Pada minggu lalu, tular kisah luar biasa seorang pengumpul kad Pokémon dari Shah Alam yang berjaya menjual koleksi miliknya dengan nilai mencecah RM1.87 juta! Kisah ini bukan sekadar tentang keuntungan, tetapi bukti bahawa minat dan usaha yang konsisten mampu mengubah hobi menjadi sumber rezeki luar biasa.
Koleksi Kad Pokémon Bernilai RM1.87 Juta
Koleksi kad Pokémon tersebut bukan calang-calang malah ia mengandungi kad edisi terhad dan bundle rare yang menjadi rebutan peminat di seluruh dunia. Sebelum jualan berjaya, pemiliknya terlebih dahulu membuat tawaran terbuka kepada pembeli yang berani: sama ada membeli pada harga RM1.8 juta atau menukarnya dengan kereta mewah Porsche Carrera S beserta wang tunai RM1 juta.
Screenshot
Ramai yang pada awalnya menganggap tawaran itu sekadar gurauan atau mustahil direalisasikan, namun tidak lama kemudian, pengumpul muda itu membuat pengumuman rasmi di media sosial:
“Koleksi Kad Pokémon saya secara rasmi TELAH TERJUAL dengan harga RM1,870,000! Dari bilik kecil di Shah Alam sehinggalah mencipta sejarah dalam dunia Pokémon.”
Minat, Usaha dan Disiplin Dalam Dunia Kad Pokémon
Beliau turut menzahirkan rasa syukur atas kejayaan itu, sambil menyifatkan ia sebagai hasil keghairahan, kerja keras (grind) dan semangat yang tidak pernah luntur selama bertahun-tahun.
Ads
“Setiap kad, setiap kotak, setiap malam tanpa tidur dan semuanya berbaloi. Ini bukan pengakhiran, ini hanyalah permulaan kepada sesuatu yang lebih hebat,” ujarnya penuh semangat.
Ads
Menariknya, pembeli bagi koleksi bernilai jutaan ringgit itu bukan dari luar negara, sebaliknya rakyat tempatan yang turut menggemari dunia pengumpulan kad Pokémon. Difahamkan, pemuda ini telah melaburkan kira-kira USD420,000 (bersamaan RM1.76 juta) untuk membina koleksi impiannya menjadikan kejayaan jualan tersebut benar-benar mengagumkan.
Inspirasi Untuk Pengumpul Kad Pokémon di Malaysia
Kini, kisahnya menjadi inspirasi kepada ramai anak muda di Malaysia bahawa hobi tidak semestinya membazir masa atau wang, malah boleh menjadi kerjaya yang lumayan jika dilakukan dengan pengetahuan dan strategi yang betul. Fenomena kad Pokémon semakin mendapat perhatian global, dengan nilai sesetengah kad meningkat hingga ratusan ribu ringgit bergantung pada edisi, kondisi fizikal, dan kadar kelangkaannya.
Ads
Antara kad paling mahal di dunia termasuk Pikachu Illustrator dan Charizard Holo First Edition, yang pernah dilelong melebihi RM2 juta. Kejayaan ini membuka mata ramai bahawa pelaburan dalam kad Pokémon bukan lagi sekadar hobi, tetapi juga peluang ekonomi yang semakin berkembang.
🎴 Kad Pokémon mula diterbitkan pada tahun 1996 oleh Nintendo dan kini menjadi antara koleksi paling bernilai di dunia.
💰 Kad Pikachu Illustrator pernah dijual pada harga lebih RM20 juta oleh seorang selebriti antarabangsa.
🌟 Nilai kad bergantung kepada keaslian, kondisi mint, serta tahap kelangkaan edisi.
Daripada bilik kecil di Shah Alam hingga ke pentas dunia, kisah ini membuktikan satu perkara penting bahawa minat yang diiringi disiplin dan usaha tidak pernah sia-sia. Dunia kad Pokémon bukan sekadar permainan, tetapi bukti bahawa minat boleh bertukar menjadi sumber rezeki yang luar biasa.
Setelah dihentikan operasi pendakian pada 13 Januari lalu, kini aktiviti mendaki puncak Gunung Kinabalu sudah dibenarkan semula bermula Jumaat ini (5 Mac) dengan had pendakian seramai 100 orang sehari sahaja.
Walau bagaimanapun, pendaki terlebih dahulu perlu menjalani ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum pendakian dan hanya pendaki dengan keputusan negatif dibenarkan mendaki.
Pendaki juga perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP), termasuklah mengemukakan keputusan ujian sebelum jam 10 pagi pada tarikh pendakian dan pendaki yang telah divaksin dikecualikan untuk ujian saringan COVID-19.
Mengikut SOP yang telah ditetapkan itu juga, pendaki dibenarkan mendaftar pada hari pendakian tetapi dengan syarat keputusan ujian COVID-19 adalah negatif dan kos saringan ujian ditanggung sendiri.
Bayaran pendakian akan dikembalikan sekiranya ujian saringan yang dibuat adalah positif dengan syarat memaklumkan secara bertulis kepada pihak taman sebelum jam 10 pagi pada hari pendakian.
Hm, tapi di negeri Sabah sendiri masih belum dibenarkan untuk merentas daerah, apa lagi nak rentas negeri kan? Jadi, mungkin penduduk sekitar gunung bolehlah daki Kinabalu ni. Hiks!
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita melangkah masuk ke tahun 2023 dan seperti biasa, tentunya warna antara yang menjadi peranan seiring perkembangan masa dan kehidupan.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak Pantone telah meramal dan merasmikan warna Viva-Magenta 18-1750 sebagai warna tahunan untuk tahun 2023. Untuk pengetahuan, warna Viva-Magenta 18-1750 merupakan keluarga warna merah dengan sentuhan merah jambu terang dan ungu.
Foto – The New York Post
Menurut Pantone ia ‘an unconventional red for an unconventional time’. Jadi ada apa dengan warna ini?
Personaliti warna Viva-Magenta
Ia melambangkan keberanian, tegas dan juga keseronokan. Senang DIVA untuk bayangkan warna Viva-Magenta untuk mereka yang ekstrovet, berpendirian dan sudah tentu happy-go-lucky. Penilaian pakar Pantone juga tidak menafikan, warna ini menyemarakkan semangat ‘kebebasan’ sekaligus mengembalikan sifat kreatif yang terpendam sejak dunia melanda pandemik.
Foto – The Guardian
Kalau korang perasan magenta bukanlah rona yang baharu dalam industri fesyen mahupun kecantikan. Ia sangat sinonim juga dengan aura mewah, fantasi dan juga glamor.
Hmm…mungkin korang dah boleh dapat idea untuk bermain dengan Viva-Magenta. Hari Raya Aidilfitri nanti semua warna Viva-Magenta lah.hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi mereka yang suka travel dan ingin merasai pengalaman perjalanan dengan keretapi, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tren Diesel Multiple Unit (DMU) laluan Gemas, Negeri Sembilan Ke Kuala Lipis, Pahang secara percuma.
Menerusi sebuah hantaran di Facebook rasmi KTMB, promosi ini bakal dijalankan selama tiga hari bermula 21 Februari bersempena pelancaran sulung operasi laluan baharu dalam fasa kedua DMU yang dijadualkan 24 Februari ini.
Orang ramai boleh merebut peluang ini untuk merasai pengalaman menaiki tren DMU secara percuma dengan menggunakan kod promo JOYRIDEDMU. Walau bagaimanapun, tiket percuma ini hanya ditawarkan di kaunter tiket sahaja.
Pengguna juga diberikan pilihan untuk perjalanan sehala atau dua hala antara kedua-dua stesen tersebut, tetapi terhad kepada pelanggan yang terawal bagi semua koc.
Bagi yang terlepas peluang mendapatkan tiket percuma ini, jangan risau kerana KTMB sudah pun membuka tempahan jualan tiket DMU untuk laluan berkenaan yang dijadualkan bermula pada 24 Februari ini. Selain dijual di kaunter, tiket perkhidmatan berkenaan juga turut boleh didapati melalui aplikasi KTM Mobile atau pelbagai medium pembelian tiket yang lain.
Tapi sekiranya korang ingin ride percuma yang ditawarkan ini, kena cepat-cepatlah dapatkan di kaunter tiket ya. Semoga berjaya. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.