Dalam dunia penerbangan yang sering dilihat sinonim dengan dominasi lelaki, Malaysia Airlines sekali lagi melakar sejarah apabila mengendalikan satu penerbangan istimewa yang dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan wanita.

Penerbangan MH2610 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu ini bukan sekadar membawa penumpang ke destinasi, malah menjadi simbol keberanian, kepakaran dan kepimpinan wanita dalam industri penerbangan yang penuh cabaran.

#GirlPower Break The Sky Ceiling! Penerbangan Malaysia Airlines Ini Dikendalikan 100% Oleh Pasukan Wanita

Apa yang menjadikan penerbangan ini lebih bermakna, setiap peranan penting digalas oleh wanita, bermula dari ejen daftar masuk, jurutera penyelenggaraan, pegawai keselamatan, kru kabin, sehinggalah ke kokpit yang dikemudi juruterbang wanita. Keseluruhan operasi ini menampilkan kecekapan dan profesionalisme wanita dalam setiap sudut penerbangan.

Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan kebolehan mereka, malah menyerlahkan kekuatan serta peranan besar wanita dalam industri yang selama ini sering dikaitkan dengan kaum lelaki.

Ads

Menurut Malaysia Aviation Group (MAG) menerusi laman Facebook rasmi mereka, wanita kini merangkumi 36 peratus tenaga kerja syarikat, sekali gus mengatasi sasaran 25by2025 yang ditetapkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

#GirlPower Break The Sky Ceiling! Penerbangan Malaysia Airlines Ini Dikendalikan 100% Oleh Pasukan Wanita

Ads

Pencapaian ini jelas menunjukkan bahawa wanita bukan sekadar ‘pelengkap’, sebaliknya menjadi tonggak utama kejayaan syarikat penerbangan negara. Ia juga menjadi simbol inspirasi bahawa kaum wanita mampu menembusi batasan, mencipta peluang serta memacu masa depan industri penerbangan.

Semoga penerbangan hari ini menjadi inspirasi bukan sahaja kepada rakan sekerja, tetapi juga generasi penerbangan akan datang untuk terus bermimpi besar dan berani menongkah cabaran,” kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan.

Ads

Kejayaan bermakna ini turut mendapat pujian orang ramai yang meluahkan rasa bangga dengan pencapaian tersebut. Ramai berpendapat, pencapaian ini mampu menyuntik semangat kepada wanita di luar sana untuk menceburi bidang penerbangan.

#GirlPower Break The Sky Ceiling! Penerbangan Malaysia Airlines Ini Dikendalikan 100% Oleh Pasukan Wanita

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads