Gigi Hadid Derma ‘Gaji’ Minggu Fesyen Kepada Mangsa Perang Ukraine-Rusia DAN Mangsa Di Palestin

Share

 

Peragawati Amerika Syarikat berdarah Palestin, Gigi Hadid sememangnya seorang antara model pilihan masa kini. Biarpun Gigi kini bergelar ibu kepada cahaya mata bersama Zayn Malik, dia masih aktif dalam dunia fesyen setelah melakukan comeback beberapa bulan lalu di Minggu Fesyen.

Sempena minggu fesyen bagi musim luruh/musim sejuk 2022, Gigi kembali ke pentas peragaan di kesemua empat buah ‘fashion capital’.

Namun, bukan gaya glamor Gigi sahaja yang kini mencuri tumpuan ramai.Terbaru, pendiriannya terhadap krisis kemanusiaan yang berlaku di seluruh dunia terutamanya Palestin dan Ukraine yang sedang bergolak dengan isu kemanusiaan dan peperangan telah menerima pujian ramai pihak.

Gigi, 27 tahun sebenarnya berketurunan Palestin di sebelah ayahnya, Mohamed Hadid dan sejak kecil, dia dan dua adiknya iaitu Bella dan Anwar telah didedahkan dengan perjuangan Palestin dalam memerdekakan tanah air mereka. Lalu, tiga beradik popular itu telah disematkan dengan sifat-sifat empati terhadap mereka yang perlu bergelut di medan peperangan di bumi kelahiran masing-masing.

Menerusi Instagram pada hari ini, Gigi telah mengumumkan dia bakal mendermakan KESEMUA pungutan gaji yang diterimanya menerusi pertunjukan fesyen yang melibatkannya pada minggu fesyen kali ini kepada mangsa-mangsa peperangan di Ukraine.

Kata Gigi, “Apabila saya mempunyai jadual pertunjukan fesyen yang tetap, ia bermakna saya dan rakan-rakan model saya tetap mampu mempersembahkan koleksi fesyen terbaru ketika dunia berdepan saat-saat menyayat hati dan traumatik sekarang.

“Kami ingin melakukan sesuatu untuk mangsa-mangsa ini. Saya akan mengikut jejak langkah rakan model saya, Mica Arganaraz dan berjanji akan mendermakan pendapatan saya daripada kesemua kerja-kerja musim luruh/sejuk 2022 untuk membantu mereka yang menderita akibat peperangan di Ukraine serta (menggunakan sebahagian dana tersebut) untuk terus menyokong mereka yang mengalami perkara yang sama di Palestin.”

Gigi Hadid sewaktu melawat kanak-kanak Rohingya bersama UNICEF.

“Semoga kita semua menganggap diri masing-masing sebagai adik-beradik; melangkaui kaum dan agama..”

“Akhirnya, nyawa yang tidak bersalah yang akan menjadi ‘bayaran’ kepada peperangan, bukannya pemimpin. Lepaskan Ukraine. Lepaskan Palestin. Keamanan. Keamanan. Keamanan,” catat Gigi.

ARTIKEL BERKAITAN : Zayn Malik Sekali Lagi Berpisah Dengan Pasangan, Gara-Gara Ibu Gigi Hadid? – REMAJA

Terdahulu, adiknya Bella turut membangkitkan beberapa isu kemanusiaan yang melanda dunia termasuklah isu penindasan gadis dan wanita berhijab di beberapa buah negara pada awal tahun ini.

BACA LAGI : Bella Hadid Pertahan Hak Hijabi Menutup Aurat Di Negara Yang Mendiskriminasi – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN