Tinggi sungguh imaginasi warganet sampaikan Amazon terpaksa mengubah logo aplikasi membeli belah atas talian gara-gara dikatakan menyerupai Adolf Hitler.
Dilancarkan pada Januari lalu, logo tersebut menampilkan tambahan imej pita pelekat berwarna biru di atas logo ‘senyum’ Amazon. Namun begitu, bentuk pita pelekat yang direka dengan garisan zig zag dikatakan mirip dengan misai pemimpin dictator Nazi tersebut.
Setelah menerima kritikan yang hebat, laman bisnes atas talian gergasi itu telah mengubah rekaan pita pelekat pada logo tersebut kepada bentuk pita pelekat yang memiliki rekaan berlipat pada satu bahagian bucu.
Ads
Dalam laporan BBC menurut ketua agensi penjenamaan dan reka bentuk Coley Porter Bell, Vicky Bullen berkata, “Sayang sekali bagi Amazon apabila visualisasi logo awal mereka dikaitkan dengan misai ala Hitler.
Ads
“Bentuk itu boleh kekal dalam mind akita dan itu bukanlah yang terbaik bagi syarikat yang pada asasnya memberikan kesenangan kepada para pelanggan yang membeli belah dengan mereka.”
Seperti yang kita tahu, kebebasan di laman internet tiada batasannya. Sekali klik sahaja pelbagai akses boleh berada di depan mat akita. Namun tidak semestinya perkara ini membawa kepada kebaikan, ada juga keburukan jika tidak dikawal. Hari ini Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat (DES) negara Gajah Outih ini menyekat akses kepada beberapa buah laman web lucah yang terkenal termasuk 190 yang lain.
Menteri kementerian itu, Buddhipongse Punnakanta menerima kecaman berbanding pujian kerana Tindakan mengharamkan akses kepada laman web lucah didakwa menghalang kebebasan rakyat untuk mengakses media.
Dalam satu laporan kepada wartawan oleh Channel News Asia, Menteri tersebut menegaskan bahawa tindakan tersebut adalah satu usaha bagi mengekang akses kepada laman lucah termasuklah perjudian dan berpendapat bahawa kandungan seperti itu adalah tidak sah di bawah undang-undang jenayah siber Thailand.
Satu kumpulan yang keras dan lantang dalam membangkang keputusan ini dikenali sebagai ‘The Anonymous Party’ di Facebook berpendirian yang rakyat seharusnya diberi kebebasan untuk memiliki akses kepada sebarang bahan media termasuklah yang memaparkan kandungan seksual. Kata Kumpulan tersebut dalam satu hantaran di laman Facebook, “Kebebasan media merangkumi semua jenis kandungan termasuklah yang bertemakan seksual, selagi penonton tidak dipaksa menontonnya.”
Dalam satu laporan oleh Bangkok Post pula, aktivis Nuttaa Mahattana menyokong keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Tulisnya di laman Facebook, “Jangan kaitkan isu ini dengan politik dan jangan sokong aktiviti laman web yang tidak bermoral. Demokrasi tidak bermakna anda boleh melakukan segala perkara semahunya tanpa mengira tanggungjawab.”
***P/S – Tidak ada faedah pun menonton filem lucah. Betul tak?
Sumber: Bangkok Post, Channel News Asia & Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular semalam di media sosial tentang seorang doktor yang dikatakan meninggal dunia kerana terlalu penat dan letih ketika menangani situasi pandemik COVID-19.
Namun begitu pada hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menafikan kenyataan itu.
Pegawai perubatan yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Cheras, Dr. Ali Noor Hassan dikatakan meninggal dunia disebabkan penyakit lain.
Bagi menghormati jenazah serta ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor, KKM memohon agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes beliau.
Marilah kita sama-sama memanjatkan doa dan peringatan buat arwah Dr Ali Noor.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak awal Disember lalu disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sesi rawatan.
Demi menghormati jenazah serta ahli keluarga arwah, KKM memohon agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes beliau.
Seorang individu yang dipercayai merupakan waris kepada mangsa melalui hantaran Facebook telah mengesahkan arwah meninggal dunia akibat terjatuh di bilik air ketika bekerja dan mengakibatkan pendarahan di kepala. Beliau juga dikatakan sudah beberapa kali dibedah.
Individu itu turut memohon agar fakta tentang kematian anak saudaranya itu diperbetulkan. Difahamkan lagi, beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan.
Takziah REMAJA ucapkan kepada keluarga mangsa dan kepada masyarakat umum, janganlah menyebarkan berita yang tidak benar itu lagi.
Sama-samalah kita doakan agar roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang masih ingat akan insiden runtuhan di projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Klang (SUKE) di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), 3 Mac lalu yang telah menggemparkan pengguna jalan raya tersebut.
Dalam kejadian tersebut, seramai dua orang mangsa maut manakala tiga lagi cedera setelah sebuah lori trailer lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan projek SUKE.
Tidak sampai sebulan setelah insiden tersebut, satu lagi insiden lain dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.45 pagi tadi di kawasan yang sama!
Kali ini, ia melibatkan komponen kren terjatuh di atas tapak pembinaan SUKE, di Persiaran Alam Damai Cheras.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur telah menerima penggilan kecemasan menerusi talian MERS999 dan terus bergegas ke lokasi kejadian.
Setibanya pasukan bomba, mereka mendapati struktur kren tersebut telah menghempap sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza. Pemandu warga tempatan itu kini dilaporkan dalam keadaan cedera parah.
Sementara itu, tiga lagi pekerja projek pembinaan tersebut telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dua daripada para pekerja warganegara China itu dipercayai terjatuh daripada ketinggian 120 kaki. Manakala, seorang lagi pekerja yang juga warganegara China telah tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof merasa kesal dengan insiden ini dan berkata Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Lembaga Lebuhraya (LLM), DOSH & PBT perlu melakukan audit menyeluruh terhadap kes membabitkan keselamatan awam.
“Kalau kita terpaksa tutup (lebuh raya), tutup dahulu dan siasat sepenuhnya. Ambil tindakan sewajarnya. Kadang-kadang geram juga dengan insiden sebegini walaupun peringatan telah diberikan masih juga tidak ‘deliver’.
“Bagi pihak kita, kalau kita dapati kecuaian datang dari pihak kontraktor, kita akan senarai hitamkan kontraktor itu. Sekurang-kurangnya, langsung dua tahu digantung dan tidak diambil untuk apa-apa tender sama ada sektor awam atau swasta,” kata beliau kepada media.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...