Memang benarlah kata orang, alam ini lebih indah tanpa kehadiran manusia. Manusia yang bagaimana? Manusia yang tidak berfikir menggunakan akal yang panjang. Baru-baru ini tular tentang kes seorang lelaki yang terjun ke dalam Tasik Cermin yang terletak di Ipoh.
Dalam video yang tular menerusi akaun TikTok @iamsyafiruz yang berada dilokasi ketika kejadian itu berlaku, dapat dilihat seorang lelaki berpakaian serba hitam secara tiba-tiba memanjat pagar di atas tasik berkenaan lalu membuat terjunan. Manakala pada bahagian kedua video pula, dia ada menyatakan yang lelaki tersebut bukanlah orang Malaysia sebaliknya berbangsa Arab.
Tasik Cermin yang mempesona. Kredit foto: flyklia.com
Hari ini menerusi laporan Bernama, Tasik Cermin akan ditutup buat sementara waktu sehingga tarikh pembukaan diumumkan kelak. Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, “Majlis Bandaraya Ipoh telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu dan kes masih dalam siasatan lanjut.”
Ads
Tasik Cermin yang terkenal sebagai tasik yang dikelilingi keindahan alam semula jadi terletak di dalam kawasan di bawah pengurusan Kinta Geopark dan aktiviti mandi manda tidak benarkan sama sekali di kawasan itu.
Sebelum ini kawasan tumpuan ramai itu pernah ditutup sekitar Mac tahun lalu atas faktor keselamatan dan kemudiannya dibuka semula untuk kunjungan orang ramai. Rata-rata warganet tidak senang dengan tindakan lelaki tersebut dan menyifatkan tindakan tersebut hanya akan mendatang kesan buruk kerana boleh menyebabkan tasik tersebut ditutup.
Ads
Ternyata telahan warganet menjadi kenyataan. Semoga tasik ini akan dibuka semula kelak dan pelaku segera dihadapkan ke muka pengadilan dan diberi hukuman sewajarnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana bagaimanapun berkata, banjir kilat pada petang semalam itu tidak seteruk seperti yang pernah berlaku sebelum ini dan semua haiwan berada dalam keadaan selamat.
“Kebetulan sewaktu kejadian, kakitangan kita belum balik lagi dan mereka berada dalam keadaan bersedia.
“Semua haiwan kita juga berada dalam keadaan selamat kecuali seekor capybara terlepas keluar. Tetapi ia dapat diselamatkan dan dimasukkan balik (ke dalam kawasannya) oleh kakitangan kita.
“Selain itu, dua panda juga selamat kerana berada di tempat yang tinggi,” katanya menurut sumber Harian Metro.
Mengulas lanjut, Rosly berkata, kerja-kerja pembersihan akibat banjir kilat yang berlaku di Zoo Negara juga dijalankan pada malam tadi.
“Zoo Negara sudah dibersihkan sehingga jam 11.30 malam. Saya berterima kasih kepada pihak bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana membantu Zoo Negara. Tanpa mereka kerja-kerja pembersihan itu tidak akan siap,” katanya.
Beliau turut memaklumkan Zoo Negara dibuka pada hari ini dan ia beroperasi seperti biasa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dahulu kita sering ramai individu membawa masuk luggage beroda mereka di dalam kabin pesawat. Dalam hati kita pasti berkata-kata. Boleh lepas pulak, nampak macam berat semacam. Ada ketika, disebabkan saiz beg agak besar, ruang letak beg penumpang lain yang mengikut nombor akan terkehadapan kerana ruang sepatutnya sudah diambil penumpang yang membawa luggage besar tersebut.
Tapi nampaknya mulai sekarang, bagi individu yang berhajat terbang melalui penerbangan AirAsia perlu tahu garis panduan baru yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan murah ini.
Ya, garis panduan baru ya. Di mana saiz beg yang korang nak bawa naik ke atas pesawat adalah bersaiz 40cm (ketinggian) x 30cm (lebar) x 10cm (panjang). Beratnya pun tak lebih 7 kg dan boleh dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan sahaja.
Ia merangkumi seperti beg komputer bimbit, tas tangan dan beg kecil tidak lebih 7 kg berat dan saiznya.
Jadi bagi korang yang gemar bawa beg beroda tu dengan niat untuk dimasukkan ke dalam kabin, minta maaf ya kerana korang perlu membayar caj tambahan ya kalau ia melebihi 7 kg. Tapi sebelum menaiki pesawat, pastikan korang dah download app My Sejahtera sebab nanti nak scan di pintu berlepas. Bagi yang belum buat dan ada cadangan nak terbang dalam masa terdekat, bolehlah download cepat-cepat untuk memudahkan korang scan aje masa nak masuk.
Dalam pada itu laporan Astro Awani, syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia kini mengeluarkan garis panduan baharu berkenaan jenis bagasi yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kabin.
Menerusi artikel Polisi Penjarakan Sosial Bagasi Kabin yang kali terakhir dikemas kini pada Rabu lalu, hanya salah satu daripada tiga jenis bagasi kabin yang dibenarkan bagi setiap penumpang.
Tiga jenis beg tersebut adalah beg komputer riba, beg tangan dan beg kecil.
Bagaimanapun, setiap penumpang hanya dibenarkan membawa sebuah bag.
Malah, beg yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam kabin perlu memenuhi tiga syarat ini:
i) Tidak boleh melebihi 40cm (Ketinggian) x 30cm (Lebar) x 10cm (Panjang)
ii) Tidak boleh melebihi berat 7kg
iii) Boleh dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan
Bagaimanapun, jika bagasi kabin penumpang tidak boleh dimuatkan di bawah tempat duduk di hadapan, para penumpang dibenarkan mendaftar masuk masuk secara percuma bagasi kabin dengan syarat bagasi tersebut tidak melebihi berat 7 kg.
Sekiranya berat beg tersebut lebih dari 7 kg, caj tambahan akan dikenakan untuk setiap kilogram berat lebihan tersebut.
Polisi baharu itu dibuat selepas ruang storan bagasi di atas kepala penumpang juga tidak boleh digunakan ketika ini.
Difahamkan, keputusan itu adalah bagi mengurangkan pergerakan dan amalan penjarakan sosial antara penumpang di dalam pesawat dan dikuatkuasa selepas proses hibernasi pesawat AirAsia ditarik semula pada 29 April, 2020.
Baru-baru ini tular video dan kenyataan beberapa pelanggan AirAsia yang keliru dengan polisi baharu bagasi kabin syarikat tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hokay, harap bertenang dan jangan panas hati baca kenyataan ini.
Setahun lagi dah nak masuk Wawasan 2020 (jadi ker, tanya jer!) tapi ternyata sikap prejudis dan prasangka masih wujud di kalangan majikan.
Ia berkaitan soal panggilan temuduga dan kajian dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Swasta, Centre For Governance And Political Studies (Cent-GPS) boleh buat kita berfikir lebih mendalam bahawa DISKRIMINASI PEKERJAAN MASIH WUJUD!
Menurut penyelidik Cent-GPS Zaidel Baharuddin,pihak mereka telah menghantar sebanyak 3,289 resume bermula Disember 2018 hingga Februari 2019 melibatkan tujuh individu yang “tidak wujud”.
Hasil kajian mendapati kaum Cina lebih banyak dipanggil manakala wanita bertudung dan kaum India paling kurang dipanggil untuk temuduga.
Sesiapa ada pengalaman begini mesti menyirapkan!
Kecoh suatu ketika dahulu pekerja hotel bertudung di negara ini tidak dibenarkan berada di front desk hotel atas alasan kebanyakan pelancong menginap datang dari luar negara
Sudah tentu rakyat Malaysia juga tidak melupakan peristiwa gadis hotel dipaksa membuka tudung konon hotel bersifat antarabangsa sedangkan bertudung itu dituntut oleh syariat dan agama.
Jelas Zaidel dalam satu kenyataan di Astro Awani, graduan kaum India dan perempuan bertudung antara kumpulan yang paling tertindas dalam proses pengambilan pekerja bagi sektor swasta.
“Adakah diskriminasi etnik wujud? Ya, namun bukan sahaja bagi kaum Melayu, tetapi kumpulan etnik India yang paling ditindas,” kata penyelidik ini lagi.
Bagi membuktikan berlaku penindasan dalam isu ini, Zaidel berkata, Cent-GPS tidak hanya melakukan kajian secara rambang, sebaliknya, pihaknya turut mengambil inisiatif melalui pengalaman ditindas.
Diskriminasi wujud bagi wanita bertudung di mana dari 500 lebih permohonan hanya 50 sahaja dipanggil interview berbanding 70 bagi yang tidak bertudung
Untuk itu, beliau berkata, dua kakitangan Cent-GPS berbangsa Melayu yang terdiri daripada seorang lelaki dan perempuan telah diberi tugasan ‘berlakon’ sebagai tujuh individu lain yang mewakili jantina dan kumpulan kaum berbeza dalam resume mereka.
Bagaimanapun, jelasnya, kelayakan akademik, penguasaan bahasa dan pengalaman bekerja mereka setaraf dari segi kelayakan dalam tuntutan kerjaya.
Hasil kaji selidik Cent-GPS itu, kata Zaidel, mendapati individu yang paling kurang dipanggil temuduga ialah lelaki India diikuti oleh lelaki Melayu, perempuan India dan perempuan Melayu bertudung.
Menurut Zaidel, dalam kajian itu, sebanyak 3,289 resume telah dihantar bermula Disember 2018 hingga Februari 2019.
Nicola Yeoh dipanggil temudaga sebanyak 240 kali dari 547 resume dihantar manakala Nur Sakina pula hanya mendapat 50 panggilan temuduga sekaligus menunjukkan diskriminasi kerja wujud di negara ini.
Kesemua jumlah resume itu mewakili permohonan tujuh individu berkenaan yang watak mereka dilakonkan oleh dua kakitangan Cent-GPS.
“Setiap seorang (daripada tujuh individu) menghantar sebanyak 547 resume kepada pelbagai syarikat memohon pekerjaan. Kesemua resume berkenaan memaklumkan pemohon mempunyai latar belakang akademik atau lulusan perniagaan,” ujar Zaidel lagi.
Zaidel juga berkata, kajian Cent-GPS mendapati, pemohon kaum Cina paling banyak mendapat panggilan temuduga.
Bukti itu diperoleh berdasarkan pengalaman kakitangan Cent-GPS yang berlakon sebagai seorang individu berbangsa Tionghua bernama ‘Nicola Yeoh’.
Resume ‘Nicola Yeoh’ sangat laku sehingga dia dipanggil menghadiri temuduga sebanyak 240 kali manakala individu lelaki Cina bernama ‘Gabriel Liew’ pula dipanggil 179 kali temuduga daripada 547 permohonan yang dihantar.
Bagi pemohon kaum India bernama ‘Thivakar’, dia perlu memohon sebanyak 28 kali untuk mendapat satu panggilan temuduga manakala ‘Nicola’ hanya perlu memohon dua kali untuk mendapat satu temuduga.
Selain itu, kajian Cent-GPS mendapati pemohon perempuan bertudung juga menerima nasib yang sama.
“Pemakaian hijab memainkan peranan untuk graduan wanita memohon pekerjaan,” tegas Zaidel.
Kajian firma berkenaan mendapati perempuan Melayu bertudung hanya mendapat 50 panggilan temuduga daripada 547 pemohonan berbanding perempuan Melayu tidak bertudung yang mendapat 70 panggilan temuduga.
Antara penemuan lain daripada kajian itu yang turut menarik perhatian adalah faktor kefasihan dalam bahasa Mandarin.
Kelebihan bertutur bahasa Mandarin adalah kejayaan utama dipanggil temuduga. Tapi biar 7 calon fasih cuma calon berbangsa Cina dipanggil
Walaupun sesetengah persepsi menyatakan bahawa kekuatan berbahasa Mandarin yang menjadi kelebihan bagi graduan kaum Cina, namun kesemua tujuh pemohon turut fasih berbahasa Mandarin dan masih gagal mendapat kadar panggilan temuduga yang setaraf dengan pemohon kaum Cina.
Berikutan kajian itu, Cent-GPS menyarankan agar syarikat-syarikat swasta mengambil iktibar untuk mengurangkan jurang peluang pekerjaan antara kaum.
“Pihak swastu perlu sedar bahawa mereka yang rugi dan kehilangan bakat apabila kaum-kaum tertentu diabaikan hanya sebab warna kulit mereka yang berbeza,” tambah Zaidel.
Cent-GPS menegaskan, kerajaan juga tidak patut menetapkan kuota etnik dalam sektor swasta, sebaliknya, menawarkan insentif kepada pihak swasta serta menggunakan kuasa pasaran untuk menegakkan keadilan bagi semua kaum.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seleps hampir setahun berkecimpung dalam dunia perniagaan, Scha Alyahya berkongsi cabaran sebenar bagi membangunkan jenama fesyen, ayaaya dari bawah menggunakan dana peribadinya.