Mungkin tidak semua berpeluang menjejakkan kaki ke bandar New York, tetapi kami yakin rata-rata daripada masyarakat dunia sudah mengetahui betapa meriahnya tempat tumpuan pelancong itu.
New York Time Square antara lokasi tumpuan utama di bandar Amerika Syarikat dengan suasana dikelilingi papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) yang tersergam indah.
Bukan calang-calang jenama atau wajah yang berpeluang dipaparkan di papan iklan tersebut, tetapi penyanyi kelahiran Malaysia, Yunalis Zarai pernah menghiasi ruangan itu sewaktu pelancaran album Rougue.
Terbaharu, kumpulan Dolla turut berjaya muncul di papan iklan tersohor New York Times Square menerusi kempen EQUAL oleh penstriman digital Spotify.
Menurut wakil Dolla, terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi selebriti dari 50 negara, dimana Dolla sebagai wajah hadapan adalah wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.
Foto papan iklan kempen ini turut dimuat naik di laman rasmi Instagram dolla.official dan rata-rata peminat melahirkan rasa bangga serta mengucapkan tahniah atas pencapaian ini.
Ads
Ads
Siapa sahaja yang tidak mengimpikan untuk berada di tengah kota mewah itu bukan? Apa-apa pun kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Dolla dan semoga terus sukses dalam industri hiburan tanah air.
Salah satu genre yang pastinya menjadi kegemaran ramai adalah ‘survival’ di mana penonton dapat merasakan detik cemas dan melihat sendiri bagaimana kesungguhan watak yang dibawa untuk menyelamatkan diri daripada situasi kecemasan.
Sebelum ini kecoh di media sosial tentang kisah adik Rayan yang terjatuh ke dalam lubang perigi sedalam 32 meter dan kini satu lagi berita sedih yang kita terima apabila seorang kanak-kanak Afghanistan pula dikatakan terjatuh ke dalam sebuah lubang perigi sedalam 24 meter.
Mengenangkan nasib anak-anak kecil ini, sudah tentu kita tidak dapat merasakan kesengsaraan mereka, lebih-lebih lagi di usia kecil begitu telah menerima ujian seberat ini.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa filem yang mempunyai jalan cerita kisah ‘terperangkap’ yang menarik untuk ditonton bagi mendapat gambaran bagaimana sukarnya mereka untuk menyelamatkan diri apabila terperangkap di tempat-tempat bahaya.
Berikut kami senaraikan antara filem-filem survival yang mengisahkan tentang situasi ‘terperangkap’ menarik untuk ditonton.
1. 127 Hours
Mengisahkan seorang lelaki, Aron yang mendaki sebuah canyon terpencil akhirnya terjatuh dan tangannya dihempap sebuah batu besar. Filem ini memang penuh dengan aksi-aksi suspen yang bakal membuatkan penonton tidak senang duduk. Bayangkan selama beberapa hari Aron terpaksa bertahan untuk menyelamatkan dirinya. Antara babak paling ‘hardcore’ apabila Aron terpaksa memotong sendiri tangannya menggunakan pocket knife yang tumpul.
Ha, dapat bayangkan tak?
2. The 33
Filem ini berkisarkan tentang 33 pelombong di Chile yang terperangkap dalam lombong gua sedalam 700 meter dan mereka hanya mempunyai stok makanan untuk tiga hari di ruang keselamatan serta tidak dapat menghubungi dunia luar. Masing-masing sudah mula merasakan tiada harapan untuk hidup namun keinginan mereka untuk tetap meneruskan kehidupan adalah luar biasa.
Banyak pengajaran yang boleh dipelajari menerusi filem ini antaranya adalah sifat tidak berputus asa serta yakin bahawa mereka mampu menyelamatkan diri keluar daripada lombong itu.
3. Tunnel
Sebuah filem Korea yang menceritakan tentang kisah individu yang terperangkap dalam terowong yang dinamakan sebagai terowong hado. Mempunyai panjang sekitar 1961 meter, tiba-tiba terowong itu bergegar dan runtuh. Watak utama filem ini telah tertimbun dalam ribuan tan runtuhan dan konkrit terowong yang menghimpit keretanya.
4. Aramm
Filem tamil yang mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan bernama Dhansika yang berusia 4 tahun telah terjatuh ke dalam lubang. Hal ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk kampung terhadap pihak berkuasa yang tidak dapat memberikan bantuan keselamatan kerana tanah runtuh.
Diharap korang cukup kuat untuk menonton filem-filem ini kerana pelbagai emosi cemas, sedih dan marah pastinya dirasai ketika menonton. Marilah kita sama-sama turut mendoakan agar kanak-kanak dari Afghanistan itu dapat diselamatkan dengan segera.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak tahun 2015, banyak perkara telah berlaku kepada Justin Bieber.
Hubungan cinta yang terjalin semula dengan Selena Gomez, #Jelena putus semula dan perkahwinan dengan Hailey Baldwin (sekarang Hailey Bieber). Macam-macam sudah berlaku kepada Justin; kecuali lagu baharu.
Selain 3 single kolaborasi iaitu Despacito bersama DJ Khaled, I Don’t Care bersama Ed Sheeran dan remix Bad Guy bersama Billie Eilish (we are going to pretend we have not listened to that), Justin seakan menjauhkan diri daripada dunia seni.
Hinggalah pada hari ini!
Justin secara rasmi telah melancarkan single pertama berjudul Yummy daripada albumnya yang bakal muncul pada tahun 2020. Dan ramai yang meramalkan dia akan mengulangi kejayaan album Purpose sebelum ini.
Yummy menceritakan hubungan istimewanya bersama isteri, Hailey Bieber di mana Justin menganggap Hailey sebagai insan nombor SATU dan yang terpenting untuknya.
Video muzik rasmi Yummy akan dilancarkan pada 1 pagi ini (5 Disember): jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikannya.
Dengarkan Yummy di SINI dan komen sama ada ia sesedap tajuknya atau tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi mereka yang suka minuman berkafein, antara masalah yang selalu dihadapi oleh individu ini adalah gigi yang meninggalkan kesan atau dipanggil sebagai stain.
Sebenarnya permukaan enamel gigi mempunyai microscopic irregularities. Tannin pada makanan dan kopi melekat dicelah-celah permukaan ini dan menyebabkan extrinsic stain.
Namun, mengikut satu info yang telah dikongsi oleh Dr. Ib Shah di laman twitternya, ada beberapa rahsia dan tip untuk kekalkan gigi putih berseri bagi peminat kopi.
1. Berus gigi
Tannin ini berkumpul dan melekat pada permukaan gigi, jadi korang kena berus gigi dua kali sehari selama dua minit adalah cara terbaik untuk menyingkirkan kesan kotoran ini. Jangan lupa floss, 40% bahagian gigi tak dapat dibersihkan dengan memberus sahaja.
2. Guna straw
Kopi yang diminum melepasi gigi dan terus ke tekak dan lidah. Jika menggunakan straw, ini dapat mengurangkan masa tannin pada kopi dapat melekat pada permukaan gigi. Tapi, gunalah biodegradable straw ya!
3. Minum air kosong
Staining agent pada kopi dan makanan boleh berlegar-legar dalam mulut pada lidah dan juga bahagian dalam pipi. Lama-kelamaan ia boleh beralih dan mendap pada permukaan gigi. Kumur-kumur selepas makan atau minum air kosong berselang-seli dengan kopi dapat membantu.
4. Tambah susu pada kopi
Americano atau latte? Kedua-dua rasanya sedap tetapi casein (protein dalam susu) dikatakan dapat bergabung dengan tannin dan mengelakkan dari melekat pada permukaan gigi.
5. Minum dengan laju
Terdapat kajian menunjukkan minum kopi dalam masa 5 minit berbanding 2 jam (minum sedikit demi sedikit) menambah peratusan gigi terkesan dengan stain.
6. Kunyah gula-gula getah tanpa gula
Chewing gum dapat membantu dengan membersihkan permukaan gigi dari kotoran dan juga menambah aliran air liur dalam mulut.
Namun begitu, jika gigi memang dah kuning atau stain terlalu dalam sangat pada enamel gigi, satu-satunya cara nak putihkan kembali adalah dengan melakukan profesional bleaching/whitening.
Dapatkan nasihat daripada dentist dan gunakan teknik yang selamat. Jangan main beli je nanti lain pula jadinya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.