Zaman sekarang ni, kita tidak boleh memilih kerja untuk hidup senang dan berjaya. Hanya berbekalkan berus, kain, sabun, mop dan plastik sampah, seorang lelaki berjaya meraih gaji mewah di kota Singa.
Muhammad Shahrul Ezzaiky sering dipandang hina hingga dia merasa segan untuk berkongsi pengalaman bekerja sebagai pekerja pembersihan. Namun kini dia lebih selesa berkongsi pengalaman di TikTok selepas berjaya mendapat pekerjaan di negara jiran, Singapura.
Apatah lagi gajinya apabila ditukar ke mata wang ringgit Malaysia telah mencecah lima angka.
Pernah Menjadi Ahli Bomba
Ads
Lebih mesra dipanggil Mamat, dia sendiri tidak menyangka akan terlibat dalam bidang pembersihan. Menurutnya, beliau pernah berkerja sebagai anggota bomba bantuan semasa di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor sebelum membuat keputusan bekerja di Syarikat pembersihan dekat Singapura bermula bulan November 2019.
“Saya masuk ke Singapura melalui rakan namun rakan tersebut telah pulang ke Malaysia kerana tidak dapat menahan semasa pandemik covid menyebabkan saya tinggal keseorangan di Singapura pada waktu itu.
“Pada awalnya saya sedang bekerja di syarikat lain namun gajinya agak rendah untuk menampung kos hidup saya di Singapura semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kebetulan pula, syarikat abang saya bekerja sedang ada kekosongan jadi saya cubalah untuk mohon dan alhamdulilah ada rezeki saya diterima,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Ads
Tidak hanya itu, dia juga berkongsi bagaimana dirinya adalah pelajar nakal hingga pernah dibuang sekolah menjadi penyebab untuk dirinya kuat bekerja di Kota Singa itu.
“Ada aje yang kecam saya selepas saya membuat perkongsian kisah kerja saya di Tiktok, tapi mulut orang ni kita tak boleh tutup.
“Saya buat tak tahu ajelah, sampai bila nak rasa malu dan sembunyikan kerja kita, lama-lama orang akan tahu juga. Impian saya hanya satu, nak menggembirakan mak ayah, setiap kali dapat gaji saya akan dahulukan mereka,” tambahnya.
Setiap pekerjaan di dunia membawa kepentingan dalam kitaran hidup manusia ini, jadi jangan memandang hina pekerjaan seseorang.
Ads
Semoga perkongsian daripada Mamat ini dapat memberikan manfaat dan inspirasi bahawa walaupun seseorang itu tidak mempunyai kelulusan pelajaran yang tinggi, kita masih berpeluang untuk mengubah hidup kita dan memperoleh pendapatan yang kita inginkan asalkan berusaha sedaya upaya walaupun dengan menggunakan kudrat tenaga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau selama ini korang jenis suka kumpul saman dan rasa gerun kalau tak bayar saman dikeluarkan oleh pihak polis, ada berita baik mulai semalam 25 Mac hingga 14 April 2021 sempena Hari Polis 2021.
Berdasarkan penerangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pembayaran menerusi portal dan aplikasi itu membolehkan orang ramai membuat pembayaran saman secara dalam talian dengan lebih mudah.
Ini merupakan satu inisiatif yang amat terpuji oleh PDRM kerana mampu memberikan kepada orang awam untuk melakukan pembayaran tanpa perlu beratur dan bersesak di kaunter bayaran sedia ada. Bahkan, penjarakan sosial serta pematuhan kepada SOP di musim wabak pandemik ini dapat diikuti.
Tapi korang masih kurang jelas bagaimana untuk membayar saman ini, mungkin perkongsian seorang pengguna Facebook dengan nama Atikah Puat ini boleh membantu.
Harini PDRM dah buat diskaun saman separuh harga. Haa pegi la bayar saman tu. Jimat dah dari RM160 dapat RM80, balance RM80 kita bersidang di KFC ye. Tapi masih jaga penjarakan sosial ya. Thanks me later. Promo till 11/4/2021.
Secara umumnya, diskaun saman 50% sempena Hari Polis 2021 ini adalah untuk semua jenis saman KECUALI:
Saman Kemalangan Tahun 2020 & 2021
Saman status No Compound (NC) Tahun 2018 / 2019 / 2020 & 2021
Saman status bicara mahkamah (m)
Saman Berkaitan Kesalahan M / Lori
Saman Potong Secara Bahaya / Potong Q Tahun 2020 / 2021
Smana menggunakan lorong kecemasan Tahun 2020 / 2021
Saman jalan semasa lampu isyarat merah Tahun 2020 / 2021
Saman potong di garisan berkembar tahun 2020 /2021
Saman berkaitan ubahsuai ekzos yang dikeluarkan bermula 1/3/2021
**Tertakluk kepada terma dan syarat
Marilah since ramai tanya macam mana nak setelkan saman. Step by step dekat gambar ye anak anak.
Step 1
Mula mula login je https://mybayar.rmp.gov.my/en ikut link ni.
Register macam biasa. New user tu nak sign up la ye. Sign in tu login je kalau dah ada akaun.
Step 2
Step 3
Ni dah siap bayar. Nanti kalau dah siap bayar. Dia akan kasi notifikasi dah langsai korang bayar tu. Ha mudah kan. Jangan lupa save resit untuk disimpan.
Step 4
Akhir kata inilah resit yang berjaya dah bayar.
Harap perkongsian ini membantu korang semua.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga sudah cukup membuatkan rakyat kreatif mengisi masa lapang masing-masing.
Carian di Google mendapati setiap perkongsian resipi akan mendapat rating tinggi dan menjadi viral di media sosial. Mana yang jarang memasak namun disebabkan resipi itu viral, kita akan teruja untuk mencubanya.
Namun tidak semua resipi yang kita cuba itu menjadi. Seperti kata orang, hidup tak semestinya indah setiap hari.
Jika sebelum ini kita tahu blog Masak Apa Hari Ini yang viral disebabkan perkongsian resipinya tetapi rupanya ada satu lagi blog masakan dinamakan MASAK APA TAK JADI HARI NI #MATJHN
Haha. Terhibur rasa hati melihat perkongsian dari mereka yang membuat perkongsian di blog ini.
Lucu melihat “rupa” dan bentuk masakan-masakan di syer ke page ini. Benar-benar terhibur jadinya.
Tapi kalau tak cuba masak tak tahukan dan sampai bila tak akan pandai. Kata orang biarlah belajar dari pengalaman, baru kita akan memahami erti kehidupan.
Jom tengok resipi dikongsi tapi kurang menjadi. Apa yang penting kita dah cubakan dan jangan mengalah membuatnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejurus selesai dengan majlis konvokesyennya pada sebelah pagi semalam, anak kepada pengasas produk Jamu Mak Dara, Halimah Shuib yang lebih mesra dengan panggilan Ibu Halimah telah memaklumkan bahawa ibunya itu telah meninggal dunia kira-kira jam 8.40 malam tadi.
Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali aka Habib yang juga merupakan Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn Bhd berkata, ibunya yang juga merupakan ikon perniagaan tempatan itu menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang tidur.
Jenazah dijadualkan dikebumi pada jam 9.00 pagi tadi di Tanah Perkuburan islam Rengit, Batu Pahat, Johor.
Kongsi Habib kepada Media Hiburan, kali terakhir Habib menemui ibunya itu adalah pada dua hari lalu. Bagaimanapun, Habib sempat berhubungan dengan ibunya selepas majlis konvokesyen semalam.
“Pagi Ahad, saya ada hantar video majlis konvokesyen saya kepadanya. Dia panjatkan rasa syukur atas kejayaan itu dan sifatkan saya sebagai anak yang baik.
“Malah ketika berkongsi mengenai majlis graduasi itu di media sosial, saya ada dedikasikan kejayaan itu kepadanya. Tapi hari yang sama dia telah pulang ke rahmatullah,” katanya.
Menerusi hantaran di TikTok yang dimuat naik semula ke akaun Instagram Habib, beliau mencatatkan bahawa kejayaan ini adalah berkat doa daripada Allahyarhamah Ibu Halimah sepanjang hidupnya.
“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih pada ibuku yang melahirkan aku dan sentiasa doakan aku berjaya dalam hidup ini.
“Sekarang tugasku adalah untuk kongsi pengalaman kehidupan manusian dengan yang lain yang memerlukan.”
Dalam pada itu, Habib menyifatkan dirinya dan adik-beradik lain redha dengan pemergian ibu mereka dan berterima kasih di atas doa yang dititipkan oleh orang ramai.
Untuk pengetahuan, Allahyarhamah semasa hayatnya dikenali sebagai seorang yang ramah, tidak boleh duduk diam dan sentiasa tampil positif.
Beliau yang pernah bergelar Ratu Kebaya sebanyak 14 kali percaya bahawa kejelitaan seorang wanita tidak harus bergantung kepada alat solekan semata-mata. Sebaliknya, kecantikan yang sebenar datang dari dalam diri.
Pada tahun 2011, kisah hidup Allahyarhamah pernah dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) dalam persembahan teater bernama Teater Mak Dara Nyonya. Ia menampilkan nama-nama besar sepeti Misha Omar, Sarimah Ibrahim, Khatijah Tan, Fara Fauzana, Juhara Ayob dan Sherry Al-Hadad.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!