Model of The Year 2016, Bella Hadid antara figura terkenal yang tidak pernah gentar menyuarakan pendapat dan sokongannya terhadap negara Palestin yang kian hari hidup di bawah penindasan pihak Israel.
Model terkenal itu turut pernah mendedahkan seluruh ahli keluarganya sedang hidup dalam situasi tegang kerana menerima ratusan ugutan bunuh selepas kakaknya, Gigi Hadid juga mengutuk serangan Israel terhadap Palestin.
Terbaru, Bella Hadid atau nama sebenarnya Isabella Khairiah Hadid didakwa ‘digugurkan’ dari kempen jenama fesyen mewah, Dior dan digantikan dengan model Israel, May Tager.
Khabar angin pemecatan model berusia 27 tahun itu semakin tersebar selepas model Israel, May Tager muncul dalam iklan minyak wangi La Collection Privee terbaru Dior.
“Keputusan yang paling melampau sekali dari Dior. Saya akan menilai semula pembelian barang mewah dan kosmetik saya. Harap ramai yang turut ikut memboikot jenama pro-Israel ini!,” tulis seorang pengguna.
“Boikot setiap jenama di bawah LVMH,” tulis pengguna lain X.
“Nampaknya Dior berada di pihak yang menindas dan setuju dengan tindakan zalim pihak Israel selama ini,” tulis seorang lagi.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi daripada Dior berhubung berita penggantian model Bella Hadid dengan May Tager.
Buat makluman, Bella Hadid telah menjadi duta jenama Dior sejak 2016 dan membintangi pelbagai jenis kempen promosi oleh jenama terkenal tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Instagram Bella Hadid, Dior
Ads
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru semalam kami membawakan cerita anak muda ini yang berjaya mengutip wang derma lebih RM600 ribu bagi membantu warga Palestin. Kini, dia dan isterinya diuji dengan berita keguguran kandungan sulung mereka selepas hanya lebih kurang 11 hari membuat pengumuman bahawa sedang Aurel mengandung di laman sosial mereka.
Walaupun ramai yang mendoakan kesihatan dan kebahagiaan kepada mereka, terdapat juga suara-suara sumbang yang membetikan komen negatif.
Saat membuat pengumuman di laman Instagram. terpancar kebahagiaan pasangan muda ini.
Terkesan dengan tohmahan ramai orang sebelum ini mengenai kandungan tersebut. Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Atta meluahkan perasaan, “Mohon maaf kawan-kawan semua tolong dijaga prasangka buruk apatah lagi yang ditulis dia media sosial. Dahulu sebelum diumumkan hamil, banyak fitnah bertebaran tentang kehamilan di luar nikah.
“Sebab itu kami umumkan supaya tidak ada fitnah yang semakin memburuk. Namun tetap juga ada pandangan yang berbeza. Sekarang anakku sudah ke syurga. Mohon jangan ada berita tentang isteriku mengenai kandungannya begitu dan begini. Semua kami luruskan dan jelaskan hari ini.
“Jangan dengar kata orang yang bergosip atau fitnah. Hanya dengar cerita dari mulut kami agar tiada prasangka buruk untuk isteriku.”
Atta dan Aurel yang bernikah pada tanggal 3 April lalu dan pernikahan mereka menjadi kontroversi apabila ia disiarkan di stesen televisyen tempatan Indonesia sehingga menjadi teguran pemerintah Indonesia.
Semoga pasangan sama cantik dan sama padan ini kuat dalam menempuh dugaan dan semoga Aurel segera sembuh dan dikurniakan cahaya mata kelak.
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30 Juta Won (RM92,000) bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-24 pada 13 Mac, semalam.
Sumbangan tersebut telah diberikan kepada sebuah organisasi Community Chest of Korea bagi menyokong kesihatan mental dan kesejahteraan emosi golongan muda.
Menurut laporan, ini bukan kali pertama Beomgyu atau nama penuhnya Choi Beomgyu membuat sumbangan tersebut. Sebelum ini, pelantun lagu Anti-Romatic itu pernah mendermakan sejumlah wang kepada organisasi yang sama serta telah memberikan impak yang lebih baik.
Kredit: Instagram @bamgyuuuu
“Saya dengar sumbangan kecil saya tahun lalu berjaya membantu mereka yang berdepan dengan masalah kesihatan mental”
“Menyedari bahawa saya dapat memberi kekuatan dan semangat kepada seseorang melalui pertolongan seperti ini adalah sesuatu yang amat bermakna buat saya. Itulah sebab saya memutuskan untuk memberikan sumbangan sekali lagi pada tahun ini,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikongsikan oleh syarikat pengurusan, Big Hit Music.
Dalam pada itu, Beomgyu juga mendoakan agar lebih ramai orang dapat menemui ketenangan dan kekuatan melalui dirinya selain memanfaatkan semangat positif untuk membina masa depan yang lebih baik.
Kredit: Instagram @bamgyuuuu
Sementara itu, bantuan berkenaan juga akan digunakan bagi menampung kos rawatan psikologi dan sesi kaunseling buat remaja yang berdepan kesukaran dalam keluarga atau hubungan sosial.
Selain itu, melalui inisiatif ini, Beomgyu berharap para pesakit dapat berkembang menjadi individu yang lebih sihat dari segi mental dan emosi.
Sekadar info, TXT kini sedang mengadakan konsert jelajah ACT: PROMISE sejak 7 Mac lalu. Kumpulan itu juga bakal menggegarkan pentas di beberapa bandar seperti Berlin, London, Barcelona, Paris, Amsterdam, Kagawa, Macau, Osaka dan Tokyo yang dijangka akan berakhir pada Mei ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelbagai perkara aneh dan pelik sering kali kita dengar ketika seseorang berada di Tanah Suci Makkah. Sama ada ianya spontan ataupun disedari. Kadang-kadang kita terfikir adakah ini ujian dari Allah atas apa yang kita lakukan di dunia ini ataupun disebabkan kelalaian kita sendiri. Apa jua pun ujian dari Allah, ianya untuk menyedarkan kita untuk menyedarkan kita dari terus alpa dengan duniawi. Bersama-samalah kita ambil iktibar dan akan terus menambahkan ketakwaan kita kepada Allah swt.
REMAJA berkongsi kisah yang dikongsikan oleh seorang penceramah terkenal, Ustaz MK Azman dari Emkay Future Training & Consultancy mengenai kisah pelik yang berlaku kepada seorang warga emas di Tanah Suci Makkah.
Ustaz Mk Azman
“Pakcik ini sudah berusia 75 tahun. Bila dapat jemputan jadi tetamu Allah mengerjakan ibadah haji dia gembira kerana terpilih dari jutaan umat Nabi Muhammad dapat ke sana. Segala persiapan sudah dilakukannya termasuk menghafal segala doa yang perlu.
“Mungkin membawa sama sikapnya semasa di kampung yang tidak menutup aurat ketika mandi, ketika berada di Makkah, pakcik ini melakukan hal yang sama di Makkah. Seperti sedia maklum, apa saja yang kita niatkan atau lakukan di Makkah, doa lebih mudah termakbul.
“Selepas mandi tanpa memakai kain demi menutup auratnya, malam itu warga emas ini bermimpi didatangi lalat yang menghurung seluruh tubuhnya terutama di bahagian kemaluannya. Mungkin petanda bahawa dia patut “malu” dan menutup auratnya. Pakcik ini kemudiannya bertanya kepada mutawiif yang bertugas tentang mimpinya itu. Mutawaf ini kemudian menerangkan kepadanya bahawa Allah memberinya petanda bahawa tutuplah aurat. Dia kemudian malu dengan perbuatannya dan seterusnya bertaubat meminta ampun di atas kelalaiannya. Ahamdulilillah selepas itu, tiada lagi lalat mengharunginya.
Masa yang sama kata Ustaz Mk Azman, sebenarnya ketika individu mandi di dalam bilik yang bertutup, dinding dan pintu itu sudah ditafsirkan sebagai menutup auratnya tetapi adalah lebih afdal jika ada kain yang menutup auratnya.
Amalan tidak menutup aurat ketika mandi di Makkah akhirnya membuatkan dirinya dihurungi lalat setiap masa. Pakcik ini kemudiannya bertaubat atas kesilapannya.
Kata Ustaz Mk Azman lagi, tidak hanya cerita warga emas berkenaan tetapi ada satu yang cukup memberi pengajaran. Ia mengenai seorang anak muda yang berjaya dalam pelajarannya. Dari kecil dia dibela oleh ibu tirinya selepas kematian emak kandungnya.
Dia dijaga bagai minyak yang penuh, tidak luak kasih sayangnya biarpun dia punya adik beradik tiri yang lain. Tapi sayang, kasih sayang ibu tirinya sedikit pun tidak pernah melekat di hatinya. Hatinya selalu memberontak biar pada hal yang kecil. Mulutnya sentiasa berkata jahat dan tidak menghormati langsung emak tirinya biar ditegur oleh bapanya.
Rezekinya, dia dapat mengerjakan haji pada usia muda. Malangnya sebelum berangkat, dia tidak pun meminta maaf kepada ibu tirinya di mana egonya tetap tinggi.
Namun Allah mahu menunjukkan kuasanya. Sebaik kakinya dijejak ke Tanah Suci Makkah, dia terpandang ribuan anjing. Ke mana-mana saja dia pergi, anjing mengekorinya. Bila ditanya kepada rakan-rakan jemaah, kata mereka bagaimana sucinya kota Makkah, tak mungkin anjing yang sifatnya najis berat itu berada di sini. Dia terus bingung dan pelik dengan kejadian. Ketika solat di Masjidilharam pun dia terpandang anjing. Sehinggalah dia bertemu mutawif yang kemudian menyoal latar belakangnya. Kerana tidak hormatkan emak tirinya dan selalu memarahi orang tua itu, Allah pertunjukkan anjing yang mewakili sifat dirinya.
Apa sifat anjing? Biar orang beri makanan, dia sanggup menggigit, samalah dirinya biar diberi kasih sayang, tapi tidak tahu membalasnya,” kata Ustaz Mk Azman ketika dihubungi.
Suasana di Makkah ketika musim haji
Dalam pada itu, kala ditanya tentang doa haji mambur yang selalu didoakan oleh orang ramai kepada mereka yang dapat mengerjakan haji, kata Ustaz Mk Azman, haji mambur bermaksud menepati syarat dan rukun haji di mana individu itu melalui semua ujian di Tanah Suci Makkah dengan penuh kerendahan hati dan jiwa.
“Untuk mendapat haji mambur, kita boleh lihat sebaik dia pulang ke tanah air. Sebagai contoh, dulu solat hujung waktu, kini berubah lakukan awal. Perbuatan, tata cara hidupnya juga bertukar. Kata orang satu perubahan yang lebih baik. Tapi kalau perbuatan dan caranya masih sama, biar dia pernah mengerjakan haji, hanya tittle haji sajalah dia peroleh, bukan haji yang mambur,” katanya menjelaskan jika seseorang pergi mengerjakan haji kita mendoakannya dengan perkataan haji mabrur, tapi jika mengerjakan umrah disarankan berdoa perkataan maqbul bullah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.