Giliran Aina Abdul Pula Diiktiraf Di Papan Iklan Times Square

Share

 

Satu-persatu penyanyi wanita kelahiran Malaysia diiktiraf sama tinggi menerusi papan iklan New York Times Square. Setelah kemunculan penyanyi berbakat termasuklah Yuna, Layla Sania, Dolla dan Iman Troye, kini giliran pelantun lagu Sepi, Fool dan Semalam; Aina Abdul pula yang dipaparkan menerusi kempen EQUAL oleh Spotify.

Menerusi hantaran video TikTok oleh akaun @musicainspirati itu, wajah Aina dalam persalinan elegan serba putih terserlah pada papan iklan itu.

Dengan pemilihan ini, Aina telah mencatatkan satu lagi langkah ‘milestone’ dalam karier seninya. Tambah istimewa apabila pemilihan ini jatuh pada bulan sambutan Hari Wanita Sedunia.

ARTIKEL BERKAITAN : Ramai Tidak Perasan ‘Busana Bunga’ Aina Abdul Berkembang Atas Pentas AJL-36! – REMAJA

Menerusi video pendek oleh Spotify, Aina mengumumkan bahawa dia telah terpilih sebagai duta kempen EQUAL pada bulan ini.

“Sertai saya untuk memperkasakan lagi wanita di Spotify. Dengarkan trek terbaru saya, “Fool” dan muzik-muzik oleh penyanyi wanita lain dalam playlist Spotify : EQUAL Singapore & Malaysia.

“Marilah kita raikan wanita, tanpa mengira hari,” katanya.

Untuk pengetahuan, kempen Equal ini menyenaraikan beberapa kategori ‘playlist’ yang mewakili penyanyi daripada pelbagai negara.

Aina yang merupakan salah seorang penerus legasi muzik tanah air dengan masa depan cerah sebagai penyanyi serta pencipta lagu telah lama menjadi sebutan sebagai individu yang layak diberikan pengiktirafan sedemikian rupa.

BACA LAGI : ‘Fool’ Aina Abdul Di Radio Jepun! Cetus Semangat Hasil Lagu Inggeris Lain – REMAJA

Jom dengarkan playlist penuh EQUAL ini di bawah!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN