Penggunaan mata wang kripto memang hangat diperkatakan tak kira dimana. Malah, ada pihak yang mendakwa telah menjadi kaya selepas membelinya pada waktu mula-mula ia diperkenalkan. Tapi awas ya, ramai juga terpedaya dengan skim ini.
Terpalit dengan mempromosikan matawang Kripto, bintang Hollywood Kim Kardashian didenda sebanyak AS$1 juta (RM4.65 juta) oleh Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti (SEC).
Kim juga dihalang daripada mempromosikan mata wang kripto selama tiga tahun, akan membayar denda AS$1 juta itu. Bayaran itu adalah bagi menyelesaikan kes pendakwaan bahawa beliau mengesyorkan jaminan kripto kepada 330 juta pengikut Instagramnya tanpa menjelaskan bahawa beliau dibayar untuk berbuat demikian.
Bintang realiti televisyen itu juga perlu menyerahkan bayaran AS$250,000 (RM1.16 juta) yang diterima bagi hantaran Instagram mengenai token Ethereum Max, termasuk faedah.
Ads
Kardashian adalah antara selebriti terbaru terjerat dalam peraturan yang memerlukan pendedahan penuh oleh individu menerima bayaran untuk mempromosikan produk kewangan.
Peringatan Kepada Selebriti
Pengerusi SEC, Gary Gensler, dalam kenyataannya, berkata penyelesaian Kardashian ‘berfungsi sebagai peringatan kepada selebriti dan orang lain bahawa undang-undang memerlukan mereka mendedahkan kepada umum bila dan berapa bayaran diterima untuk mempromosikan pelaburan dalam sekuriti’.
Gensler juga menggunakan penyelesaian itu sebagai peluang untuk mendidik orang ramai dengan mengeluarkan video jenaka di YouTube yang memberi amaran mengenai kemungkinan perangkap nasihat pelaburan yang diberikan oleh orang kaya dan terkenal.
Ads
SEC berkata Kardashian bersetuju untuk bekerjasama dengan siasatan yang sedang dijalankan, walaupun dia tidak memberikan sebarang butiran terperinci mengenai siasatan itu.
Salah seorang peguam untuk Kardashian, Patrick Gibbs, berkata dia bekerjasama sepenuhnya dengan SEC sejak awal lagi dan bersedia untuk melakukan apa saja yang diperlukam untuk membantu SEC dalam perkara itu.
Sebelum ini, nilai mata wang kripto melonjak ketika pandemik tetapi baru-baru ini, di tengah kemerosotan pasaran keseluruhan, kebanyakan nilai kripto menjunam.
Ads
Bitcoin kehilangan lebih separuh nilainya pada tahun 2022 kepada sekitar AS$19,000 (RM88,300) semalam.
Token Ethereum Max yang dipromosikan oleh Kardashian merosot nilainya lebih daripada 90 peratus sejak kemuncaknya Mei lalu. – AP
Untuk info, matawang Kripto adalah mata wang digital yang hanya terdapat dalam rangkaian komputer yang disebut ‘blockchain’ di internet. Namun, skim pelaburan mata wang kripto yang ada di Malaysia merupakan satu skim haram dan tidak sah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya kita semua sudah sedia maklum bahawa tumbuhan tular di media sosial baru-baru ini, snake plant yang dikatakan boleh menghilangkan habuk jika diletakkan di rumah adalah tidak benar. Namun begitu, satu lagi kenyataan yang dibuat oleh seorang ahli Kimia ini perlu diberi perhatian oleh masyarakat.
Dr Fatimah Salim melahirkan kembimbangan penyimpanan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata di dalam rumah, lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma seterusnya menjejaskan kesihatan golongan tertentu.
Menurut Felo Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, tanah adalah tempat paling kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.
Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliate dan setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).
Disebabkan itu tanah tidak sepatutnya disimpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini.
Alternatif lain
Terdapat alternatif kepada tanah jika korang ingin menanam pokok di dalam rumah dan antaranya adalah tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.
Kalau nak guna air sahaja pun boleh tetapi korang harus rajin menukarnya untuk mengelakkan pembiakan nyamuk dan mengurangkan mikroorganisma bermandiri.
Malah menurut Astro Awani, Pusat Racun Negara turut memuat naik status di laman Facebook rasmi mereka bagi menasihati orang ramai terutamanya jika mempunyai anak kecil agar berwaspada kerana pokok tersebut mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin yang boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit birit dan ruam jika termakan.
Public Health Malaysia juga menasihati peminat indoor plant, berhati-hati sekiranya ada kanak-kanak, haiwan peliharaan dan pesakit kronik di rumah kerana ia boleh menyebabkan beberapa perkara seperti di bawah (dalam gambar).
Kesimpulannya, dalam korang begitu ghairah nak ikut trend tanam tumbuhan di dalam rumah, pastikan sentiasa berwaspada, lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak yang mungkin terdedah dengan bahan aktif Saponin yang berisiko menyebabkan keracunan.
Akhirnya, pasangan selebriti popular Zayn Malik dan Gigi Hadid telah mengumumkan nama cahaya mata pertama mereka berdua menerusi paparan bio di Instagram Gigi. How very millennial of them.
Walaupun wajah Khai masih belum dikongsikan oleh mereka, populariti yang dimiliki oleh Khai kini cukup luar biasa di media sosial.
Berkenaan pemilihan nama tersebut yang bermaksud ketua (dari perkataan Kaisar) dan kebaikan (Khair), baik Gigi mahupun Zayn masih belum membuka mulut mengenainya. Kami pasti dalam masa terdekat ini, mereka akan berkongsi info mengenainya.
Cuma apa yang peminat ketahui, nama Khai ini mempunyai maksud yang mendalam buat Gigi.
Ini kerana ia merupakan nama tengah adiknya, Isabella Khair Hadid yang lebih popular dengan panggilan Bella Hadid.
Malah, ia juga merupakan nama mendiang nenek kepada Gigi dan Bella iaitu Khairia Hadid yang meninggal dunia pada tahun 2008. Info ini telah dikongsikan sendiri oleh ayah Gigi iaitu Mohamed Hadid di akaun Instagramnya, Julai tahun lalu.
Gigi mungkin baru menambah status ‘ibu kepada Khai’ pada bulan ini. Tetapi dia sebenarnya telahpun memberi hint seawal bulan November lalu mengenai nama bayinya itu!
Ia telah dikesan oleh para pemnat Gigi sendiri yang bertindak untuk ‘zoom in’ ke arah satu sudut dalam foto Krismas Gigi. Di bawah pokok krismas di kediaman keluarga Gigi, tertera nama Khai bersama-sama hiasan yang mereka letakkan.
Salah seorang berkata, “Saya nampak nama Khai dalam foto terakhir, omgg.”
Kami harapkan Gigi dan Zayn memperolehi rehat yang cukup sementelah Gigi memuat naik foto di Instagram untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Zayn, 12 Januari lalu.
Katanya, “Team No Sleep! Happiest birthday to our Zaddy baba. So Special. Love you long time, thank you for makin me a mma to the best girl ever. Wish you the best every single day.”
“Saya rasa bila buat siaran langsung, orang boleh tahu di mana lokasi kita berada. Kita juga kena bijak berkongsi aktiviti di media sosial.
“Kalau keluar beli barang dapur atau isi minyak, saya memang buat sendiri tapi pada waktu siang. Selain, saya jarang buat siaran langsung dan kongsi keadaan persekitaran rumah,” tuturnya.
Pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama siri terbaru Viu, The Secret.
Mengulas situasi semasa dan kes jenayah pada masa ini, pelakon berdarah kacukan itu memaklumkan, setiap individu terutama kaum wanita perlu peka dengan keadaan sekeliling dan tidak mudah leka.
Katanya, penting untuk setiap individu lebih berhati-hati apabila berada di luar dan tidak berdiam diri sekiranya menjadi mangsa jenayah.
“Sedih apabila baca berita semasa berkaitan jenayah bunuh dan rogol yang dilaporkan kebelakangan ini. Apa yang boleh saya sarankan kita perlu sentiasa beringat bila berada di luar rumah. Elakkan kalau tahu tempat yang dituju tidak selamat.
“Walaupun pun saya sendiri ada seni mempertahankan diri Muay Thai, bila keluar saya akan ditemani pengurus atau kawan-kawan.
“Apa yang penting, sekiranya menjadi mangsa jenayah, laporkan, tidak kiralah anda perempuan atau lelaki. Jangan mendiamkan diri kerana ia boleh menjejaskan kesihatan mental,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.