Empat pegawai polis berpangkat Inspektor mencipta sejarah menjadi juruterbang wanita pertama dalam Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM), 44 tahun selepas penubuhannya.
Inspektor Wan Aulia Hami Fariheen Wan Azulkefeli 31 tahun, Inspektor Yeoh Yee Chee 31 tahun, Inspektor Siti Nabilah Abdullah 33 tahun, dan Inspektor Nur Hidayah Mohd Aisa 33 tahun diberi penghormatan Lesen (PPL) semasa Ulang Tahun PGU ke-44 yang diadakan di Pangkalan Latihan Sayap Udara Polis pada Isnin, 11 September.
Mereka adalah antara 12 pelatih yang menerima anugerah itu daripada Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitcha.
Berasal dari Ipoh, Nur Hidayah dinobatkan sebagai Pelatih Penerbangan Terbaik. Wow!
“Kami adalah juruterbang wanita pertama yang dipilih untuk menyertai latihan dan ia bukan suatu perkara yang mudah bagi kami. Kami perlu membuktikan bahawa kami mempunyai kebolehan yang sama seperti lelaki dari segi akademik dan penerbangan,” jelas beliau menurut sumber News Strait Times.
Ads
Dia menekankan bahawa mereka menjalani tempoh latihan selama setahun setengah, yang berakhir pada Julai tahun ini, dan pengajar mereka memberi mereka bimbingan terbaik semasa latihan.
Nur Hidayah merupakan anak keempat daripada tujuh beradik dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Sementara itu, Yeoh yang berkhidmat dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial ibu pejabat polis Kedah selama tujuh tahun berkata, dia merebut peluang itu sebaik sahaja PGU membuka kemasukan juruterbang wanita.
“Terdapat banyak peringkat dan keperluan yang perlu kami lalui. Terdapat dua peringkat, satu peringkat sekolah bawah (teori) dan kedua ialah fasa terbang (praktikal),” katanya.
Ads
Yeoh menyebut semua calon diwajibkan lulus 11 mata pelajaran sebelum layak ke fasa penerbangan.
Beliau juga menambah bahawa peranan mereka seterusnya akan merangkumi misi mencari dan menyelamat, membantu dalam penerbangan VIP sebagai pembantu juruterbang, dan tanggungjawab lain.
Selain itu, Yeoh berkongsi cabaran terbesar yang dihadapinya semasa latihan adalah penerbangan solo pertamanya.
“Saya sangat teruja tetapi juga gementar pada masa yang sama. Saya terpaksa berlepas dan mendaratkan pesawat itu sendiri,” katanya.
Ads
Komander PGU Datuk Noor Sham Md Jani berkata ini adalah kali pertama dalam sejarah PGU pegawai berpangkat inspektor wanita dilatih.
Menurut New Straits Times, Noor turut menyatakan empat calon wanita itu dipilih menyertai kursus PPL berikutan proses saringan yang ketat membabitkan 36 peserta.
Beliau seterusnya menyebut bahawa pasukan polis sangat menggalakkan pegawai wanita yang kompeten dan berkelayakan untuk menyertai PGU kerana ia bertujuan untuk meningkatkan kecekapan operasinya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah tak korang alami gejala seperti teringat dan sentiasa memikirkan sebuah lagu viral yang sama berulang kali? Ha…inilah yang dinamakan dan dikaitkan dengan masalah ‘earworms’.
Namun sedar atau tidak, ramai dalam kalangan kita yang berdepan situasi di mana lirik dan melodi sesuatu lagu itu ‘melekat’ di fikiran untuk tempoh masa tertentu.
Menurut Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran di laman X, situasi tersebut dikenali sebagai earworms (cacing telinga).
Sebagaimana dijelaskan PHM, earworms adalah satu keadaan apabila lagu yang sudah tidak dimainkan itu tetap didengari secara berulang kali dalam kepala anda
masalah ‘earworms’
Walaupun majoriti individu tidak menganggap ia sebagai satu masalah, tetapi sedikit sebanyak situasi berkenaan boleh menyebabkan anda kurang fokus.
Terdapat empat tip boleh dilakukan untuk menghentikan situasi earworms daripada terus berlanjutan.
1. Dengar keseluruhan lagu
Menikmati keseluruhan lagu dapat menghilangkan sesetengah rangkap lagu yang ‘terperangkap pada gelung’ dalam kepala anda.
2. Tambah variasi lagu dalam fikiran
Fikirkan atau dengar lagu lain yang lebih anda sukai, atau fikirkan lagu kebangsaan.
Selain itu, berzikir juga mampu membantu.
Nikmati keseluruhan lagu untuk menghilangkan earworms. -Gambar hiasan
3. Abaikan
Cuba untuk tidak memikirkan lagu tersebut dan biarkan ia lenyap secara semula jadi dengan sendirinya.
4. Sibukkan diri
Lakukan aktiviti lain yang boleh membuatkan tumpuan anda beralih daripada memikirkan lagu berkenaan.
Kata PHM lagi, situasi berkenaan boleh menyebabkan masalah lain seperti gangguan obsesif-kompulsif (OCD), sindrom psikotik, sakit kepala, migrain, sawan atau keadaan yang dikenali sebagai palinacousis.
Tambahnya, kebanyakan kes Earworms adalah tidak serius. Ia berkemungkinan sebahagian daripada proses kreativiti otak anda. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada pakar sekiranya masalah berlanjutan lebih 24 jam.
Masih tidak surut isu keputusan selebriti, Emma Maembong yang mengambil keputusan untuk menanggalkan hijabnya semalam.
Keputusan tersebut dianggap Emma sebagai keputusan peribadi dan tidak mendapat paksaan daripada mana-mana pihak.
Seperti yang didakwanya di dalam temuramah secara live melalui Instagram semalam, Emma berharap agar semua orang dapat memberikan motivasi dan mendoakan agar dirinya dapat berubah ke arah yang lebih baik secara perlahan-lahan.
Apabila timbul isu sensitif seperti ini, pastilah timbul pelbagai komen berbaur cercaan, hinaan dan pelbagai lagi kata-kata negatif oleh netizen sehinggakan REMAJA sendiri terkejut dengan sebahagian besar komen yang dilontarkan.
Bukan ingin memihak mana-mana pihak, namun sudahkah kita hilang budaya kesopanan dalam kita bertutur? Di manakah adab yang kita pelajari apabila ingin menegur seseorang?
Apa pun, dalam banyak-banyak komen yang diberikan, tweet yang dilayangkan oleh Da’i Wan Adzrin melalui akaunnya awal pagi tadi membuatkan REMAJA sendiri terfikir mengenai isu ini secara lebih rohaniah.
Dalam pada kita menghamburkan kata-kata cercaan, kita lupa bahawa adalah tanggungjawab kita untuk memimpin sahabat sesama Muslim untuk kembali ke jalanNya.
Tidak kiralah sama ada isu yang dihadapi adalah menanggalkan hijab, meninggalkan kewajipan solat, tidak menjaga silaturrahim atau sebagainya, sebagai seorang sahabat Muslim seharusnya kita mendoakan agar Hidayah terus-menerus diberikan kepada kita semua.
Kita hanya mampu menyampaikan, namun ia tetap bergantung kepada empunya diri dan ketentuanNya. Semoga kita semua berubah ke arah yang lebih baik dan lebih sempurna di sisiNya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesungguhnya tiada apa yang menggembirakan apabila dapat menunaikan solat berjemaah di masjid. Ternyata reaksi spontan pemain bola keranjang kelahiran Amerika Syarikat yang kini bermain untuk team Al Wakrah Qatar, Musa Abdul Aleem tular di media sosial.
Reaksi gembira itu jelas kelihatan di mana dia berlari menuju ke masjid di Al Wakrah sambil bersorak “masjid it open, masjid is open) berulang kali. Malah ketika sampai di pintu hadapan masjid di Qatar ini pun beliau sempat bertanya kepada pengawal adakah itu iqomah dan mengucapkan salam sambil terus berlari.
Dalam satu kenyatannya, Musa Abdul Aleem berkata, saat dia mendengar panggilan azan itu di mana masjid dibuka mulai 15 Jun di Qatar, dia terfikir untuk merakam detik bersejarah itu selepas tidak mendengar iqomah (panggilan kedua untuk solat selepas azan) berkumandang di masjid-masjid akibat wabak COVID-19.
Dilahirkan pada 2 Mei 1988, Musa Abdul Aleem memulakan karier dalam sukan bola keranjang di C. Leon King High School Tampa, Florida sebelum memasuki kolej dan bermain untuk Georgia Perimeter College dari 2010 hingga 2012, dua tahun di South Florida dari 2012 hingga 2014 dan satu tahun di Troy dari 2014 hingga 2015.
Kerjaya profesionalnya bermula pada musim 2015-2016 dengan Trotamundos de Carababobo dari Liga Profesional de Baloncesto dari Venezuela. [1] Dia muncul dalam 19 perlawanan untuk Trotamundos, dengan purata 14.8 mata, 3.9 rebound dan 1.3 assist setiap perlawanan.
Pada 14 Julai 2016, Abdul-Aleem menandatangani kontrak dengan kelab Greek Basket League Kymis. Namun, dia meninggalkan pasukan setelah muncul dalam dua perlawanan.
Terkini dirinya menyertai pasukan bola keranjang profesional Qatar yang berpusat di bandar Al Wakrah, di selatan Qatar. Pasukan bola keranjang Al Wakrah kini bertanding di peringkat teratas bola keranjang, Liga Bola Keranjang Qatar. Ia adalah sebahagian daripada kelab multisport Al-Wakrah Sport Club.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
sooka menawarkan drama viral Malaysia, K-Drama popular, filem dan aksi sukan antarabangsa yang menjadi bualan ramai. Ketahui rancangan paling hangat yang wajib ditonton sekarang.