Setiap kali kita melihat Gigi Hadid berjalan di pentas peragaan atau di halaman majalah fesyen, kita selalu memikirkan yang dia menjaga penampilan wajahnya dengan memakai jenama produk high end yang mencecah ratusan hingga ribuan Ringgit.
Namun menariknya, Gigi baru-baru ini telah berkongsi kepada Vogue mengenai cara penjagaan wajahnya yang tidak memerlukan kos yang tinggi.
“Bila bercakap tentang penjagaan wajah, saya selalu akan kembali kepada produk drugstore. Saya selalu ingin produk yang bagus namun mampu milik Saya rela menjaga kulit sendiri, belajar cara yang betul dan tidak memerlukan pakar facial.
“Semasa saya sedang mengandung, saya lebih tertarik dengan produk pembersih yang natural.
“Kini setelah memasuki musim sejuk di sini, saya lebih gemarkan produk bertekstur lebih tebal kerana kulit saya mudah kering,” jelasnya.
Hhm, menariknya, 5 jenis produk yang dikongsikan oleh Gigi ini boleh korang dapati di drugstore dan stor kecantikan di Malaysia. Jom tengok apakah jenama pilihan model terkenal ini.
.Dr. Jart++ Ceramidin Cream
“Saya mula menggunakan pelembap muka ini dan amat menyukainya”
“Bila-bila masa saya memakai mekap, baru pulang dari penggambaran yang memerlukan saya memakai mekap tebal, saya akan gunakan Cetaphil kerana saya rasa ia benar-benar membersihkan kulit saya dengan baik.”
“Ini kedengaran agak pelik, tapi ibu saya yang mengajarnya. Saya akan meletakkan ubat gigi pada bahagian muka yang ‘naik’ bintik-bintik gatal jika terlalu kerap memakai mekap. Ia akan mengeringkannya dengan pantas.”
.
Lanolips 101 Ointment
“Saya akan memakai lip balm sebelum mula bermekap. Jika kita biarkan lip balm untuk 10-20 minit semasa menyiapkan solekan pada bahagian lain, ia akan memberikan tekstur yang lebih sihat kepada bibir sebelum kita memakai gincu atau lipgloss.
“Saya juga akan gunakan 101 Oitment ini di bahagian muka lain yang terasa kering terutamanya di bahagian kening.”
Selain daripada empat jenis produk yang disebutkan tadi, Gigi turut berkongsi beberapa lagi produk yang digemari olehnya dan ada dijual secara atas talian. Cuma mungkin harganya agak mahal sikit.
Salah satu daripada termasuklah Oliveda yang merupakan jenama yang menggunakan kelebihan ekstrak pokok zaitun dan ia menawarkan pelbagai jenis produk seperti pembersih muka, pelembap muka dan minyak. Beli Di : Shopee
Gigi juga menggemari jenama Odacite bagi menangani kulit yang betul-betul kering. “Ini adalah botol baru kerana saya kerap menggunakannya.” Beli Di : Lazada
Apabila berkongsi mengenai soal mekap pula, Gigi turut menggemari beberapa jenama drugstore seperti Maybelline di mana dia juga merupakan duta bagi jenama tersebut. Anttara produkk Maybelline yang digemari oleh Gigi adalah foundation, pensil kening dan powder.
Haa, ada tak produk penjagaan korang yang sama seperti Gigi?
Pernah dengar tentang mySalam tak? Untuk pengetahuan korang, mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.
Jika sebelum ini skim perlindungan insuran ini hanya diberi kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berpendapatan RM24,000 setahun ke bawah dan menetapkan 36 jenis penyakit kritikal di mana tuntutan boleh dibuat tetapi mulai semalam, kerajaan telah memperluaskan Skim mySalam kepada golongan M40 iaitu individu yang mempunyai pendapatan kasar melebihi RM100,000 setahun. RM8000, banyak juga tukan.
Senarai 45 penyakit kritikal yang disenaraikan ialah pembedahan otak, kanser, Alzheimer, koma, pembedahan pintasan arteri koronari, pekak (kekal & tak boleh pulih), kegagalan hati tahap akhir, serangan jantung (keterukan tertentu), hilang upaya sendiri, kelumpuhan anggota, Parkinson, strok/ angin ahmar, kelecuran (tahap teruk) dan banyak lagi.
Memetik portal FMT, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata perluasan skim ini dijangka akan membawa manfaat kepada 8 juta individu bagi tahun 2020.
Jelasnya, golongan itu boleh melengkapkan proses pendaftaran bermula hari ini (11 Feb) hingga 31 Mac dan membuat tuntutan mulai Mei akan datang.
“Selepas tarikh (pendaftaran) tersebut, semua penerima yang layak akan dimaklumkan dan boleh mengemukakan tuntutan masin-masing,” katanya dalam ucapan majlis perluasan skim mySalam di Kementerian Kewangan.
Hadir sama, Timbalannya Amiruddin Hamzah, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Menteri Kesihatan Lee Boon Chye.
Skim mySalam yang dilancarkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 24 Jan tahun lalu merupakan perlindungan takaful yang disediakan kepada golongan B40 melalui kerjasama awam swasta antara kerajaan persekutuan dan Great Eastern Takaful Bhd.
Perlindungan takaful itu disediakan dengan memberi bayaran bantuan tunai sekali gus sebanyak RM8,000 bagi mereka yang disahkan menghidap salah 1 daripada 45 penyakit kritikal serta elaun hospital harian sebanyak RM50 sehari atau maksimum RM700 setahun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia telahpun menobatkan Sandra Lim sebagai Miss Universe Malaysia 2024 pada malam kemuncak yang berlangsung pada 6 September lalu. Sandra, 23 mengenepikan saingan 15 peserta lain sekaligus bakal mewakili negara ke pertanidngan Miss Universe, November ini di Mexico.
Sandra seperti yang diketahui ramai bukanlah nama baharu dalam dunia pertandingan ratu cantik. Malah, graduan ijazah sarjana muda Komunikasi Massa daripada City University Malaysia ini adalah merupakan naib juara pertandingan Miss Global 2022 yang berlangsung di Indonesia, tidak lama dahulu.
Bukan hanya raut paras anggun yang dimilikinya menjadi aset bernilai bagi mewakili seluruh rakyat Malaysia di Mexico kelak. Malah, Sandra juga seorang gadis yang cukup berdedikasi dalam memperjuangkan hak pendidikan buat kanak-kanak kurang bernasib baik dan ingin meneruskan misi tersebut selaku Miss Universe Malaysia.
“Saya menyertai pertandingan ini dengan penuh bersedia untuk melaksanakan tugas sebagai Miss Universe Malaysia. Gelaran ini adalah satu tanggungjawab baharu yang perlu saya pikul ke peringkat antarabangsa.
“Dalam temubual tertutup tempoh hari, saya memaklumkan bahawa saya sudah bersedia untuk membuka pintu baharu bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk negara kita.
“Saya rasakan semangat kenegaraan ini sudahpun sebati dalam diri saya. Saya tahu rakyat Malaysia adalah masyarakat yang paling bertolak ansur, mesra dan saling membantu. Saya percaya kualiti itu ada dalam diri saya sendiri. Moto saya, just be authetic and genuine to all the people you meet,” ulasnya usai dimahkotakan dengan tiara ‘Women Empowerment’ rekaan J & KEL’L Creation oleh Pengerusi Organisasi Miss Universe Malaysia, Datin Wira Livonia Ricky Guing.
Sandra Lim bersama pemenang Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam.
Jangkauan Tinggi Pada Diri Sendiri
Dalam pada itu, sewaktu ditebak siapakah saingan terdekatnya sepanjang pertandingan, Sandra menolak andaian kononnya pertandingan ratu cantik sebegini menjadi medan pertelagahan sesama gadis.
Sebaliknya, beliau tidak melihat rakannya sebagai pesaing malah mereka katanya kekal menyokong antara satu sama lain memandangkan mereka lebih memahami cabaran yang perlu dihadapi.
“Jika hendak diikutkan, saya rasa sayalah yang memberi tekanan terhebat terhadap diri sendiri, bukannya individu lain. Saya meletakkan expectation yang cukup tinggi terhadap diri sendiri dan cuba menjadi versi ‘Sandra Lim’ sesempurna mungkin
“Mujur, saya tersedar bahawa bukan kesempurnaan yang perlu saya kejar tetapi ketulenan diri serta hati untuk membawa perubahan terhadap perjuangan Malaysia di peringkat Miss Universe,” katanya.
Sebagai info, edisi Miss Universe Malaysia 2024 menampilkan kelainan apabila 50 peratus daripada markah penjurian hadir daripada undian masyarakat. Ini adalah langkah baharu yang cuba diambil oleh organisasi agar suara peminat ratu cantik yang sentiasa memberikan sokongan padu mereka akan didengari.
16 pesertanya juga diadili sewaktu acara bootcamp dan sepanjang minggu pertandingan menjelang ke malam penentunya, Jumaat lalu. Seorang Miss Universe Malaysia menurut organisasi haruslah bijak membawa diri secara natural dan bukannya sekadar beraksi cemerlang untuk beberapa jam di atas pentas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gadis Sabah sememangnya berbakat. Setelah melalui pelbagai cabaran dan tugasan, Wenanita Angang akhirnya dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2022. Gadis berusia 26 tahun yang berasal dari daerah Kuala Penyu ini berjaya mengetepikan cabaran 14 peserta lain yang turut bertanding.
Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sistem Sains Maklumat dari Sunway University, Malaysia dan Lancaster University, England, Wenanita bukanlah wajah baharu dalam dunia ratu cantik. Sebelum ini dia pernah bergelar Unduk Ngadau Kuala Penyu 2018 dan bergelar Miss Sabah Model of The Year 2016.
Sebagai advokasi sosialnya, Wenanita mengetengahkan projek Beauty With A Purpose mengenai Hippotherapy. Ia merupakan satu bentuk terapi menunggang kuda, untuk memulihkan kanak-kanak autistik dan individu yang mengalami cerebral palsy.
Katanya, dia terpikat untuk mengetahui bagaimana menunggang kuda membantu kanak-kanak ini meningkatkan keseimbangan selepas mendengar taklimat doktor di Hospital Mesra Bukit Padang.
Pada malam finale Miss World Malaysia 2022, Wenanita telah diajukan soalan mengenai perubahan iklim yang melanda dunia.
“Kebenaran yang menyakitkan tentang perubahan iklim adalah ia berlaku dengan pantas dan kita tidak melakukan apa-apa tentangnya. Jika anda semua keluar dari pintu SICC malam ini, pasti anda merasakan bahang panas yang tidak kita rasai beberapa tahun lalu. Saya memohon kepada anda semua bukan sekadar menjadikan isu ini sekadar advokasi tetapi mengambil tindakan sewajarnya,” jawabnya ringkas.
Selain Wenanita yang bergelar juara, Evelyn Ting dari Sarawak menggondol tempat kedua manakala Anya Kimberly pula berpuas hati di tempat ketiga.
Perwakilan Malaysia di pertandingan Miss World antara yang paling cemerlang jika hendak dibandingkan dengan wakil-wakil negara di pertandingan ratu cantik utama yang lain. Boleh dikatakan ramai wakil Malaysia berjaya mendapat tempat atau mara ke pusingan seterusnya dan bukan sekadar bergelar peserta.
Sebelum ini sebagai contoh, pada tahun 1994, Rahimah Orchient Yayah bergelar peserta top 10. Pada tahun 1998 pula, Lina Teoh berjaya berada di kedudukan ketiga manakala Deborah Henry pada 2007 berjaya berada di kedudukan top 16. Selepas itu itu perwakilan seperti Dewi Liana Seriestha berjaya menempatkan diri pada kedudukan top 25 pada 2014.
Wakil terbaharu seperti Larissa Ping, Alexis Sue Ann dan Lavanya Sivaji yang beraksi pada pertandingan edisi 2018, 2019 dan 2020 berjaya menembus ke kedudukan top 30 dan top 40.
Adakah Wenanita akan berjaya mengulangi prestasi baik yang ditonjolkan Miss World Malaysia yang lain, sama-sama kita nantikan. Pertandingan Miss World 2022 dijangka berlangsung penhujung tahun ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!