Mungkin ramai yang tidak menyedari negara Turki kini sedang “bergelut” mengeluarkan diri dari krisis ekonomi yang menyaksikan mata wang lira jatuh ke tahap paling rendah iaitu RM0.59 sen untuk 1 Lira Turki. (katanya hari ini sudah naik ke RM0.80)
Mungkin kerana jauh dari Malaysia, tidak peduli, tidak prihatin, tidak melibatkan negara sendiri tetapi sebelum kita berfikir lebih jauh, ada sebab kenapa sebagai umat Islam kita harus membantu jihad ekonomi ke atas Turki.
Untuk pengetahuan korang, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdargon adalah pemimpan Islam pertama yang menempelak keputusan Donald Trump ketika Presiden Amerika itu mahu memindahkan ibu kota Tel Aviv ke Baitulmuqaddis, yang merupakan hak milik Palestin.
Beliau menelefon ramai pemimpim Islam dunia lain dan berkata tindakan Amerika itu sudah melampaui batas bagi umat Islam. Kesannya umat Islam bangkit menentang keputusan ini.
Selain itu, beliau adalah pemimpin Islam yang paling berani bersuara keras dalam mengutuk serangan ganas Israel. Bahkan beliaulah satu-satunya pemimpin yang paling digeruni oleh pihak haluan kiri dan sekular kerana sikap tegas beliau untuk menegakkan nilai Islam kembali di Turki. Kesan dari keberaniannya itu, Presiden Turki ini mungkin tidak digemari oleh Amerika dan sekutunya.

Apa kaitan kejatuhan ekonomi Turki dengan Amerika? Apa jihad ekonomi kita dalam membantu negara Islam ini pula?
Untuk makluman, Amerika adalah PUNCA kepada kejatuhan ekonomi Turki. Ini kerana Amerika telah menaikkan cukai terlampau tinggi, lebih 200 peratus khususnya kepada barangan besi keluli yang menjadi nadi kepada ekonomi Turki kerana keengganan Turki memenuhi permintaan Amerika yang mahu rakyatnya dipulangkan.
Tapi ada satu hal yang patut digerunkan oleh umat Islam, jika Turki tumbang dan negaranya lumpuh, maka TUMBANGLAH BENTENG ISLAM DI NEGARA EROPAH!
Baca sebab kenapa Amerika beriya-iya hendak menumbangkan Turki. PUNCANYA hanya seorang iaitu keengganna Turki mengikut telunjuk Amerika yang mahu negara itu memulangkan seorang perisiknya yang menyamar sebagai paderi di Turki.
Baca tulisan ditulis oleh Mehmet Izusin Gul, rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Ayah dan sudah lebih 10 tahun tinggal di negara Turki.
Saksikan juga bagaimana rakyat Turki tanpa takut membakar mata wang Amerika sebagai satu sokongan. Mereka juga tidak kisah memecahkan iPhone yang dibuat dari negara Uncle Sam itu. Sebagai umat Islam, kita mungkin tidak mampu melawan menggunakan senjata tetapi doa adalah yang terbaik selain bagi yang berkemampuan, bantulah dari segi jihad ekonomi dengan membeli mata wang Lira dan simpan sebagai langkah menyelamatkan ekonomi Turki.
Anda mungkin berminat dengan
Video yang menerangkan sumbangan negara-negara lain untuk membantu Turki.
Posted by Mehmet İzudin Gül on Sunday, 19 August 2018
Mehmet İzudin Gül.
Eyüp Mahallesi, İstanbul, Turki.
∞
Di negara kita, kebenaran untuk menunaikan solat fardu Jumaat baru saja diberikan. Dimaklumkan hanya sekitar 30 orang sahaja diberikan kebenaran untuk menunaikan fardu Jumaat selepas lebih dua bulan tidak menunaikanya kerana masjid ditutup bagi mengelak penularan wabak COVID-19.
Berbeza di negara seberang, diberitakan kedegilan masyarakatnya yang menunaikan solat sunat tarawih di masjid ternyata membawa padah apabila dilaporkan tujuh sekeluarga disahkan positif virus Covid-19 yang berpunca daripada ketua keluarga bersolat sunat tarawih di masjid.
Kompas melaporkan, keluarga dari daerah Joyontakan, Solo itu terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita termasuk kanak-kanak berusia dua tahun.
Pegawai pencegahan Covid-19 Kota Solo, Ahyani berkata, keluarga itu terdiri daripada usia dua hingga 58 tahun.
“Keluarga ini dijangkiti daripada bapa berusia 58 tahun yang bersolat tarawih di masjid.
“Ujian swab test menunjukkan semua mereka positif apabila ketua keluarga itu mula mengalami gejala.
“Saringan kontak rapat mendapati enam ahli keluarganya turut positif dan menunjukkan gejala,” katanya.
Menurutnya, dia mengesyaki jangkitan itu daripada bapa yang menunaikan solat tarawih di masjid.
Keluarga itu dilaporkan dirawat di Hospital Bung Karno dan pihak berkuasa kini sedang mengesan punca penularan wabak di masjid dan kontak rapat lelaki itu.
Sebelum ini, Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa supaya masyarakat beragama Islam di negara itu tidak menunaikan solat di masjid termasuk solat Jumaat dan tarawih.
Bagaimanapun, arahan itu tidak dihiraukan penduduk setempat menyebabkan penularan wabak itu di Indonesia semakin membimbangkan.
Setakat ini, 16,006 sudah dijangkiti wabak itu di Indonesia dengan 1,043 kematian dan kes aktif 11,445. Sumber : Harian Metro
∞
Suasana politik Malaysia pada malam ini terasa sehangat malam kemenangan parti Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14, pada tahun 2018.
Terlalu banyak spekulasi yang mengundang persoalan akan kedudukan parti pemerintahan negara buat masa ini. Dan terlalu banyak pandangan telah diberikan baik daripada pihak pemerintah ataupun warganet di media sosial.
Sebuah posting yang menarik perhatian REMAJA, bagaimanapun adalah yang tertera di akaun Facebook Mufti Wilayah.

Foto yang dimuat naik menunjukkan tulisan tangan Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengandungi ayat doa buat semua rakyat Malaysia.
Beliau mengajak semua agar mendoakan kesejahteraan negara dan rakyat walaupun kita mungkin berdepan dengan apa saja kemungkinan.
”Doaku semoga Allah SWT kurniakan kepada Malaysia sentiasa dalam aman, begitu juga para pemimpin diberi taufiq, hidayah dan sabar.
”Ya Allah kurniakan kepada kami rasa cintakan negara (dan) kukuhkanlah perpaduan kami,” catit beliau.

Ternyata, terlalu banyak sumber berita yang sedang menerpa media massa dan media sosial sejak petang tadi.
Namun, kita dinasihatkan untuk menanti pengesahan yang sahih daripada media massa utama dengan apa jua kemungkinan yang akan berlaku.
∞
Wow, nama Jungkook telah tersenarai sebagai 10 Lelaki Paling Kacak di Dunia 2018 menurut Gazette Review.
Anggota kumpulan BTS ini menjadi satu-satunya selebriti Asia yang dinobatkan sebagai lelaki paling kacak di dunia.

Perghh, patutlah ramai yang tergila-gila dengan mamat ni. Hiks!
Walau bagaimanapun, penilaian ini bukan saja dibuat berdasarkan paras rupa semata-mata, tetapi turut mengambil kira daripada aspek kekayaan, kejayaan yang diraih dalam industri dan juga mengikut survey yang telah dibuat.

Jungkook berada di tangga ke 9 dan apa yang membuatkan dia tersenarai adalah bukan hanya kerana berbakat dalam bidang nyanyian dan rapping, malah Jungkook juga seorang yang pandai memasak.
Hey, memang husband material dia ni!
Apa-apa pun mesti die hard fans BTS bangga kan?
Saranghaeyo, Jungkook. Eh! Hehe..
Sumber: Koreaboo
∞