
Dalam dunia yang semakin pantas dan serba digital, ramai dalam kalangan generasi muda mula mencari ketenangan melalui gaya hidup yang lebih perlahan dan tersusun dikenali sebagai slow living.
Slow living merujuk kepada cara hidup yang lebih tenang, seimbang dan penuh kesedaran (mindful). Ia mendorong seseorang untuk tidak terburu-buru dalam menjalani kehidupan seharian, sebaliknya memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting dan membawa nilai kepada diri sendiri.
Gaya hidup ini bukan bermaksud kita perlu menjadi pasif atau tidak produktif, tetapi lebih kepada mencipta keseimbangan antara kerja, masa rehat dan kehidupan peribadi.
Menangani tekanan hidup moden
Tuntutan akademik, kerjaya, media sosial dan kehidupan sosial yang padat sering kali menyebabkan stres dan keletihan melampau (burnout). Slow living dilihat sebagai solusi untuk menangani tekanan ini.
Meningkatkan kesedaran diri
Apabila kita memperlahankan rentak hidup, kita dapat mengenal diri dengan lebih baik, memahami emosi sendiri dan membuat keputusan dengan lebih bijak.
Kualiti hidup yang lebih baik
Slow living menggalakkan kita menikmati setiap detik, menghargai perhubungan dan memberi keutamaan kepada perkara yang benar-benar bermakna.
Jika anda ingin mencuba gaya hidup ini, berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh dimulakan:
Elakkan terus mencapai telefon sejurus bangun tidur. Sebaliknya, ambil masa untuk bersarapan, membuat senaman ringan atau membaca buku.
Hadkan masa penggunaan media sosial. Unfollow akaun yang tidak memberi manfaat dan pilih kandungan yang membina mentaliti positif.
Tidak perlu menyertai semua aktiviti atau memenuhi semua jemputan. Pilih komitmen yang benar-benar penting untuk kesejahteraan anda.
Elakkan multitasking. Sebaliknya, fokus sepenuhnya pada satu perkara supaya hasilnya lebih berkualiti dan anda tidak cepat penat.
Berjalan di taman, bercuti ke kawasan hijau atau hanya duduk diam mendengar bunyi burung — semua ini boleh memberi ketenangan dan membantu anda recharge.
Gaya hidup slow living bukan sekadar trend sementara, tetapi satu pendekatan yang mampu membentuk kehidupan yang lebih sihat dari segi mental, emosi dan fizikal. Dalam dunia yang sering memaksa kita untuk mengejar masa, kadangkala berhenti sejenak dan menikmati momen sekarang
adalah perkara paling bernilai.Ingat, tidak salah untuk menjadi produktif, tetapi tidak semua perkara perlu dilakukan secara tergesa-gesa. Hidup ini bukan satu perlumbaan — ia adalah perjalanan untuk dinikmati.
BACA LAGI : Orang Cantik, Hidup Senang? Kajian Bukti Rupa Paras Boleh Ubah Nasib Karier!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.