Minggu ini tular di media sosial gaji pemetik kubis mencecah RM11,000 sebulan di Korea Selatan. Bila dengar boleh dapat income banyak tu dengan hanya petik kobis, ramai dah terfikir nak kerja di sana.
Sebabnya, setiap orang ada impian masing-masing. Ada plan nak kahwin, nak beli rumah, nak beli phone, nak menabung, bawa mak ayah pergi Makkah dan macam-macam lagi. Betul tak?
Realitinya, bekerja di luar negara memerlukan keberanian kerana kita tidak kenal sesiapa dan harus mengharungi satu kehidupan baru. Pendek kata, di mana negara kita mencari rezeki itu, sudah pasti gaji yang diterima lebih tinggi berbanding dengan pendapatan yang kita dapat di negara asal.
Kalau korang teruja dengar gaji pemetik kobis ini RM11,000 sebulan, perkongsian dari seorang lelaki berasal dari Bangladesh ini mungkin buat korang lebih teruja. Sebabnya, gajinya sebagai juru pam (bahagian gas Ngv) di stesen minyak Petronas di Rawang hanya RM1000 sebulan, tetapi dia mampu hanya ke kampung jumlah yang sama. Hebat tak?
Shah Alam sudah 9 tahun cari rezeki di Malaysia
Habis, tentu korang terfikir, brader ini tak makan ke? Tak beli sesuatu untuk dirinya atau bagaimana?
Chill dulu. Brader ini nama sebenarnya Shah Alam (memang unikkan). Usia dalam awal 40-an. Sudah sembilan tahun datang dan mencari rezeki di Malaysia.
“Gaji saya satu bulan RM1,000. Dua bulan sekali, RM2000 saya hantar ke kampung untuk persekolahan anak-anak dan keperluan untuk keluarga,” katanya dalam satu pertemuan dengan REMAJA.
Habis tak makan?
“Saya makan, dua kali sehari. Masak sendiri di rumah,” katanya.
Mana ambil duit bayar beli lauk?
“Satu bulan, saya dapat duit extra lebih kurang RM300 hasil lebihan dari orang ramai yang mengisi gas. Sebagai contoh, kalau bayaran mengisi gas mereka RM8.90, pelanggan bayar RM9.
“Biasanya mereka tak ambil baki. Hari-hari kerja, bila dikumpul-kumpul, dapatlah dalam RM300. Duit itulah saya gunakan untuk belanja makan minum semua,” katanya yang agak ramah.
So no wonderlahkan kenapa Shah Alam boleh hidup dengan RM300 sahaja sebulan. Lain orang lain belanjanya dan bagi Shah Alam itu sudah cukup buatnya. Gajinya bulat-bulat dihantar kepada keluarga di Bangladesh. Alhamdulillahkan, sikap pemurah rakyat Malaysia ini sebenarnya memberi sinar dan kehidupan yang lebih baik untuk sebuah keluarga yang sangat memerlukan.
Ads
Kata Shah Alam, dia bekerja 26 hari dalam sebulan dan hanya cuti 4 hari sahaja. Kerjanya pun 8 jam sehari.
Kata Shah Alam, Malaysia bagus..
Kalau RM1000 di sini, di Bangladesh bagaimana kiraannya?
“Lebih kurang 20,000 taka. Duit banyak itu cukup untuk perbelanjaan dua bulan. Kalau saya kerja di Bangladesh, gajinya tak banyak begini. Hidup pun agak susah. Sebab itu saya datang ke Malaysia. Semua orang di Malaysia bagus dan baik,” katanya mengukir senyuman.
So korang, boleh tak faham dalam situasi di sini. Kalau Shah Alam masih tinggal di Bangladesh, dia perlu kerja keras untuk dapatkan duit sebanyak itu. Tapi di sini, kerja sebulan tapi boleh hidup untuk dua bulan. Kata orang 2 in 1.
Sebab itulah ramai yang suka berhijrah ke negara yang janjikan pendapatan lebih baik dari apa yang mereka peroleh di kampung halaman mereka.
Gaji saya 5 juta rupiah, sini lumayan!
Seorang buruh binaan yang terlibat dalam pembinaan rumah, Banji berasal dari Jawa Timur berkata, dia mampu memperoleh gaji lebih kurang RM1500 sebulan hasil titik peluhnya.
Ads
“Lebih kurang 5 juta rupiah kalau di Indonesia. Jumlah itu sudah besar. Ada kawan saya peroleh 20 juta rupiah, lagi lumayan.
“Kalau tinggal di kampung, saya hanya berkebun. Hasilnya lebih kurang 1 juta rupiah (bersamaan RM315) . Memang kecil untuk belanja sekolah anak-anak,” katanya juga yang sudah lama mencari rezeki di Malaysia.
Kata Banji lagi, suasana persekitaran dan gaji yang lumayan antara sebab mengapa dia meninggalkan kampung untuk mencari rezeki di sini.
“Wang gaji dapat, akan dihantar balik ke kampung untuk keperluan anak-anak yang masih sekolah,” katanya yang tinggal di Malaysia bersama isterinya.
Hakikatnya, banyak orang mencari kerja di negara luar semuanya dengan satu matlamat, mencari duit yang lebih banyak. Tapi awas, sebelum membuat satu keputusan, pastikan korang kenal betul agen di negara terlibat, mesti bekerja sebagai pekerja sah (legal bukan illegal) dan setiap gaji yang dapat, simpanlah demi masa depan yang korang impikan tu.
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam manifesto yang dibentang Pakatan Harapan Mei lalu, memang kerajaan menjanjikan pemansuhan bayaran tol seluruh negara.
Namun nampaknya, proses dan pelaksanaan manifesto ini lebih merumitkan banyak pihak daripada jangkaan mereka.
Walaupun jika ia dilaksanakan secara berperingkat, bukan murah dan mudah ya untuk ia dihapuskan. Dalam kenyataan terbaru Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata kerajaan sedang mengkaji proses ini untuk semua operasi tol di seluruh Malaysia.
Hasil kajian itu nanti akan diumumkan sekitar hujung tahun ini. Jadi, besar kemungkinan ia tidak akan terlaksana dalam masa terdekat.
Tol Batu Tiga yang dimansuhkan awal tahun ini.
Menteri Kerja Raya, Baru Bian.
Menurut Baru Bian, isu ini menjadi rumit kerana ia melibatkan ramai pihak, termasuklah rakyat Malaysia sendiri yang merupakan pengguna lebuh raya. Kos pemansuhan tol ini akan memakan kos yang besar iaitu setinggi RM400 bilion jika kita ingin memansuhkan KESEMUA TOL dalam satu masa.
Malah, kerajaan juga perlu mengambil kira kepentingan KWSP sebagai salah satu pemegang saham PLUS Malaysia Berhad. Tak kan lah nak buat KWSP rugi pula kan.
Obviously, proses ini akan memakan masa. Jangan korang ‘membawang’ pula menuduh kerajaan sudah terlupa dengan manifesto mereka sendiri. Biar mereka lakukan kajian terperinci dulu okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiga tahun lalu, rapper popular Malaysia Joe Flizzow telahpun mencipta kejayaan selepas menggondol kategori Best Southeast Asia Act di anugerah MTV European Music Award (MTV EMA).
Joe yang pada ketika itu berada di Sepanyol bagi menghadiri anugerah yang menentukan para pemenangnya menerusi undian peminat seluruh dunia itu telah menzahirkan penghargaannya kepada mereka yang terus-menerus menyokongnya sejak hari pertama berkecimpung dalam industri muzik terutamanya ahli keluarga serta peminat. Tidak ketinggalan, rapper berusia 41 tahun itu juga telah mendedikasikan anugerah tersebut kepada rakyat Malaysia.
Menariknya bagi MTV EMA 2021 yang bakal berlangsung pada 15 November ini, seorang lagi penyanyi negara telah mewakili Malaysia setelah tercalon dalam kategori yang sama. Kali ini, tiba pula giliran pencipta, penulis lirik, penyanyi dan pelakon muda serta berbakat besar, Naim Daniel.
Setelah namanya tercalon sekaligus mewakili Malaysia pada edisi kali ini, penyanyi Sumpah itu hanya boleh melafazkan rasa syukur dan teruja apabila tercalon kerana dirinya tidak langsung menjangkakan peluang tersebut.
Naim Daniel bersama-sama Cupcake Aisyah dan Cik B pada muka hadapan Majalah Remaja edisi Oktober 2019. Foto : Nana Azman/IDEAKTIV
Kongsi Naim kepada sebuah portal tempatan, pencalonan di MTV EMA saja sudah merupakan satu pencapaian besar buat dirinya sebagai seorang anak seni dan kemenangan dianggap sebagai bonus.
“Tipulah kalau sesiapa saja yang dicalonkan tidak ada perasaan nak menang. Saya nak menang, tetapi apapun rezeki Allah yang tentukan.
“Perjalanan ini merupakan perjalanan semua orang. Saya rasa pencalonan ini merupakan pencalonan kita bersama sebab saya bawa harapan semua orang,” kata penyanyi berusia 24 tahun itu.
Menerusi kategori Best Southeast Asia Act itu, Naim berdepan dengan saingan hebat penyanyi muda dari rantau ini seperti SB19 (Filipina), Ink Waruntorn (Thailand), JJ Lin (Singapura), K-1CM (Vietnam) dan Lyodra (Indonesia).
Jadi ayuh kita mengundi Naim di www.mtvema.com/en-asia-pacific/vote/ sehingga 10 November ini . Tinggal satu hari je lagi gaiss untuk menekan butang undian! Sama-sama kita nantikan keputusannya pada acara anugerah MTV EMA 2021 yang akan bersiaran pada 15 November 2021 (waktu Malaysia) di mana acara pra-anugerah akan bermula pada jam 8 malam manakala acara utama bermula pada 8.50 malam.
Pada edisi kali ini, beberapa penghibur popular antarabangsa dijangka akan melakukan persembahan termasuklah Ed Sheeran, Imagine Dragons, Griff, YUNGBLUD dan ramai lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial yang juga anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, Cik B mengingatkan para pelajar sekolah di luar sana tentang kepentingan pelajaran untuk masa hadapan.
Cik B menyatakan pandangan murninya menerusi ruangan Ask Me A Question yang dilakukan di Instastory miliknya.
“Study hard untuk mendapatkan kerjaya yang bagus atau jangan belajar dan terus menjadi pempengaruh?” tanya seorang pengguna.
Menjawab pertanyaan tersebut, Cik B menegaskan pelajaran amat penting sebagai persiapan untuk menempuh kehidupan di masa akan datang.
“Bukan semua orang boleh jadi pempengaruh jadi belajar! Kalau nak jadi pempengaruh pun jangan lupa belajar! Sebab kita tak tahu masa depan kita nanti!” tulisnya.
Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai isu yang membimbangkan di mana rata-rata remaja menyatakan hasrat mahu menjadikan gelaran pencipta kandungan atau pempengaruh media sosial sebagai satu kerjaya sehingga mengabaikan pelajaran.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.