Ramai mengeluh susah nak buat simpanan disebabkan oleh keadaan ekonomi dunia yang masih belum stabil. Tapi korang tahu tak kalau kena caranya, gaji bersih RM2000 pun boleh simpan RM400 sebulan.

Nak tahu macam mana? Jom kita ikut formula 50:30:20 yang telah dikongsi oleh Nur Aliah Mohd Nor ini.

1. Pendapatan bersih

Kerja biasa: Gaji – bayar cukai – bayar EPF = Pendapatan bersih

Kerja sendiri: Pendapatan kasar – belanja bisnes (pengangkutan, minyak, tol) – cukai pendapatan = Pendapatan bersih

2. Hadkan keperluan 50 peratus saja

Maksimum 50 peratus kepada keperluan. Korang kena fahamkan perbezaan antara keperluan dan kemahuan.

50 peratus keperluan bermaksud kos tetap iaitu komitmen setiap bulan yang perlu dibayar. Contohnya, pinjaman pembiayaan rumah, kereta, sewaan, bayar takaful dan bil-bil utiliti.

Ini juga termasuk perbelanjaan asas korang seperti makan minum, barang dapur, minyak kenderaan dan tol. Termasuk juga duit bulanan untuk mak ayah.

IKLAN
Gaji RM2000 Pun Boleh Simpan RM400 Sebulan Kalau Guna Formula 50:30:20 Ni
Gambar hiasan

3. Hadkan kemahuan sebanyak 30 peratus saja

Ini pula untuk perbelanjaan tidak tetap atau yang berubah-ubah dan kurang penting. Senang cerita 30 peratus ni ialah untuk bajet kemahuan. Contohnya, melancong, shopping atau tengok wayang.

4. Simpan atau labur 20 peratus daripada gaji

Paling penting, tarik je 20 peratus untuk simpan dana kecemasan, simpanan persaraan, pelaburan dan perlindungan insurans takaful.

Wang kecemasan ni sekurang-kurangnya kena ada tiga ke enam kali gaji yang korang dapat sekarang. Contohnya gaji RM2000, wang kecemasan perlu ada at least RM6000.

Kalau mampu simpan lebih, cuba paksa diri untuk simpan lebih. Kalau tak dapat, ikut je formula 50:30:20 ni. Formula ni sangat penting untuk korang tahu bezakan antara keperluan dan kemahuan.

IKLAN

Sebagai contoh, yang bergaji RM2000, pecahkan mengikut formula ini:

Keperluan 50%: RM1000

Kemahuan 30%: RM600

IKLAN

Simpanan 20%: RM400

Gaji RM2000 Pun Boleh Simpan RM400 Sebulan Kalau Guna Formula 50:30:20 Ni

Kalau ada formula macam ni korang boleh nampak dengan jelas kan? Tetapkan perbelanjaan korang mengikut formula yang diberikan untuk lebih mudah uruskan kewangan bersistematik.

Paling utama, lakukan secara istiqamah dan berdisiplin. Jangan pula korang selalu skip sebab macam mana nak ada simpanan tetap kalau tak buat betul-betul kan?

Tak perlu nak tunggu gaji RM5000 baru nak menyimpan gaiss. Guna saja formula ini, insyaAllah setiap bulan korang boleh buat simpanan tetap.

Good luck!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI