Giliran Twitter Pula Mempunyai Fungsi Stories Seperti Instagram?

Share

 

Dalam dunia media sosial, tempoh masa seminggu je sudah mencukupi untuk kita saksikan perubahan pada fungsi aplikasi.

 

Terbaru, platform kegemaran ramai remaja kini iaitu Twitter sudah mengumumkan bahawa mereka akan menambah baik aplikasi media sosial tersebut dengan fungsi stories yang popular di Snapchat, Facebook, Instagram dan WhatsApp

.

Tidak lama lagi, korang boleh memuat naik video pendek sebagai pengganti kepada ruang status.

Fungsi News Camera ini nampaknya telahpun dicuba pakai oleh jurutera teknikal iaitu Jane Manchune Wong dan penasihat media sosial, Matt Navara.

Melalui perkongsian screenshot mereka berdua, kita sekarang mengetahui yang ia dipanggil sebagai ‘Moments’ dan bukannya ‘Stories’ seperti di Instagram.

Namun itu hanyalah sekadar eksperimen Twitter buat masa ini.

Mereka masih sedang dalam proses mengkaji fungsi sebenarnya dan final look fungsi tersebut mungkin akan tampil berbeza dengan screenshot yang telah tersebar. Tak sabar nak cuba!

IKLAN