Gadis Ini Kongsi Kisah Sepupu Jadi Buta Selepas Tertidur Dengan Contact Lens

Share

Memang sedihkan bila ditimpa ujian tidak terduga. Seorang pengguna twitter atas nama nanikharar yang membuat perkongsian kisah sepupunya yang secara tiba-tiba menjadi buta selepas tertidur selama sejam akibat tersangkut dalam jem ketika balik beraya tempoh hari.

Perkongsiannya ternyata membuatkan ramai pengguna contact lens khususnya bertanya secara terus dan mendapat perkongsian sebanyak 17.3 k selain 5581 likes.

Jelasnya. Sepupunya itu tertidur akibat jalan jem dan sejam kemudian matanya menjadi bengkak secara tiba-tiba. Bila dibawa ke hospital, doktor mengatatakan  sudah tiada apa boleh dilakukannya kerana sudah buta secara tiba-tiba.

Kata nanikharar lagi, sepupunya itu membeli contact lens itu dari belian atas talian (online) dan tiada jenama.

Mata hitam sepupunya menjadi rosak  kerana contact lens kering dan melekat dekat mata. Katanya lagi, sepupunya itu baru saja berkahwin tahun lepas.

IKLAN