Seorang wanita Bidayuh berusia 40 tahun dari Sarawak telah mencipta sejarah apabila memenangi pingat emas pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia ke-55 yang berakhir baru-baru ini di Kathmandu, Nepal.
Atlet wanita, Philomena Dexclyn Siar, menewaskan pesaingnya, Nguyen Thi Kim Cuong dari Vietnam dan Ajaree Tansub dari Thailand, untuk merangkul pingat dalam acara Fizik Sukan Wanita (lebih 165cm).
Menarik sekali apabila Philomena kini menjadi wanita Sarawak pertama memenangi gelaran dalam pertandingan Asia. Wow…girl power!
Untuk makluman, penyertaan wanita hebat tersebut dalam kejohanan Asia di Kathmandu menandakan penampilan ketiganya dalam pertandingan itu.
Ads
Dia sebelum ini mencapai kedudukan lima teratas dalam kedua-dua edisi 2019 yang diadakan di Batam, Indonesia, dan acara di Maldives tahun lepas, menurut The Borneo Post.
Selepas memenangi emas, Philomena berkata bahawa dia dibanjiri pelbagai emosi yang boleh digambarkan sebagai gabungan kegembiraan, kesyukuran, dan kelegaan.
“Saya berasa berbesar hati kerana akhirnya mencapai apa yang saya telah bekerja keras, iaitu mendapat pingat emas pertama saya dalam kejohanan Asia,” katanya dipetik oleh The Borneo Post.
Ads
Philomena juga menyatakan bahawa dia amat bersemangat dan bersedia untuk menghadapi Kejohanan Dunia akan datang yang akan diadakan di Korea Selatan November ini.
Dalam temu bual bersama Dayak Daily awal tahun ini, Philomena berkongsi bahawa Dr Malvern Abdullah, rakan atlet bina badan yang memenangi pingat perak di acara Kathmandu, adalah orang yang menggalakkannya menyertai pertandingan bina badan.
Dia menyebut bahawa, sejak itu, dia tidak pernah menduga keputusannya untuk meneruskan jalan ini sehingga kini.
Ads
Wanita otot itu sebelum ini memenangi pingat perak pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia Tenggara ke-16 di Yangon, Myanmar, yang diketahui sebagai pencapaian terbaiknya sebelum Nepal.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO & ARTIKEL: The Borneo Post
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, Remaja telah kongsikan artikel tentang keluhan Beto Kusyairy terhadap formula kitar semula jalan cerita yang sama dihidangkan buat penonton. Daripada artikel itu Remaja rata-rata menerima respons yang majoritinya bersetuju dengan pandangan Beto dan juga pandangan yang kami lontarkan. Selain kisah kahwin paksa dan cinta berlainan taraf ada beberapa lagi klise yang Remaja perasan terdapat dalam drama tempatan.
Jom kita tengok apakah klise yang selalu muncul dalam drama. 😀
1. Karakter lelaki kaki buli
Karakter begini memang dah banyak sangat kita perhatikan sampaikan ada sesetengah tu semacam nak glorified buli pun ada. Mula-mula karakter lelaki macam poyo acuh tidak acuh selalu bercakap kasar dengan karakter heroin. Tapi lepas tu bertukar jadi baik hati and sebabkan dia handsome, si perempuan tu pun terima dia seadanya. Like, wadehell?!
2. Kisah cinta anak orang kaya
Kita sering disuap dengan cerita-cerita cinta anak orang kaya seolah orang yang tidak berapa kaya ini tak bercinta. Mungkin sasaran utamanya ialah mencipta fantasi kepada penonton untuk mencapai apa yang mereka tidak dapat dalam dunia sebenar. Blerghh!
3. Minum air ada payung kecil
Agak jarang scene bila dua karakter lelaki dan perempuan keluar bersama lepak di kedai biasa macam kedai mamak. Tak sah kalau mereka tak minum air warna-warni yang ada payung kecil dengan gelas berbentuk cukup fancy.
4. Babak borak dalam tempat bising
Pernah tengok drama yang karakternya berada di tempat bising seperti kelab malam atau konsert tapi dia berborak dengan member seolah macam tak ada apa. Like tempat itu bising kut! Tapi itulah mereka mungkin ada kuasa pendengaran ajaib.
5. Pembantu rumah berkening tirus dan bermekap
Bukan calang-calang pembantu rumah ya! Walaupun Mak Jah (nama biasa karakter pembantu rumah) seharian suntuk sibuk membantu tapi dia sempat trim kening dan kenakan mekap yang boleh mengalahkan Datin!
Kalau kisah orang kaya mesti biasanya melibatkan bisnes hartanah atau projek binaan yang bernilai jutaan ringgit. Dan scene di tapak pembinaannya mesti ada sebuah pacuan empat roda seperti Pajero, topi keselamatan warna kuning dan segulu pelan yang dibentangkan atas bonet kereta. Lepas tu buat-buat tunjuk arah bangunan diselang-selikan dengan peta.
7. Adegan orang kampung
Untuk adegan ayah dan ibu di kampung – si ayah mesti kalau tak baca surat khabar dia akan berada di kedai kopi. Manakala ibunya pula kalau tak menjahit mesti dia sedang lipat kain atau menyapu di halaman rumah dengan penyapu lidi.
8. Buka lampu dalam kereta
Mungkin pembikin drama agak pening bagaimana nak tonjolkan babak dalam kereta tanpa lampu di dalamnya dibuka. Kalau babak disunting untuk dalam kereta sahaja itu bolehlah kita faham. Tapi untuk babak dirakam dari luar pun sampai nampak lampu terpasang macam pelik je.
9. Flashback dengan rambut palsu
Ya, mungkin tahap kesan khas atau solekan kita belum mencapai peringkat Hollywood. Itu kita akui. Tapi kalau flashback 20 tahun ke belakang dengan karakter yang dah obviouly tua cuma pakai rambut palsu sahaja, itu memang nampak kelakarlah!
10. Macam Kuala Lumpur ini kecik sangat
Bagi orang yang tak biasa ke Kuala Lumpur dan Lembah Klang pasti mereka ingat “kecik sangat ke KL”? Ini kerana dalam drama mudah je semua karakter terserempak ke mana sahaja mereka pergi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas dua tahun pandemik COVID-19 yang menyekat perjalanan ke luar negara, kini industri pelancongan nampaknya sudah mula ‘bernafas’ kerana sedikit demi sedikit penerbangan ke luar negara sudah pun dilancarkan.
Terbaharu, syarikat penerbangan AirAsia X (AAX) telah pun kembali dan bakal membuat penerbangan baharu ke London, Dubai dan Istanbul. Sasaran itu adalah berdasarkan kepada penyambungan semula operasi penerbangan jarak jauh pada awal tahun ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, usaha ini dilakukan seiring dengan peningkatan semula permintaan untuk perjalanan jarak jauh disebabkan banyak negara sudah mula membuka kembali pintu sempadan antarabangsa mereka.
AAX menawarkan penerbangan ke tujuh laluan popular dari Kuala Lumpur ke New Delhi, Sydney, Seoul, Tokyo, Sapporo, Osaka, dan dari Osaka ke Honolulu. Korang sudah mula boleh membuat pembelian secara online hingga 26 Jun depan untuk tempoh perjalanan antara 1 Julai 2022 hingga 26 Mac 2023.
Harga tiket penerbangan yang ditawarkan bermula daripada RM499 (tambang sehala) untuk tempat duduk ekonomi dan daripada RM1,499 untuk tempat duduk Premium Flatbed.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertama sekalinya, tahniah diucapkan kepada skuad Harimau Malaya kerana layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit selepas menundukkan Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir kelayakan Kumpulan E malam tadi.
Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Malaya menamatkan saingan di tangga kedua Kumpulan E dengan enam mata sekali gus berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima naib juara terbaik dari enam kumpulan yang mendapat tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
Selepas kemenangan pasukan negara, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengumumkan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil akan ditutup mulai hari ini (15 Jun 2022) bagi kerja baikpulih.
Perancangan awal menteri itu adalah untuk menutup stadium berkenaan pada penghujung Mac 2023, namun atas keperluan mendesak proses baikpulih harus dipercepatkan dan tidak boleh ditangguhkan lagi.
Jelasnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memandang serius terhadap isu kualiti padang serta fasiliti Stadium Nasional Bukit Jalil dan tidak boleh terus memperjudikan maruah negara dengan melengahkan lagi tindakan yang sewajarnya.
“Keperluan baik pulih dan penambahbaikan adalah amat mendesak dan tidak boleh ditangguhkan. Dengan ini, KBS ingin memaklumkan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan ditutup mulai Rabu, 15 Jun 2022 bagi kerja baik pulih dimulakan,” tambahnya.
Sebelum ini telah tular video yang menyaksikan pihak kakitangan stadium terpaksa menggunakan penyodok air untuk membuang air hujan yang bertakung di atas padang. Mungkin disebabkan itu KBS mengambil langkah segera bagi memulihkan semula keadaan padang di stadium tersebut.
Hm, eloklah tu kan. Perkara-perkara seperti ini sedikit sebanyak dapat mencalarkan nama baik negara di mata orang luar. Semoga dengan kerja-kerja baikpulih ini dapat meningkatkan lagi kualiti Stadium Nasional Bukit Jalil.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Dia Memang Suka Puasa” – Scha Alyahya dan Awal Ashaari kongsi cara santai mereka mendidik Lara Alana puasa penuh sejak usia lapan tahun dengan ganjaran sebagai galakan.