Dalam dunia yang semakin pantas dan serba digital, ramai dalam kalangan generasi muda mula mencari ketenangan melalui gaya hidup yang lebih perlahan dan tersusun dikenali sebagai slow living.
Apa Itu Slow Living?
Slow living merujuk kepada cara hidup yang lebih tenang, seimbang dan penuh kesedaran (mindful). Ia mendorong seseorang untuk tidak terburu-buru dalam menjalani kehidupan seharian, sebaliknya memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting dan membawa nilai kepada diri sendiri.
Gaya hidup ini bukan bermaksud kita perlu menjadi pasif atau tidak produktif, tetapi lebih kepada mencipta keseimbangan antara kerja, masa rehat dan kehidupan peribadi.
Mengapa Anak Muda Cenderung Memilih Gaya Hidup Ini?
Menangani tekanan hidup moden Tuntutan akademik, kerjaya, media sosial dan kehidupan sosial yang padat sering kali menyebabkan stres dan keletihan melampau (burnout). Slow living dilihat sebagai solusi untuk menangani tekanan ini.
Meningkatkan kesedaran diri Apabila kita memperlahankan rentak hidup, kita dapat mengenal diri dengan lebih baik, memahami emosi sendiri dan membuat keputusan dengan lebih bijak.
Kualiti hidup yang lebih baik Slow living menggalakkan kita menikmati setiap detik, menghargai perhubungan dan memberi keutamaan kepada perkara yang benar-benar bermakna.
✅ Tip Untuk Mengamalkan Slow Living Dalam Kehidupan Harian
Jika anda ingin mencuba gaya hidup ini, berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh dimulakan:
Ads
1. Mulakan hari dengan rutin pagi yang tenang
Elakkan terus mencapai telefon sejurus bangun tidur. Sebaliknya, ambil masa untuk bersarapan, membuat senaman ringan atau membaca buku.
2. Kurangkan beban digital
Hadkan masa penggunaan media sosial. Unfollow akaun yang tidak memberi manfaat dan pilih kandungan yang membina mentaliti positif.
3. Belajar berkata ‘tidak’
Tidak perlu menyertai semua aktiviti atau memenuhi semua jemputan. Pilih komitmen yang benar-benar penting untuk kesejahteraan anda.
4. Fokus kepada satu tugasan pada satu masa
Elakkan multitasking. Sebaliknya, fokus sepenuhnya pada satu perkara supaya hasilnya lebih berkualiti dan anda tidak cepat penat.
Ads
5. Luangkan masa bersama alam semula jadi
Berjalan di taman, bercuti ke kawasan hijau atau hanya duduk diam mendengar bunyi burung — semua ini boleh memberi ketenangan dan membantu anda recharge.
Perlahankan Langkah, Tingkatkan Kualiti Hidup
Gaya hidup slow living bukan sekadar trend sementara, tetapi satu pendekatan yang mampu membentuk kehidupan yang lebih sihat dari segi mental, emosi dan fizikal. Dalam dunia yang sering memaksa kita untuk mengejar masa, kadangkala berhenti sejenak dan menikmati momen sekarang adalah perkara paling bernilai.
Ingat, tidak salah untuk menjadi produktif, tetapi tidak semua perkara perlu dilakukan secara tergesa-gesa. Hidup ini bukan satu perlumbaan — ia adalah perjalanan untuk dinikmati.
Pelakon cantik Korea Selatan, Seo Ji Hye baru-baru ini tular selepas kisahnya menyelamatkan seorang wanita daripada diganggu seorang lelaki mabuk di dalam kereta api pada tahun 2010, iaitu 14 tahun lalu.
Menurut laporan media Korea Selatan, Jihye (40) pada ketika itu baru sahaja selesai dari penggambaran untuk drama berjudul ‘Kim Soo Ro’ dan sedang menaiki kereta api Korea Train Express (KTX) untuk kembali ke Seoul.
Dia melihat seorang lelaki mabuk sedang mengganggu ketenteraman seorang wanita yang juga penumpang di platform kereta api KTX tersebut pantas bertindak menghampiri dan bertanya tentang apa yang sedang berlaku.
Wanita berkenaan memberitahu bahawa dia membantu lelaki itu menunjukkan arah jalan, walau bagaimanapun lelaki tersebut terus mengikutinya dan cuba mengacau sehingga ke stesen kereta api.
Dalam pada itu, Jihye langsung mendekati wanita itu dan naik ke kereta api bersama-sama untuk melindunginya. Namun, lelaki mabuk itu terus mengikuti mereka berdua dan memaksa wanita itu untuk memberikan nombor telefon.
Kredit: Soompi
Pelakon ‘Crash Landing On You’ dan ‘Adamas’ yang pada ketika itu tidak lagi dapat bertahan melihat lelaki mabuk yang terus mengganggu walaupun sudah diberikan amaran lisan kemudian terus menangkap lelaki itu secara fizikal dengan menggunakan kemahiran seni mempertahankan diri, Hapkido.
Difahamkan, Jihye menggunakan teknik balingan ‘mechigi’ terhadap lelaki mabuk berkenaan untuk menangkapnya. Menurut laporan, pelakon wanita itu memiliki tali pinggang hitam Hapkido tahap ke-4.
Kredit: Asia Pacific Self DefenceHapkido Belt Ranking
Beliau juga mengaku bahawa ketika berada dalam keadaan tersebut dia merasa takut tetapi cekal mengumpul keberanian untuk menyelamatkan wanita daripada menjadi mangsa lelaki tersebut.
Sekadar info, Seo Jihye memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 2003 dan terkenal menerusi filem seram ‘Voice’ pada tahun 2005. Dia juga turut membintangi K-Drama seperti 49 Days, Punch, Don’t Dare to Dream, Crash Landing on You, dan Red Balloon.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila sebut sahaja ‘lipas’, mungkin ramai yang sudah berasa ngeri dan geli, lebih-lebih lagi jika serangga itu berterbangan di sekeliling. Terdapat kira-kira 4,500 spesies lipas dan 30 daripadanya dikaitkan dengan tempat tinggal manusia.
Nah, untuk korang yang fobia sangat dengan serangga bernama lipas ni, ini ada 8 fakta yang dikongsi oleh Dr. Kamarul Ariffin dilaman twitter yang pastinya buat korang lebih terkejut. Hiks!
Jom kita check it out!
1. Lipas boleh meleperkan badannya
Lipas boleh menyorok dan meloloskan diri melalui tempat yang sempit kerana ia boleh meleperkan tubuhnya sehingga 3 milimeter sahaja. Ia berbuat demikian dengan mengangkangkan kaki-kakinya ke sisi tubuh.
2. Boleh menukar kelajuan ketika berlari
Lipas mampu menukar kelajuannya ketika berlari dengan menukar kedudukan kaki mereka kepada gaya tripodal. Gaya ini meningkatkan lagi fleksibiliti dan mengurangkan rintangan dan membolehkan ia berlari sepantas 320km/j.
Foto: pestcontrol.basf.co.za
3. Mampu hidup tanpa kepala
Lipas mampu hidup sehingga dua hingga tiga minggu setelah kepalanya terputus. Mereka boleh hidup kerana bernafas melalui liang di badan tetapi akan mati selepas tempoh itu kerana kehausan dan kelaparan.
4. Lipas hidup dalam berkumpulan
Lipas hidup secara berkumpulan tetapi tidak berstruktur seperti semut dan lebah. Apabila lipas makan, ia membuang najis. Najis lipas mempunyai bahan kimia yang akan menarik lipas-lipas lain untuk datang berkumpul.
5. Ada lipas boleh melompat
Ramai orang takut kepada lipas terbang, tapi mungkin ramai yang akan lebih takut kepada lipas melompat. Ada spesis lipas di Afrika Selatan yang boleh melompat seperti belalang. Mereka lincah melompat dan tidak suka duduk diam.
Serangga omnivor ini makan tumbuh-tumbuhan, sisa makanan atau juga kulit manusia. Namun begitu, gigitan ini tidak mendatangkan kemudaratan seperti sengatan lipan, kala jengkin dan labah-labah.
7. Lipas masuk telinga
Situasi ini yang selalu kita dengar bila lipas masuk ke telinga. Tahi telinga menghasilkan asid lemak berwap yang menarik perhatian lipas. Lubang telinga yang kecil, sempit dan lembap juga dirasakan sesuai untuk mereka jadikan tempat tinggal.
Jadi, hati-hati ya guys.
8. Lipas makanan eksotik
Di negara China, lipas diternak di ladang secara besar-besaran untuk dibekalkan kepada pengusaha makanan, ubat tradisional dan syarikat kosmetik. Di sana, lipas juga dimakan sebagai snek.
Ha, mesti ramai yang baru tahu fakta-fakta tentang ‘musuh’ orang ramai ni kan? Apa lagi guys, share la dengan kawan korang yg takut lipas tu. Hehe!
Selalu kita saksikan dalam filem-filem barat pasangan kekasih duduk berduaan dan melihat meteor lalu maka mereka segera membuat hajat! Biasanya berakhir dengan happy ending la!
Untuk pengetahun korang, hujan meteor Geminid ini berasal dari arah rasi bintang Gemini berlaku disebabkan adanya kemungkinan pelanggaran dengan ‘benda’ lain di masa lalu sehingga akhirnya menghasilkan hujan meteor daripada partikel-partikel yang terhasil akibat pelanggaran tadi.
Muncul setahun sekali dalam kalendar astronomi, sekiranya pada malam berlakunya hujan ini keadaan gelap dan langit jernih, maka anda boleh menyaksikan fenomena ini dengan lebih jelas.
Kalau korang ingin melihat fenomena ini dengan jelas, disarankan pergi ke satu tempat yang gelap dan jauh daripada cahaya.
Tak perlu teropong atau teleskop, hanya perlu berbaring dan biasakan mata dalam keadaan gelap sekurangnya 30 ke 40 minit supaya cahaya boleh membataskan jumlah meteor yang dilihat.
Tapi jangan gembira sangat, sebenarnya fenomena hujan meteor Geminid ini memberikan kesan kepada bumi termasuklah penyebab kepada berlakunya pemanasan global dan atmosfera bumi menjadi kotor.