Isu tersalah buat pindahan wang di bank bukan lagi sesuatu yang mustahil kerana dengan kecuaian sendiri, pastinya masalah ini boleh berlaku.
Hal ini telah pun terjadi pada seorang rakan Nor Zabetha yang diceritakan dalam perkongsiannya di laman Facebook.
Rakannya ingin membuat pindahan wang dari akaun banknya kepada akaun banknya yang lain. Malangnya, sewaktu melakukan transaksi tersebut, dia telah cuai memasukkan nombor akaun bank. Hanya satu digit saja yang silap dan dia tak perasan. Akibatnya wang sebanyak RM5,000 telah dipindahkan ke akaun lain tanpa dia sedar.
Bila mula tersedar, dia segera menghubungi kedua-dua bank dan buat laporan polis. Menurut pihak bank, mereka akan cuba menghubungi individu yang menerima wang tersebut untuk memulangkannya semula.
Pihak bank berjaya menghubungi si penerima dan dia bersetuju untuk memulangkan semula wang tersebut. Cuma dia memberi alasan akan berlaku sedikit kelewatan kerana faktor umur.
Ads
Namun, selepas beberapa hari wang tersebut masih gagal dipulangkan. Pihak bank cuba menghubungi penerima wang tersebut semula tetapi panggilan bank tidak dijawab. Cubaan berkali-kali yang dilakukan oleh pihak bank masih gagal.
Jadi, pihak bank memaklumkan kepada rakannya, tiada tindakan lanjut yang boleh mereka ambil. Mangsa meminta agar pihak bank mendedahkan nama serta butiran kad pengenalan penerima supaya boleh menuntut di mahkamah.
Walau bagaimanapun, pihak bank tidak boleh mendedahkan segala butiran penerima memandangkan bank telah terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Maklumat tersebut hanya boleh diberikan dengan Perintah Mahkamah. Malangnya, untuk memperoleh Perintah ini akan memerlukan kos yang lebih tinggi. Tidak berbaloi.
Ads
Menurut Zabetha juga, jika kesilapan datang dari pihak bank, kita memang boleh tuntut sebab itu adalah kecuaian bank itu sendiri. Tapi, jika kesilapan datang daripada diri sendiri, terpaksalah kita terima akibatnya.
Walaupun hanya tersalah satu digit saja, kesannya mungkin boleh menyebabkan korang menyesal seumur hidup.
Jadi, berhati-hati sewaktu membuat pindahan wang. Korang boleh mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:
Ads
1. Semak nombor akaun sebelum klik transfer. Semak nombor akaun beberapa kali dan penama akaun.
2. Sekiranya pindahan tidak mustahak, buat pindahan secara Interbank Giro (IBG) transfer kerana jumlah ini tidak terus dipindahkan dan mengambil masa selama 3 hari sebelum pindahan. Jadi, sekiranya korang tersalah buat pindahan wang, korang masih sempat menghubungi pihak bank bagi tujuan pembatalan.
3. Kalau kita sentiasa buat pindahan ke akaun sendiri tetapi ke bank yang berbeza, disarankan untuk pilih akaun yang selalu dipindahkan sebagai akaun 'favorite' supaya data memang sudah ada. Jadi korang tidak perlulah memasukkan berulang kali dan tidak bimbang isu tercuai masukkan nombor akaun.
Jangan terburu-buru dalam membuat pindahan wang sebabnya nanti korang juga yang menyesal jika tersalah transfer. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran untuk kita lebih berhati-hati di masa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, pastinya korang perasan cuaca di negara kita terasa sangat panas dan bahang. Ya kebiasaannya di awal tahun, Malaysia berada dalam ‘musim panas’ sehinggakan pada waktu malam ketika tidur pun kita berasa tidak selesa dengan cuaca yang agak bahang.
Gambar hiasan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah memuat naik kenyataan di Twitter, cuaca panas yang dialami pada ketika ini adalah satu fenomena biasa sepanjang tempoh Februari hingga April setiap tahun. Sehingga kini, suhu tertinggi bagi bulan 2021 adalah 36.2 darjah Celsius, manakala pada tahun 2020 adalah 37.4 darjah Celsius yang dicerap di Stesen Meteorologi Kuala Kangsar, Perak.
Gambar hiasan
Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac 2021. Dalam tempoh ini, taburan hujan adalah agak rendah di Semenanjung Malaysia, terutamanya di utara Semenanjung.
Taburan hujan yang rendah dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca agak panas, terutamanya pada waktu malam apabila terdapatnya litupan awan.
Justeru itu, masyarakat dinasihatkan agar mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air dan mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka. Korang juga dinasihati supaya mengurangkan aktiviti-aktiviti luar dan minum air secukupnya.
Gambar hiasan
Waktu-waktu pandemik seperti ini, memang sebaiknya korang duduk sahaja di rumah jika tidak ada urusan penting di luar sana. Lagi pun, dalam keadaan cuaca panas sekarang ini, risau pula jika ada yang jatuh sakit. Jangan lupa banyakkan minum air kosong ya?
Korang pernah mendengar tentang ‘beeswax’ atau lilin lebah?
Jenama kopi terkemuka, The Coffee Bean & Tea Leaf (CB&TL) meraikan Bulan Kopi Antarabangsa yang disambut Oktober ini dengan beberapa agenda yang menarik dan menyeru seluruh rakyat Malaysia hidup lebih Eco-Friendly.
Mementingkan kesejahteraan manusia dan juga bumi, CB&TL menunjukkan keprihatinannya dengan berkerjasama dengan perniagaan local iaitu Saffron & Serai. Kerjasama CB&TL dan Saffron & Serai ialah untuk memanggil rakyat Malaysia untuk mengurangkan pembaziran di rumah dan mendorong gaya hidup yang lebih lestari.
Beeswax atau dikenal dengan lilin lebah juga merupakan produk yang dihasilkan oleh lebah madu dan telah digunakan sejak zaman dahulu lagi. Beeswax wrap adalah alternatif dari menggunakan plastik biasa. Ia mempunyai kemampuan untuk mengatasi masalah persekitaran seperti pencemaran plastik dan sisa makanan.
Dengan menggunakan batik beeswax wrap dari Saffron & Serai ia mampu mengurangkan penggunaan plastik yang mengancam bumi. Selepas setiap penggunaan, Beeswax wrap ini boleh dicuci dan dikeringkan. Ia kelihatan jauh lebih baik dan tahan lama juga. Lebih menarik, jenama ini bangga dengan identiti Malaysia dengan menggunakan kain bercorak batik tradisional dan kontemporari.
Kegunaan beeswax wrap dari Saffron & Serai
Digunakan untuk menutup bekas makanan.
Balutan lilin lebah tidak sesuai untuk membungkus semua jenis makanan.Contohnya, daging mentah, ikan mentah atau barang makanan basah lain seperti buah-buahan.
Makanan basah ini boleh dimasukkan ke dalam mangkuk atau bekas yang kemudian boleh ditutup dengan beeswax.
Kit Batik Beeswax ini boleh didapati dengan beberapa size iaitu saiz M, L dan XL, bermula dari harga RM65 sehingga RM75 secara online at www.coffeebean.com.my atau di cawangan CB&TL seluruh Malaysia. Tapi cepat tau sebab ia edisi terhad.
Sementara itu, jangan ketinggalan untuk merasai keenakkan kopi yang ditawarkan di rangkaian cafe The Coffee Bean & Tea Leaf ® (CBTL) sepanjang bulan Oktober yang fantastik.
Sepanjang bulan Oktober, pilihlah dari Menu dari Fully Caffeinated Menu, Signature Espresso, dengan Espresso Whipped Cream yang dibuat khas untuk tambahan rasa yang lebih sedap. Ia juga merupakan masa yang tepat untuk mencuba edisi terhad Hazelnut Charcoal yang boleh dinikmati panas, sejuk atau Ice Blended®.
Korang tahu tak sebenarnya minuman kopi ice blended itu asalnya dicipta oleh jenama rangkaian kafe terkemuka The Coffee Bean & Tea Leaf sejak keberadaannya di Malaysia lebih 20 tahun dahulu? Lama ye….
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjunjung kasih di atas ketegasan dan memahami kehendak rakyat yang menderita akibat bekalan air terputus.
Ketegasan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj demi menjaga negeri disayanginya pasti membuatkan rakyat jelata berterima kasih kepada baginda.
Malah rakyat sudah lama mengharapkan isu kilang haram dapat diselesaikan segera selepas pihak PBT mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikan isu ini.
Dalam kejadian empat hari lalu, kira-kira 1.2 juta rakyat menderita akibat bekalan air terputus selepas berlaku pencemaran di Sungai Selangor akibat pembuangan sisa toksid ke dalam sungai oleh salah sebuah kilang di Rawang.
Dalam perkongsian di fb Selangor Royal Office, semalam DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam berhubung masalah bekalan air bersih di Negeri Selangor yang terus berulang.
Sebaik sahaja dimaklumkan masalah terbaharu gangguan bekalan air membabitkan beberapa kawasan di Negeri Selangor, Baginda telah mengutus surat kepada YAB Menteri Besar Selangor menzahirkan rasa dukacita Baginda terhadap impak yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Selangor.
Berikut antara intipati surat Baginda kepada YAB Menteri Besar Selangor :-
• Baginda mahu tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas hendaklah diambil bagi memastikan rumah-rumah, kilang-kilang, terutama sekali kilang-kilang haram berhampiran tebing sungai mesti dirobohkan kerana berpotensi mencemarkan anak-anak sungai dan sungai-sungai di Negeri Selangor.
• Baginda tidak berkenan adanya unsur campur tangan politik dalam penguatkuasaan isu-isu berkaitan alam sekitar dan pencemaran air sungai.
• Baginda telah lama menitahkan supaya sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memantau dan memastikan air sungai tidak dicemari dengan bahan kimia atau sampah sarap boleh menjejaskan bekalan air mentah kepada loji-loji rawatan air.
• Baginda mahu undang-undang yang lebih tegas dilaksanakan dengan segera kepada pelaku-pelaku yang menyebabkan pencemaran sungai. Penalti yang lebih berat wajar dikenakan kepada mereka yang mencemarkan alam sekitar khususnya sumber air. Mereka yang terbukti melakukan kesalahan hendaklah dijatuhkan hukuman penjara mandatori serta dikenakan denda yang maksimum.
• Baginda khuatir sekiranya masalah air ini berterusan, rakyat jelata akan memberontak dan boleh mengakibatkan ketegangan dan seterusnya akan menjejaskan keharmonian sosial.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!