#GirlPower Anak Gadis Aleza Shadan Kini Bergelar Pilot! –“Alhamdulillah… Congrats My Ellisa”

Share

Bukan hanya cantik menawan, anak kepada pelakon Aleza Shadan ini juga membuktikan bahawa kecantikan boleh seiring dengan kebijaksanaan.

Siapa sangka, Ellisa Haziqah kini dalam perjalanan mengejar cita-cita sebagai seorang juruterbang!

Meskipun bergelar anak selebriti, Ellisa yang berusia 25 tahun memilih untuk tidak menumpang populariti ibunya. Malah, dia cukup menjaga privasi diri dan lebih selesa dikenali atas pencapaiannya sendiri.

Terbaharu, pelakon drama Di Sebalik Reda itu berkongsi momen istimewa bersama anak sulungnya di laman Instagram.

Dalam foto yang diambil di Malaysia Flying Academy itu, kelihatan Aleza berdiri bangga di sisi Ellisa sambil ditemani seorang lelaki dipercayai tenaga pengajar di akademi berkenaan.

Aleza turut menitipkan ucapan penuh bangga buat puteri kesayangannya itu.

“Alhamdulillah… Congrats My Ellisa,” coretnya ringkas.

Perkongsian itu turut menarik perhatian rakan-rakan artis yang meluahkan rasa bangga dan terharu dengan pencapaian Ellisa.

Rata-rata memuji kejelitaan anak gadis itu yang dikatakan mewarisi kecantikan ibunya sendiri.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: IG Aleza Shadan

Published by
Fath