksa dibesarkan dalam ‘broken family’ kerana disaat melihat teman-teman bersama ibu dan bapa, namun kita hanya ada ayah atau ibu disisi dan tidak seperti keluarga yang lain.
Shaza Nuriman Mohamad Zamri atau lebih dikenali sebagai Shaza Bae merupakan antara remaja yang dibesarkan oleh ibu tunggal kerana sejak umurnya 7 tahun lagi, ibu dan ayahnya sudah pun bercerai. Namun begitu, ia tidak sesekali membuatkan pemenang Dewi Remaja 2019 merasa rendah diri, malah dia lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
“Sepanjang 25 tahun hidup, memang ibulah yang menjadi emak dan ayah kepada kami adik-beradik. Saya tahu dan sedar, pengorbanan ibu yang membesarkan kami seorang diri kerana bukannya mudah untuk menjadi single mom terutamanya pada zaman sekarang. Mungkin disebabkan itu, saya seorang yang sangat kuat bekerja, tegas dan berdikari. Dalam mindset saya, saya selalu terfikir yang saya perlu membalas jasa ibu,”
“Ibu mengajar saya untuk menjadi insan yang baik, walaupun saya tidak sempurna dan banyak melakukan kesalahan, tapi itu yang selalu ibu ajar dan ingatkan untuk sentiasa berbuat baik kepada orang lain. It’s not an easy journey, tapi Alhamdulillah disebabkan ibu, saya kini berada di sini,” jelas Shaza.
Ads
Pengorban paling besar seorang ibu
“Sebenarnya setiap apa yang dilakukan oleh ibu kita, ia adalah satu pengorbanan yang besar. Dialah yang membesarkan kami adik-beradik, bekerja keras mencari duit sehingga tiada masa untuk diri sendiri, berkorban masa, wang dan tenaga. Melayan perangai anak-anak yang daripada kecil sehingga remaja. Semua yang dilakukan ibu pada saya adalah satu pengorbanan yang besar buat kami sekeluarga,”
Mengakui bukan mudah dibesarkan dalam ‘broken family’, namun Shaza menerima takdir yang menimpa mereka dan menjadikan ia sebagai satu sumber kekuatan.
Ads
“Sudah tentu bila kita membesar dalam keadaan ‘broken home’, keluarga kita akan dianggap sebagai tidak lengkap dan banyak kekurangan. Tapi, ini semua adalah qada’ dan qadar, perkara ini mengajar saya untuk menerima ketentuan Ilahi dan menjadi lebih baik. Kita tidak boleh salahkan Tuhan, tak boleh nak salah situasi kerana memang itulah takdirnya dan bergantung kepada kita untuk menghadapinya,”
Ads
“Saya pernah hidup susah dan membesar dalam keadaan serba tidak lengkap tapi cukup. So, kita kena belajar untuk bersyukur, belajar untuk bekerja keras dan belajar untuk menjadi manusia yang baik. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tidak semestinya keluarga yang lengkap tidak mempunyai masalah. Semua orang ada masalah. Tapi, satu perkara yang saya selalu pegang, kita kena sentiasa bersyukur,” sambungnya lagi.
Habiskan masa bersama ibu
Apabila dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, sudah pasti ikatan mereka menjadi lebih kuat. Banyak momen yang dicipta bersama untuk dikenang sehingga akhir hayat nanti.
“Kami banyak menghabiskan masa bersama jika masing-masing tidak sibuk bekerja. Simple sahaja, kadang-kadang saya keluar makan dengan ibu. Saya dengan ibu memang agak clingy. So, kalau dapat keluar makan atau masak bersama pun dah cukup buat saya gembira. Tak perlu perkara-perkara yang mewah, dapat keluar makan pun dah okay sebab saya sekarang ni duduk seorang diri. Jadi bila dapat berjumpa dan meluangkan masa tu memang rasa happy sangat. Benda-benda simple macam ni jangan kita ambil ringan,” kata Shaza.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang masih ingat pada tahun 2018, kawasan pelancongan popular di ASEAN telah dikejutkan dengan penutupan pantai secara serta-merta.
Antara yang terlibat ialah Boracay, Filipina dan Koh Samui, Thailand untuk tempoh 10 bulan. Semuanya gara-gara isu pencemaran pantai yang kritikal dan mampu membunuh hidupan laut di sana.
To be honest, bukan pantai Boracay dan Koh Samui saja yang terjejas. Banyak lagi kawasan pantai ASEAN yang berdepan situasi ini termasuklah di dalam negara kita sendiri.
Mungkin untuk mengelakkan perkara itu terjadi, Bali Indonesia telah menetapkan cukai lebihan kepada para pelancong yang masuk ke pulau itu baru-baru ini.
Cukai pelancong sebanyak USD10 atau RM41 akan dikenakan kepada semua pelancong asing dan dana itu akan digunakan untuk pemuliharaan alam serta pembangunan budaya di Bali.
Untuk pengetahuan korang, Bali ingin mengurangkan penggunaan plastik sebanyak 70% dalam masa setahun kerana ia juga berdepan dengan masalah pencemaran di pantai. Malah, sejak bulan Disember lagi, Bali telah mengharamkan penggunaan straw minuman dan styrofoam.
Baguslah tu, demi kecantikan alam semulajadi Bali juga. Barulah anak cucu kita boleh nikmati Bali yang sekarang ini pada 30-40 tahun akan datang.
Kira-kira 12 juta orang pelancong asing yang berkunjung ke Bali pada setiap tahun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aidilfitri lalu, kecoh dunia hiburan di Malaysia apabila selebriti tempatan, Alya Iman mengambil keputusan untuk tidak lagi mengenakan hijab dalam satu hantaran di ruangan Instagram-nya.
Baru menginjak usia 22 tahun pada Februari lalu, dalam hantaran tersebut Alya tampil anggun mengenakan persalinan kurung moden berona biru muda. Wajahnya dirias cantik oleh jurusolek, Cuki Ajis dan rambutnya pula didandan rapi oleh hair stylist, Hamidi Jamili.
Alya yang merupakan anak bongsu kepada bekas pelakon terkenal dan pendakwah, Allahyarham Azmil Mustafa menceburkan diri dalam dunia glamor sebagai peragawati berhijab sebelum terjun ke dunia lakonan.
Menceburi dunia lakonan sejak berusia 18 tahun, itu bukanlah perkara yang mengejutkan lantaran kedua-dua Allahyarham datuk dan bapanya merupakan orang seni.
Datuknya yang popular dikenali sebagai Kala Dewata atau nama sebenar, Profesor Dato’ Dr. Mustapha Kamil bin Mohd Yassin merupakan seorang penulis novel, penulis skrip dan pensyarah bidang drama dan penulisan kreatif di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Antara drama televisyen terkenal hasil penulisan beliau adalah Atap Genting, Atap Rembia yang popular sekitar tahun 70an.
Azmil Mustapha pula seperti yang kebanyakan kita ketahui merupakan pelakon popular sekitar tahun 1980an dan 90an menerusi watak-watak ikonik seperti Ali dalam filem Ali Setan dan Taufik dalam filem Suara Kekasih.
Walaupun baru menceburi dunia seni, Alya sendiri sudah membintangi pelbagai drama antaranya Senafas Rindu, Lelaki Kelas Sebelah, Bukan Kahwin Paksa dan Ku Punya Hati. Filem lakonan pertamanya pula adalah 7 Minggu Sebelum Kahwin yang disiarkan di saluran Astro First.
Sesudah kehilangan kedua orang tuanya, Alya dilihat cukup kuat. Kelmarin misalnya, Alya menyantuni golongan kurang berkemampuan dengan memasak untuk mereka dan turut meraikan mereka di kedai restoran makanan segera yang terkenal.
Video tersebut yang dimuat naik di ruangan Insta Story memperlihatkan Alya beramah mesra dengan kanak-kanak dan juga individu dewasa yang hadir untuk mendapatkan bantuan makanan. Dalam video tersebut Alya meninggalkan coretan berbunyi, “This one if for you, mom and dad.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu ujian personaliti telah dibuat berdasarkan gaya tidur seseorang individu. Enam posisi tidur yang kerap kali dilakukan diambil sebagai salah satu bahan uji kaji selidik. Berikut merupakan hasil ujian yang telah dijalankan. Jom semak sama ada betul atau tidak personaliti ini berdasarkan gaya tidur kamu.
Jika kamu tidak boleh tidur tanpa membengkokkan sedikit bahagian kaki dalam keadaan mengiring, maka kamu adalah seorang yang tenang dan boleh dipercayai. Tidak ada perkara yang bisa membuatkan kamu mudah terasa dan kamu seorang yang berani menghadapi masa hadapan. Walaupun dihimpit dengan masalah, kamu tetap boleh melemparkan senyuman dan menyesuaikan diri.
Kamu yang gemarkan tidur secara posisi seperti janin adalah seorang yang inginkan perlindungan, mudah memahami dan penuh dengan sifat simpati. Dengan tidur seperti gaya ini, kamu sedaya upaya ingin memisahkan masalah yang dihadapi daripada dunia realiti. Personaliti kamu juga terdorong ke arah potensi untuk menjadi seorang yang pandai menari dan menulis blog.
Bagi kamu yang tidur meniarap lebih kepada mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Kamu bijak mengambil peluang dan inisiatif untuk memastikan keadaan sekeliling sama ada kehidupan peribadi dan kerjaya menjadi seimbang. Kamu juga seorang yang penuh ketelitian dan tidak suka menangguhkan kerja. Seorang yang tabah dan berpotensi untuk mencapai kejayaan yang besar.
Jika kamu gemar tidur secara terlentang, kamu berkemungkinan besar seorang yang positif dan suka kan kehidupan. Seorang yang inginkan perhatian, kamu juga akan melakukan apa sahaja untuk mencapai sesuatu yang diingini dan mempunyai personaliti yang sangat dominan.
Jika kamu tidur dalam posisi berbaring tegak dengan tangan di sisi, maka kamu seorang yang mudah untuk ditegur. Kamu juga seorang yang tahu apa yang kamu inginkan dan akan berusaha untuk mendapatkannya. Seorang yang tegas dan demanding, kamu selalu inginkan yang terbaik dalam semua perkara.
Bagi kamu gemar tidur sebelah kaki diangkatkan sedikit pada bahagian sisi, kamu cenderung mempunyai personaliti yang tidak menentu dan mudah tertarik pada sesuatu perkara yang mencabar. Mood kamu sering mengelirukan orang di sekeliling kerana kamu seorang yang unpredictable. Biasanya, kamu sukar untuk membuat sesuatu pilihan dan secara keseluruhannya, kamu kehidupan kamu stabil dan bahagia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
S. Sivasangari Juara Terbuka Australia 2026 selepas menewaskan Marina Stefanoni di final. Kejayaan ini menamatkan kemarau gelaran dan membanggakan Malaysia di pentas skuasy antarabangsa.