Foto Hiasan : Bernama

 

Minggu lalu, REMAJA ada melaporkan mengenai jumlah kes postif COVID-19 yang mencanak naik di Melaka dek kluster melibatkan pelajar di dua buah Kolej Vokasional.

ARTIKEL BERKAITAN : 87 Warga Kolej Vokasional Di Melaka Positif COVID-19- REMAJA

Kali ini, giliran negeri Kedah pula yang berdepan dengan situasi kluster pendidikan ini apabila sebanyak 15 buah sekolah dilaporkan terpaksa ditutup berikutan kes positif COVID-19 melibatkan 525 orang pelajar dan 25 orang guru sekolah; sejak 18 Januari lalu,

IKLAN

Kata Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidik dan Sumber Manusia Kedah iaitu Datuk Najmi Ahmad, 13 buah sekolah terbabit merupakan sekolah asrama manakala dua lagi adalah sekolah harian biasa.

Giliran Negeri Kedah Pula Berdepan Kluster Covid-19, Libatkan 15 Sekolah
Foto Hiasan : Utusan

Berikutan kluster pendidikan yang berlaku secara besar-besaran ini, kerajaan negeri Kedah telah meminta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah untuk memantau dan memastikan agar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dikawal ketat bagi mengelakkan lebih banyak kes positif di kawasan persekolahan.

IKLAN

Tentunya ramai yang risau apabila kes tercetus di sekolah jenis asrama memandangkan pelajar tinggal dalam kawasan yang sama. Kata Najmi Ahmad, keadaan masih terkawal dan tindakan lanjut telah diambil dengan segera. Para pelajar yang dikesan positif kini ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) untuk rawatan sewajarnya.

Terdahulu, JKN Kedah memaklumkan terdapat 10 kluster pendidikan  dikesan melibatkan sekolah di daerah Pendang, Kulim, Kubang Pasu, Yan dan Kuala Muda. Kesemua sekolah terbabit telah diarahkan tutup selama seminggu dan tempoh penutupan pula bergantung kepada hasil penilaian risiko di kawasan masing-masing.

IKLAN

Agak menggusarkan apabila terdapat kira-kira 162 orang guru di sekolah rendah dan sekolah menengah di Kedah yang dikenal pasti masih belum menerima sebarang suntikan dos vaksin COVID-19 hingga ke hari ini.

Justeru, demi keselamatan semua pihak, para guru terbabit tidak dibenarkan untuk bersemuka secara menerus dengan pelajar dan ditempatkan di kawasan berasingan.

JPN Kedah dalam hal ini tidak menyisihkan guru-guru itu malah membimbing serta memujuk guru yang enggan mengambil suntikan vaksin untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka. Ini kerana ia hanya akan membahayakan diri mereka serta membantutkan sesi pembelajaran para pelajar yang sudah mula kembali ke sekolah.

Sumber : Bernama

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI