Makin hari virus carona ini ‘menelan’ ramai nyawa yang tidak berdosa!
Terbaru negara jiran kita Singapura telah memberikan amaran dan menaikkan Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) daripada tahap kuning kepada tahap jingga atau oren semalam bagi membendung penularan wabak koronavirus.
Langkah ini diambil selepas pihak berkuasa menemui beberapa kes koronavirus baharu membabitkan mangsa yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China membawa kepada keseluruhan kes jangkitan adalah seramai 33 orang.
Hentikan Kegiatan Luar Hingga Mac
Menteri Kesihatan Singapura, Gan Kim Yong menasihati agar rakyat Singapura menghentikan semua kegiatan luar sehinggalah cuti hujung Mac ini bagi mengelakkan dijangkiti.
Ads
Borong Bekalan Makanan
Pengumuman dibuat itu mengejutkan ramai rakyat Singapura yang khuatir telah melakukan pembelian panik, iaitu memborong bekalan demi persediaan sebelum tahap ini meningkat kepada tahap merah.
Ads
Ads
Untuk pengetahuan anda, DORSCON peringkat jingga bermakna penyakit dianggap teruk dan mudah berjangkit daripada manusia ke manusia tetapi tidak terlalu meluas dan sedang dibendung.
Dalam satu perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Eric Teoh semalam memaparkan beberapa tempat meletakkan bekalan barangan di sebuah pasar raya di Singapura sudah kosong, antaranya tisu dan mi segera.
Please share. There really is no need to buy and stock up as we have supplies. I know many other supermarkets are also…
Menteri Industri dan Perdagangan Singapura, Chan Chun Sing dalam satu hantaran Facebook menenangkan rakyat Singapura dengan mengesahkan bahawa bekalan dalam menghadapi krisis ini masih mencukupi dan rakyat tidak perlu melakukan pembelian panik.
Sumber: Berita Harian, Straits Times
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Taman tema yang dibina di atas tanah berkeluasan 21 hektar, Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh nampaknya sudah ditutup mulai hari ini sehingga ke suatu Tarikh yang akan diumumkan kelak.
Dibuka kepada orang ramai sejak 26 Jun 2017 lalu, notis penutupan dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) daripada Messrs Ernst & Young.
Menurut notis berkenaan, segala kesulitan akibat penutupan MAPS amat dikesali.
Ramai netizen yang memberi komen tiket masuk taman tema ini adalah terlalu mahal dan kemudahan yang disediakan turut tidak berbaloi dengan harga tiket.
Setelah video yang menunjukkan aksi dua orang YouTuber tempatan ‘menampar’ orang awam secara rawak di eskalator sebuah pusat membeli-belah teruk dikecam oleh warganet sejak hujung minggu lalu, akhirnya tindakan keras bakal menanti mereka.
Video yang dimuat naik ke saluran YouTube seorang pencipta kandungan, Mizan Majid pada 7 Oktober lalu itu berdurasi 8 minit. Ia mempamerkan Mizan dan seorang rakan yang dikenali sebagai Man cuba melakukan kandungan berbentuk ‘prank’ yang pernah tular di luar negara; di mana mereka acah-acah ingin menampar orang awam atau menyergah mereka yang sedang menaiki atau menuruni eskalator bersebelahan.
Ia demi melihat reaksi ‘mangsa’ terhadap perbuatan mereka itu. Ada yang bertindak tidak melayan. Tapi, tidak semua orang membiarkan saja perbuatan mereka. Ada yang menjerit semula, “Apa benda?!” atau, “Apa hal?!” kepada mereka.
Tidak kurang juga ada mangsa perempuan yang ketakutan apabila Mizan yang berdiri di sisi eskalator merapatkan dirinya ke arah mereka. Sebelum sempat untuk Mizan mengejar demi memohon maaf, mereka terlebih dahulu telah melarikan diri.
Biarpun tindakan ini hanya dianggap sekadar gurauan oleh Mizan dan Man; malah dianggap mereka sebagai hiburan subscribers , ia tidak dipersetujui oleh warganet.
Bukan saja mereka tidak bersikap sensitif terhadap situasi di Lembah Klang kini di mana masyarakat berdepan risiko jangkitan COVID-19 lalu perlu menjauhi sebarang kontak fizikal dengan orang yang tidak dikenali. Warganet juga menganggap perbuatan menganggu ketenteraman orang awam itu tidak kena dengan budaya masyarakat di Malaysia.
“Niat, asalnya memang nak hiburkan orang. Tapi kalau korang ambil benda ini serius.. (prank sebegini) tak (diminati) dalam Malaysia.. memang tak bagus dalam Malaysia, jadi Mizan tak akan buat lagi lah. Tapi ‘prank’ still buat, akan ada prank lain..”
– Mizan Majid –
Untuk pengetahuan, video prank berkenaan telah diletakkan dalam mod private dan orang ramai tidak lagi boleh menontonnya sekarang di saluran YouTube Mizan Majid.
Video prank sama masih dimainkan sepanjang video mohon maaf mereka. Perlukah? Sumber Foto : Tangkap layar YouTube Mizan Majid. Warganet juga mempersoalkan mengapa video prank itu tidak dipadamkan saja, sebaliknya hanya diletakkan dalam mod private.
Biarpun Mizan telah memuat naik dua video susulan permohonan maaf bersama Man pada 11 Oktober lalu diikuti pada 15 Oktober 2021 atas perbuatan mereka serta berjanji untuk tidak lagi memuat naik kandungan sama, tindakan mereka itu nampaknya telah mencecah perhatian pihak polis!
Dalam laporan hari ini, polis mengesahkan sedang mengesan mereka yang terlibat dalam pembikinan video tular itu. Kata Ketua Polis Daerah Brickfield iaitu Asisten Komisioner Anuar Omar, pihaknya mengesan video tersebut pada 6.30 petang Jumaat lalu menerusi sebuah akaun Facebook.
Sehubungan itu, beliau memohon mana-mana saksi atau individu terlibat untuk tampil membantu siasatan. Sekiranya didapati ada pelanggaran yang menyalahi undang-undang, maka tindakan boleh dikenakan.
Aduhh. Itulah guys, dah banyak kali REMAJA ulang kongsi nasihat yang sama. Walaupun hati berkobar-kobar ingin mengejar populariti, jumlah tontonan dan bertujuan menghiburkan orang ramai menerusi kandungan tular, ketahuilah adab dalam berkarya dan berlaku bijaklah semasa merancang kandungan.
TAHNIAH diucapkan buat pasangan beregu lelaki kebangsaan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan pemain perseorangan lelaki kebangsaan, Lee Zii Jia setelah kedua-dua berjaya menghadiahkan pingat gangsa pertama dan kedua negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Bagi menghargai perjuangan wirawan negara ini setelah memperagakan prestasi membanggakan dalam sukan badminton, ketiga-tiga mereka bakal menerima habuan sulung serba lumayan berupa sebuah kereta utiliti sukan (SUV) Chery Tiggo 7 Pro; setiap seorang.
Umum jenama kenderaan, Chery Malaysia lagi, mereka juga menjanjikan tawaran SUV Chery Tiggo 8 Pro kepada mana-mana atlet yang memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
Wah, bestnya dapat kereta baru. Memang berbaloi dengan usaha dan kerja keras mereka!
Terdahulu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih gangsa sekaligus pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 setelah bangkit dari belakang untuk menewaskan beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dengan kutipan 16-21, 22-20, 21-19 dalam tempoh 74 minit.
Sehari selepas itu, Lee Zii Jia menundukkan lawan dari India, Laksyha Sen dalam masa 71 minit dengan kutipa mata 13-21, 21-16, 21-11 sekaligus menebuskan kekecewaannya di Sukan Olimpik Tokyo 2020, tiga tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...