Penduduk di beberapa kawasan Sabah awal pagi tadi dikejutkan dengan gegaran susulan kejadian gempa bumi kuat yang dilaporkan berlaku di perairan Kota Kinabalu.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi bermagnitud 6.8 itu berlaku pada jam 12.57 pagi dengan koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur.

Pusat gempa dilaporkan terletak kira-kira 49 kilometer barat dari Kudat dengan kedalaman 678 kilometer.

Gempa Bumi 6.8 Magnitud Gegar Sabah Awal Pagi, Turut Dirasai Hingga Semenanjung

Gegaran Turut Dirasai Di Sarawak & Semenanjung

Dalam kenyataan sama, jabatan itu memaklumkan gegaran dirasai di Sabah serta beberapa kawasan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, orang ramai diminta untuk tidak panik kerana tiada ancaman tsunami kepada Malaysia setakat ini.

Ads

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan tersebut.

Pihak jabatan juga memaklumkan bahawa keadaan akan terus dipantau dari semasa ke semasa.

Gempa Bumi 6.8 Magnitud Gegar Sabah Awal Pagi, Turut Dirasai Hingga Semenanjung

Ads

Tiada Insiden Tidak Diingini Dilaporkan

Sementara itu, laporan oleh Bernama menyebut tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan susulan kejadian tersebut.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah turut mengesahkan bahawa setakat ini tiada panggilan kecemasan berkaitan gempa bumi diterima.

“Semua balai sedang melaksanakan rondaan dan pemantauan di kawasan jagaan masing-masing bagi memastikan keselamatan orang awam serta keadaan persekitaran berada dalam keadaan selamat dan terkawal,” kata PGO seperti dipetik dalam laporan itu.

Ads

Setakat ini, situasi dilaporkan berada dalam keadaan terkawal.

Gempa Bumi 6.8 Magnitud Gegar Sabah Awal Pagi, Turut Dirasai Hingga Semenanjung

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Bernama

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads