
Bukan hanya cantik menawan, anak kepada pelakon Aleza Shadan ini juga membuktikan bahawa kecantikan boleh seiring dengan kebijaksanaan.
Siapa sangka, Ellisa Haziqah kini dalam perjalanan mengejar cita-cita sebagai seorang juruterbang!

Meskipun bergelar anak selebriti, Ellisa yang berusia 25 tahun memilih untuk tidak menumpang populariti ibunya. Malah, dia cukup menjaga privasi diri dan lebih selesa dikenali atas pencapaiannya sendiri.
Terbaharu, pelakon drama Di Sebalik Reda itu berkongsi momen istimewa bersama anak sulungnya di laman Instagram.
Dalam foto yang diambil di Malaysia Flying Academy itu, kelihatan Aleza berdiri bangga di sisi Ellisa sambil ditemani seorang lelaki dipercayai tenaga pengajar di akademi berkenaan.

Aleza turut menitipkan ucapan penuh bangga buat puteri kesayangannya itu.
“Alhamdulillah… Congrats My Ellisa,” coretnya ringkas.

Perkongsian itu turut menarik perhatian rakan-rakan artis yang meluahkan rasa bangga dan terharu dengan pencapaian Ellisa.
Rata-rata memuji kejelitaan anak gadis itu yang dikatakan mewarisi kecantikan ibunya sendiri.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Aleza Shadan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini Sebab Kenapa Flight Selalu Delay, Ketahui Hak Korang Sebagai Penumpang

Ramai yang mengeluh apabila penerbangan mereka delayed dan terpaksa menunggu beberapa jam sebelum boleh menaiki pesawat.
Kadangkala, kelewatannya bukan setakat 30 minit tetapi ada juga sehingga penerbangan terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, tidak semua orang tahu kenapa waktu perjalanan flight mereka tergendela. Betul tak?

Sebenarnya, syarikat penerbangan bukan sewenang-wenangnya ingin melewatkan penerbangan tetapi atas beberapa faktor berikut:
1. Cuaca buruk
Hujan yang sangat lebat, petir dan angin yang sangat kencang, bahkan asap tebal juga adaah situasi cuaca buruk yang menjadi salah satu penyebab utama mengapa penerbangan terpaksa ditunda.
Jika situasi ini berlaku, korang hendaklah bersabar dan menunggu sehingga cuaca baik. Untuk persediaan awal, korang juga boleh melihat terlebih dahulu situasi cuaca melalui internet tentang waktu penerbangan mengikut tarikh berlepas.
2. Kru penerbangan/kakitangan pekerja
Hal ini juga menjadi salah satu sebab kenapa flight korang delay dari pengisian bahan bakar yang lambat, kerosakan/pemeliharaan secara drastik, penggantian jadual kru, pembersihan pesawat, pengangkutan/ masalah bagasi dan lain-lain disebabkan oleh pihak kru penerbangan seperti flight attendant, juruterbang dan co-pilot.

3. Lalu lintas
Kesesakan lalu lintas bukan hanya berlaku di jalan raya, malah ia juga boleh terjadi di ruang udara juga. Walaupun ia sudah pun diaturkan tetapi pasti akan ada masalah yang tidak boleh dielakan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Lalu lintas menjadi sesak apabila penerbangan yang sebelumnya delayed dan ini menyebabkan kesusahan untuk mengikut jadual take off dan landing yang telah ditetapkan mengakibatkan terminal menjadi huru hara.
Ketahui hak anda
Jika penerbangan ditunda atau dibatalkan, syarikat penerbangan mungkin perlu menyediakan korang pampasan bagi membantu meneruskan perjalanan. Bergantung kepada punca penundaan atau pembatalan, ini antara pampasan yang boleh korang tuntut:
a. Makanan, panggilan telefon dan akses internet (bagi penangguhan selama 2 jam atau lebih)
b. Penginapan hotel dan pengangkutan (untuk penangguhan selama 5 jam atau lebih)
c. Pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif (jika penerbangan korang dibatalkan)

Cuma ada satu pengecualian apabila berlaku luar daripada kemampuan manusia yang termasuk risiko keselamatan atau cuaca ekstrem, syarikat penerbangan tidak dapat menjangkanya. Jadi, korang tidak akan menerima pampasan sewajarnya.
So lepas ni jika flight korang delay, jangan pula mengeluh ya. Mungkin ada sesuatu yang berlaku dibelakang tabir dan perlukan penyelenggaran yang baik. Tidak mengapalah kalau lambat sikit, asalkan selamat. Hiks!
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hilangkan Kotoran Cermin Mata Dengan Mudah Guna Alat Pembersih Ini, Boleh Dibeli Secara Online

Bagi individu yang memakai cermin mata, pastinya mereka faham tentang betapa susahnya jika cermin mata dipenuhi dengan cap jari dan kesan calar.
Bahagian cermin mata adalah paling sensitif, jika terdapat sedikit sahaja kesan kotoran, ia boleh menganggu pandangan si pemakai dan membuatkan mereka rasa tidak selesa serta terganggu.

Memang ada petua yang dikongsi seperti mencuci cermin mata menggunakan ubat gigi, namun ia tidaklah dapat menghilangkan segala kekotoran yang tersembunyi.
Namun begitu, ada sebuah alat pembersih ultrasonic yang dikatakan dapat menanggalkan segala kekotoran halus pada cermin mata. Difahamkan, kalau korang hantar di kedai cermin mata, mereka turut mengguna alat ini untuk melakukan kerja pembersihan.
Jom kita lihat perkongsian daripada laman sosial Pemburu Tiket Murah ini.


Selain daripada cermin mata, pembersih ultrasonic ini juga dapat membersihkan aksesori-aksesori lain seperti jam tangan, cincin, subang dan lain-lain lagi.

Ha, berbaloi kan? Korang boleh dapatkan pembersih ultrasonic ini di Shopee.
Selamat mencuba!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sarawak Mula Beri Dos Vaksin Ketiga, Libatkan Remaja Bawah 25 Tahun Atau Tak?

Setelah Malaysia mencecah 90 peratus kadar vaksinasi lengkap (telah menerima dua dos vaksin) dalam kalangan orang dewasa Ahad lalu, rakyat mula diberikan kelonggaran untuk merentas daerah (termasuk di Sabah bermula hari ini) dan merentas negeri sejak Isnin lalu.
ARTIKEL BERKAITAN : Ambil Tahu Syarat Wajib RENTAS NEGERI – REMAJA
Lalu, ramailah yang merasakan program vaksinasi di seluruh negara bakal tamat tidak lama lagi apabila kesemua golongan remaja bawah 18 tahun menyempurnakan program vaksinasi PICK diikuti kanak-kanak bawah 12 tahun sekiranya dibenarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
BACA LAGI : Pra-Vaksinasi Yang Remaja Bawah 18 Tahun Kena Ambil Tahu Sebelum ‘Cucuk’ – REMAJA
Tidak sangka pula, negeri Sarawak hari ini memulakan pemberian vaksin ketiga kepada penduduk negeri itu.
Menurut data Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, seramai 122,540 penerima telah disenaraikan untuk menerima vaksin dos ketiga dan dos penggalak.
Apakah fungsi dua jenis vaksin baharu ini dan adakah ia membabitkan golongan remaja bawah 25 tahun di Sarawak?
Vaksin dos ketiga dan dos penggalak ini dalam bahasa mudah adalah sejenis pemberian dos vaksin tambahan.
Ia khas untuk golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas dan petugas barisan hadapan perubatan. Bukan itu saja, ia juga khas untuk mereka yang didapati tidak mempunyai tindak balas imun yang mencukupi pada peringkat awal semasa suntikan dua dos vaksin dahulu.
Bagi korang yang mempunyai tidak balas imun yang cukup semasa suntikan dua dos vaksin terdahulu pula jangan mendabik dada. Besar kemungkinan tidak balas imun itu dalam badan korang sudah berkurangan dari semasa ke semasa. Korang mungkin sedar akan hal tersebut jika berdepan masalah kesihatan dan badan tetap merasa ketahanan badan masih lemah. Golongan ini dikenali sebagai immunocompromise yang mempunyai sistem imun lemah akibat menghidap sejenis penyakit atau sedang menjalani rawatan perubatan. Mereka juga turut tersenarai.
Daripada 122,540 penerima vaksin dos ketiga dan dos penggalak yang disenaraikan, golongan immunocompromise ini dianggarkan seramai 11,900.

Satu lagi persoalan timbul, adakah semua warga usia emas seperti ibu bapa kita yang sudah melebihi usia 60 tahun wajib mengambilnya? Well, mereka DISARAN untuk mengambilnya demi ketahanan badan yang lebih baik. Golongan warga emas saja sudah mewakili majoriti 80,300 orang penerima manakala petugas barisan hadapan perubatan (frontliners) pula seramai 30,340. Perbandingan itu sudah cukup untuk menunjukkan betapa pentingnya dos ketiga dan dos galakan ini.
Untuk pengetahuan, vaksin yang diberikan untuk kali ketiga ini adalah dari jenis Pfizer-BioNTech. Sekiranya korang menerima jenis vaksin berbeza semasa suntikan pertama dan kedua, jangan risau.
Menurut Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Malina Osman, pengambilan dos vaksin berbeza sebenarnya membawa lebih banyak kebaikan selain berupaya melawan banyak varian. Apabila dicampurkan, antibodi seseorang menjadi semakin tinggi.
Apapun, jika korang berada di Sarawak dan didapati tersenarai sebagai penerima dos vaksin ketiga atau dos penggalak, korang jangan lepaskan peluang mendapatkannya. Bukan semua orang tau yang terpilih.
Pemberian ini boleh didapati di klinik-klinik kesihatan kerajaan terpilih, hospital swasta dan klinik-klinik swasta. Hubungi klinik atau hospital terlebih dahulu untuk menetapkan janji temu. Senarai lokasi tersebut bagaimanapun masih belum dikeluarkan dan akan dimaklumkan kementerian dari semasa ke semasa.
Dos ketiga boleh mula diambil sekurang-kurangnya 28 hari selepas korang menerima dos vaksin kedua.
Bagi yang akan menerima dos penggalak pula, ia boleh diambil sekurang-kurangnya enam bulan selepas dos kedua. Maklumkan kepada ibu bapa dan kenalan yang terpilih untuk menerimanya okay!
Sumber : (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

