Hari kesepuluh Festival Filem Cannes 2024 sekali lagi menjadi tumpuan – bukan disebabkan kehadiran selebriti dalam ballgown dempak di atas karpet merah – tetapi disebabkan kemunculan Bella Hadid dalam persalinan gaun berfabrik Keffiyeh.
Bella yang merupakan model antarabangsa berdarah kacukan Belanda-Palestin tampil di kawasan pantai Croisette dalam gaun vintaj dari tahun 2001 rekaan Michael & Hushi itu dipercayai sebagai tanda bantahannya terhadap kekejaman rejim Zionis yang terus-menerus membedil kawasan tempat duduk rakyat Palestin.
Sambil menikmati aiskrim gelato, Bella juga dilihat lebih selesa dengan gaya kasual bersama sepatu Gucci, scrunchie rambut berjenama Sandy Liang, kaca mata tanpa bingkai dan anting-anting keemasan.
Menerusi hantaran Instagram Stroy, Bella mengesahkan niat di sebalik gayanya itu dengan kapsyen #michaelandhushi @hushi5 Archival 2001 kiffeyeh dress Free Palestine forever.
Ads
Terdahulu, rekaan seakannya oleh pereka fesyen yang sama pernah digayakan oleh karakter Sarah Jessica Parker, Carrie Bradshaw dalam salah satu episod drama Sex and the City.
Sebagai info, fabrik Keffiyeh ialah fabrik tradisi yang merupakan simbol kepada identiti serta solidariti rakyat Palestin. Ia cukup mudah untuk dikesan dengan paten yang setiap satunya mempunyai maksud berbeza bagi menceritakan kebudayaan masyarakat Palestin sebenar.
Ads
Model berusia 27 tahun itu dan kakaknya, Gigi Hadid sememangnya merupakan segelintir kecil daripada selebriti antarabangsa yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan negara mereka sejak beberapa tahun lalu. Malah Bella pernah menyertai perarakan bagi membantah tindakan rejim Zionis di Brooklyn, New York.
Semangat Bella ini hadir disebabkan latar belakang ayahnya sendiri, Mohamed Anwar Hadid yang dilahirkan dalam keluarga Muslim Palestin dan kerana sifat kemanusiaan yang ada dalam diri Bella sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak menemui peminat fesyen kira-kira 15 tahun lalu sehingga berjaya mencipta kelompok pelanggan setia, jenama Wanderlust + Co bukan lagi nama asing sekiranya seseorang mencari aksesori perhiasan diri seperti rantai leher, cincin, gelang, anting-anting dan bermacam-macam lagi.
Jenama yang diasaskan oleh usahawanita kelahiran Malaysia, Jenn Low ketika dia bermastautin di Melbourne, Australia dengan hanya berbekal AU$10,000 dalam akaun simpannya kini sudahpun berada pada aras tersendiri setelah beberapa butik Wanderlust + Co berjaya dibuka di seluruh negara.
Maka, tidak hairanlah apabila Jenn baru-baru ini berkongsi mengenai perancangannya untuk melebarkan sayap ke pasaran Amerika Syarikat pula menerusi pembukaan stor di – get this – Bleecker Street, West Village yang terletak di kota New York!
Langkah tersebut lantas menerima sokongan ramai netizen tempatan termasuklah para selebriti yang memuji keberanian anak watan Malaysia itu untuk memasang impian yang besar DAN melakukannya.
“Impian ada sesuatu perkara yang melucukan. Kita mengimpakan sesuatu, berharap dan bekerja keras sehingga satu hari nanti ia terjadi; dan dalam cara yang kita tidak pernah bayangkan.”
“Pengembangan perniagaan ke A.S. ini adalah satu langkah semulajadi – bukannya langkah perubahan strategik. (Menerusi pembukaan stor tersebut), kami memberikan pelanggan lebih banyak cara untuk kita berhubung, sama ada menerusi dalam talian atau mencuba sendiri di dalam stor,” ujarnya.
Menerusi hantaran di Instagram pula, Jenn berterima kasih kepada pasukannya yang percaya dengan cita-cita yang dipaterinya sejak sekian lama dan kepada komuniti pelanggannya yang setia.
“(Saya) bersyukur untuk hari ini dan hari-hari di mana kami dalam melakukan sesuatu yang kami cintai. A privilege to have an amazing team,” katanya yang turut berkongsi beberapa foto yang menunjukkan jurnal perjalannya untuk merealisasikan impian membuka stor pertama di kota New York.
Untuk pengetahuan korang, Jenn Low melanjutkan pengajiannya di Monash University dalam jurusan berkembar iaitu sarjana muda Komunikasi dan Pengajian Media serta jurusan sarjana muda Perakaunan dan Kewangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli kumpulan Blackpink, Rosé yang sinonim dengan gaya feminin dan edgy kini rasmi dilantik sebagai duta global bagi jenama sukan ikonik PUMA menerusi kempen terbaru jenama itu untuk koleksi Speedcat Ballerina.
Sepatu yang menggabungkan gaya ‘Mary Jane’ klasik dengan elemen perlumbaan yang diinspirasikan daripada rekaan asal model kasut PUMA Speedcat inilah yang membuatkan Speedcat Ballerina satu inovasi unik.
Keanggunan & Kelajuan Digabung
Menariknya mengenai PUMA Speedcat Ballerina, ia mula diperkenalkan semasa Copenhagen Fashion Week dan terus menjadi buah mulut dalam kalangan pemerhati fesyen antarabangsa.
Peminat setia PUMA akan tahu bahawa rekaan Speedcat mula dilancarkan pada tahun 1999 dan asalnya dicipta khas untuk pelumba F1. Rekaan sepatu ini sengaja dibuat rendah untuk memberi kawalan penuh kaki di atas pedal.
Dengan nafas baharu yang diberikan kepada kasut yang dimodelkan oleh Rose ini, PUMA Speedcat Ballerina pantas menjadi kegemaran para gadis di luar sana.
Ini kerana PUMA Speedcat Ballerina mengetengahkan forefoot terbuka dengan tali elastik. Selain menyerlahkan aura ballet flat moden pada kaki si pemakai, ia juga mempunyai estetika retro yang popular masa kini. Iyalah, PUMA Speedcat menyuntik DNA PUMA dari era 1920-an ke dalam rekaan sporty sebegini.
Kehadiran Rosé sebagai duta baharu PUMA juga simbolik kepada peralihan era baharu PUMA yang lebih berani, lebih ekspresif dan penuh keyakinan.
Gaya dan penampilan Rosé yang feminin tetapi bertenaga sangat selari dengan mesej yang ingin disampaikan oleh PUMA Speedcat Ballerina.
Untuk pengetahuan korang, rekaan PUMA Speedcat Ballerina ditawarkan dalam beberapa pilihan warna menarik seperti dua tona hitam-merah jambu dan perak metalik yang diinspirasikan daripada badan kereta lumba Formula 1.
Bagi meraikan pelancaran PUMA Speedcat Ballerina baru-baru ini, PUMA x JD Sports telah mengadakan acara pelancaran Speedcat Ballet dalam stor pop-up bertemakan motel retro di Starhill Piazza, Bukit Bintang, Kuala Lumpur dari 16 hingga 20 April lalu.
Koleksi Speedcat Ballerina kini boleh didapati di PUMA.com, JD Sports, ATMOS, Foot Locker dan cawangan PUMA seluruh negara bermula harga RM379.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Asal gemuk je perut buncit. Tapi korang pernah terfikir tak kenapa individu yang kurus tu pun ada yang buncit?
Ha tu la, selalu sangat stereotaip pasal masalah ni. Tak semestinya orang gemuk je yang buncit. Lagi pelik kalau badan ramping tapi tang perut terbonjol kan?
Nah, REMAJA nak bongkar antara ciri-ciri perut yang biasanya dimiliki oleh gadis kurus dan punca bagaimana boleh terjadinya perut seperti ini.
“Love handles”
Ciri-ciri:
Menggeleber, jika dipandang dari arah sisi.
Punca:
• Gaya hidup yang tidak aktif
• Sweet tooth
• Mengambil banyak makanan bergula dan karbohidrat
Cara mengatasi:
1. Ubah cara diet pemakanan korang. Pilih makanan-makanan seperti telur, daging tanpa lemak, sayur-sayuran seperti kekacang dan avokado.
2. Luangkan masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah seperti bersiar-siar di taman atau mungkin boleh melakukan senaman ringan di rumah.
3. Senaman fizikal yang sesuai dan diet yang betul dapat membuatkan perut korang lebih cantik dan tidak menggeleber.
“Stress belly”
Ciri-ciri:
Lemak yang tertumpu disekeliling perut dan mempunyai kulit perut yang agak tebal. Ish, gerunnya.
Punca:
• Stres yang melampau
• Makan secara tidak teratur
• Banyak minum minuman berkafein• Sindrom usus terganggu
• Sering mengambil makanan yang tidak sihat (kacang masin, kerepek kentang, dan sebagainya)
Cara mengatasi:
1. Tidur pada awal waktu. Waktu tidur yang tidak teratur dan tidak nyenyak boleh menyebabkan gangguan pada pengeluaran leptin iaitu hormon yang membantu mengawal selera makan dan metabolisme badan.
2. Berehat sebelum tidur. Pastikan sebelum korang masuk tidur, jangan melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti berlari atau berjogging. Sekurang-kurangnya, tiga jam sebelum tidur, badan korang perlu rehat daripada melakukan sebarang aktiviti lasak.
3. Ambil makanan yang kaya dengan magnesium kerana mengandungi mineral yang baik untuk “merehatkan” tubuh badan. Contoh makanan yang boleh diambil adalah seperti sayur-sayuran hijau, kekacang dan gandum.
4. Untuk tambahan, lakukan sedikit regangan dan yoga dan minum teh chamomile sebelum tidur. Ia dapat mengurangkan kortisol dan merehatkan tubuh.
“Low belly”
Ciri-ciri:
Memiliki bentuk badan yang ramping tetapi bahagian bawah perut agak terbonjol. Ada sesiapa yang mengalami masalah yang sama seperti ini? Jom ketahui puncanya.
Punca:
• Baru lepas melahirkan anak
• Mengamalkan diet makanan yang sama
• Stuktur tulang belakang yang melengkung
Cara mengatasi:
1. Amalkan diet yang sihat dengan pengambilan makanan yang mengandungi tinggi serat seperti sayur-sayuran hijau dan roti gandum.
2. Lakukan senaman yang sesuai dan pastikan setiap pergerakan senaman yang korang lakukan itu adalah dengan cara yang betul.
3. Minum lebih banyak air putih dan pilih makanan yang mudah untuk dihadam.
“Mommy’s belly”
Ciri-ciri:
Selepas melahirkan anak, perut cenderung untuk kelihatan seperti ini.
Punca:
• Kurangnya perhatian untuk diri sendiri kerana fokus terarah kepada bayi yang baru dilahirkan. Ia mengambil lebih kurang enam minggu untuk kembali kepada saiz normal perut korang.
• Melakukan aktiviti bersenam terlalu cepat selepas bersalin. Biasanya, korang kena rehat sekurang-kurangnya dua atau tiga bulan sebelum mula aktif untuk melakukan sebarang aktiviti.
• Lemah otot pelvis.
Cara mengatasi:
1. Cuba amalkan makanan yang mengandungi lemak sihat setiap hari, seperti kekacang, minyak sayuran, minyak ikan dan buah zaitun. Ia dapat membantu melawan keletihan selepas seharian penat melayan karenah anak.
2. Jadikan senaman kegel sebagai rutin kerana manfaatnya dapat bertindak seperti korang memakai koset. Lakukan senaman ketegangan dan mengendurkan otot pelvik ini sebanyak 15 hingga 20 kali dan ulangi latihan ini sebanyak lima kali sehari.
3. Elakkan melakukan senaman squat dan crunches kerana ia tidak baik untuk postur badan selepas melahirkan.
4. Selain itu, dapatkan tidur siang sebentar untuk merehatkan badan dan cara ini juga mampu meningkatkan pembakaran lemak.
“Inflated belly”
Ciri-ciri:
Perut terasa kempis pada waktu pagi tetapi mula membonjol pada siang hari. Ha, jangan pelik kalau pagi-pagi korang rasa perut tu macam slim tapi menjelang tengah hari tiba-tiba je buncit semula. Agak-agaknya kenapa eh?
Punca:
• Alahan makanan
• Usus lembab
• Ketidakseimbangan usus
Cara mengatasi:
1. Elakkan mengambil makanan yang tidak baik untuk tubuh badan seperti gluten (roti, pasta dan kuih-muih), yis dan produk tenusu yang diproses (keju, susu dan mentega).
2. Pilih makanan seperti sayur-sayuran segar, daging, ayam dan ikan. Elakkan roti dan pastri selama dua minggu, lihat hasilnya sama ada perut mula mengempis atau tidak.
3. Jangan tinggal amalan sarapan pagi kerana sistem penghadaman yang baik adalah pada waktu pagi. Apa yang penting, elakkan makan pada lewat malam dan banyakkan minum air putih.
4. Lakukan senaman ringkas seperti tarik nafas dalam-dalam sebanyak 10 kali dan berjalan-jalan selepas waktu makan.
Rupanya di sebalik bentuk-bentuk perut tu tersirat maksud sebenar dan ada pula cara untuk mengatasinya. Wah, info ini benar-benar sangat berguna untuk korang yang nak dapatkan perut yang ramping.
Selamat mencuba guys! Perut dah kempis nanti bolehlah PM kami untuk share experience ya. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!