PELATIH pakar bedah warga Malaysia Dr Nur Amalina Che Bakri kini menjadi trend di media sosial kerana budi baik beliau kepada bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.
Pembedahan yang berjaya membuang tumor 200 gram pada mulut bayi berusia sembilan bulan itu yang dijalankan di sebuah hospital kanak-kanak di London hasil inisiatif beliau, menjadi tular semalam.
Beliau menduduki tempat kelapan antara tweet paling tinggi di Twitter, menerima 44,500 tweet setakat 1 tengah hari.
Pengguna Twitter mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada beliau atas kejayaan pembedahan itu dan bantuan yang dihulurkannya bagi membolehkan Ainul Mardhiah dibawa ke London bersama ibu bapanya untuk menjalani pembedahan itu.
Selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor menerusi akaun Twitternya, @Neelofa menyatakan kesyukuran atas kejayaan pembedahan itu dan mendoakan agar Ainul Mardhiah cepat sembuh.
“Alhamdulillah, berita baik! Semoga cepat sembuh Ainul dan terima kasih kepada pasukan yang hebat dan Dr Nur Amalina atas usaha ini!”
Koresponden TV3 Malaysia di United Kingdom, Haliza Hashim (@HalizaTV3London) menyatakan terima kasih kepada Dr Nur Amalina atas usaha beliau membawa keluarga itu ke London.
“Sejak beberapa tahun ini saya menulis banyak cerita mengenai @DrAmalinaBakri.
Ads
“Betapa besarnya cabaran untuk membawa bayi #ainulmardhiah ke London. Saya amat berbangga dengan anda, doktor!” katanya menerusi tweet.
Pengguna Twitter, @Haziq_Escobar juga menyentuh mengenai pembedahan itu dan mengucapkan tahniah kepada Dr Nur Amalina atas usaha luar biasa beliau itu.
“Terima kasih kepada Dr Amalina Bakri, bayi Ainul berjaya melalui pembedahan untuk membuang tumor itu.
“Tidak lama lagi mereka akan tahu sama ada kanser itu sudah tidak aktif lagi atau sebaliknya.
Ads
“Kejayaan hebat buat doktor dan orang ramai yang menghulurkan sumbangan. Mereka benar-benar berhati mulia dan anugerah Tuhan,” katanya.
Pengguna Twitter lain,@princessfazriyn berkata: “Dr Amalina kini menjadi trend.
“Wahai rakyat Malaysia, marilah kita meluangkan masa sejenak untuk menghargai pengorbanan beliau daripada tiada apa-apa kepada sesuatu yang amat bermakna buat keluarga Ainul (dan juga kita, rakyat Malaysia). Dr Amalina layak digelar ‘superwoman’.”
Sementara itu, netizen memenuhkan akaun Instagram Dr Nur Amalina dengan ucapan tahniah dan komen baik atas kejayaan pembedahan itu.
Pelakon Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross menerusi akaun Instagram beliau catrionabrianross) mencatat: “Alhamdulillah…tahniah Dr Amalina & pasukan.”
Ads
Pakar Dermatologi Dr Shaaira Nasir memuji Dr Nur Amalina atas kejayaannya menyelamatkan bayi itu.
“Usaha yang menakjubkan. Saya tidak sabar-sabar hendak melihat kemajuan dan perkembangan beliau mulai sekarang. Alhamdulillah,” katanya di status Instagram Dr Nur Amalina.
Semalam, bapa Ainul Mardhiah memberitahu menerusi akaun Facebooknya yang Ainul sudah sedar dan dirawat di unit rawatan rapi untuk memastikan keadaannya stabil sebelum dipindahkan ke wad biasa.
Hari ini, beliau menghantar video Ainul Mardhiah yang cuba bertindak balas kepada ibunya yang bertutur sesuatu kepadanya.
Berita mengenai keadaan kanak-kanak itu tular di media sosial sebelum Dr Nur Amalina menghulurkan bantuan.
Malaysia Airlines menyumbangkan tiket penerbangan untuk bayi itu dan ibu bapanya.
SUMBER : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Okay, ini adalah kek yang kami inginkan untuk hari jadi seterusnya!
Biasalah kan apabila tibanya hari kelahiran seseorang yang kita sayangi, satu menu wajib yang bakal dihidangkan di atas meja adalah ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC).
Namun apa yang ingin kami kupaskan kali ini bukanlah mengenai ayam goreng tetapi mengenai kek hari jadi yang menyerupai bentuk menu bucket popular daripada KFC itu! Ingatkan baru nak menikmati ayam goreng berempah, namun rasanya menyerupai vanila pula.
Kek tersebut adalah hasil karya seorang wanita tempatan bernama Karmen-Ann Mariswamy, 29.
Menurutnya, ia adalah hasil permintaan rakannya yang amat menggemari ayam goreng KFC sehinggakan kek harijadinya juga ingin kelihatan seperti ayam goreng KFC!
Sumber Foto: Karmen-Ann.
Hiasan bucket itu sebenarnya merupakan kek lemon butter, lemon buttercream dan white chocolate ganache. Manakala bahagian ayam gorengnya pula merupakan kek vanila yang mempunyai taburan cornflake. Tambah mengagumkan apabila Karmen’Ann hanya memerlukan 2 hari saja untuk menyiapkannya.
Setelah ramai warganet yang mula memperkatakan mengenai kreativiti Karmen-Ann itu, ia menjadikan pembuat kek itu dihujani dengan persoalan mengenai jenis-jenis kek lain yang boleh dihasilkannya.
Dalam temuramah bersama FMT baru-baru ini, dia mula memiliki minat terhadap bidang kulinari setelah melihat kakaknya sendiri menyediakan kek pada usia muda. Selepas melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama, dia diterima sebagai cef pastri di Westin Hotel dan dari situlah dia mula bereksperimentasi dengan dekorasi kek berbeza.
Cuba korang lihat beberapa lagi dekorasi kek yang pernah dihasilkan olehnya.
Kes positif Covid-19 yang semakin meningkat terutamanya di negeri Sabah sejak kebelakangan ini sudah tentu menggusarkan banyak pihak. Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) pun telah dilaksanakan bagi mengelak pendemik Covid-19 terus menular.
Bukan hanya mereka yang duduk dibandar merasa kesannya, malah mereka yang tinggal di kampung dan pedalaman juga terasa ‘sakitnya’ kerana tidak dapat keluar untuk melakukan kegiatan harian.
Baru-baru ini, pihak Remaja dihubungi oleh seorang pemuda bersifat pemurah dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang terjejas terutamanya di Sabah.
Adrian Edy Siaw Chee Hua, berkongsi aktiviti kebajikannya dengan mewujudkan ‘Food Bank’ kerana bimbang dan risau kepada golongan miskin dan miskin tegar serta golongan berpendapatan rendah. Tambahan lagi dengan pelaksanaan PKPB kepada keluarga yang kurang berkemampuan di dearah Inanam, Sabah.
Free jer, ambil sahaja
Tujuannya adalah untuk memberi kemudahan buat sesiapa sahaja golongan yang memerlukan, mendapatkan bekalan makanan tanpa perlu membayar. Menurut Edy beliau sebelum ini mengedarkan makanan dari rumah ke rumah, tapi disebabkan kes Covid19 yang semakin meningkat menyebabkan idea ‘food bank’ tercetus.
Baru dilancarkan sebulan, menurut Edy setiap keluarga dibenarkan mengambil 4 item yang disediakan. Hal ini bagi memastikan semua keluarga dapat bantuan yang disalurkan ini.
Sebelum PKPB ‘Foodbank’ ini dibuka dari Isnin hingga Jumaat tetapi disebabkan PKPB, Edy menambah sehari lagi sampai Sabtu sebab ramai terjejas dengan keadaan sekarang.
.
Setakat ini. lebih kurang 100 keluarga di daerah Inanam dapat manfaat daripada ‘foodbank’ ni.
Program Sarapan Percuma Dan Bank Alat Tulis
Selain ‘food bank’, pemuda ini juga akan menyalurkan bantuan kepada pelajar-pelajar sekolah dengan program “Sarapan Percuma” dan Bank alat tulis selepas PKPB di Sabah berakhir.
Kalau korang berminat untuk menghulurkan bantuan, boleh la hubungi Edy.
Semoga Eddy terus dimurahkan rezeki dan niatnya untuk membantu orang yang memerlukan di serata daerah di Sabah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat nampaknya ditangguhkan lagi sebulan dan kali ini, ia membabitkan hampir seluruh Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan. Ekoran daripada itu, menurut Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, Jefny Muhamad, mulai 9 November 2020 semua pemandu dan penumpang kenderaan dari Zon Merah yang memasuki Kelantan dikehendaki menjalani ujian saringan COVID-19.
Keputusan ini dibuat selepas mesyuarat khas yang dijalankan MKN bersama beberapa agensi berkaitan, berikutan pelaksanaan PKPB di semua negeri Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan bermula 9 November hingga 6 Disember 2020.
Semua pemandu kenderaan dan penumpang terutama dari zon merah seperti Selangor dan Kuala Lumpur akan diminta menjalani ujian swab bagi memastikan mereka bebas daripada COVID-19. Sesetengahnya daripada mereka turut akan dipakaikan gelang mengikut warna tertentu yang ditetapkan Jabatan Kesihatan bagi menunjukkan mereka dari zon merah.
Menurut Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat, empat sekatan jalan raya di sempadan negeri itu, iaitu di Bukit Yong dan Tok Bali masing-masing dalam jajahan Pasir Puteh serta di Gua Musang dan Jeli akan diperketatkan mulai tengah malam Ahad.
Beliau juga menasihatkan mana-mana pihak yang tidak mempunyai urusan penting di negeri itu agar menangguhkan terlebih dahulu hasrat untuk ke Kelantan bagi mengelak penularan COVID-19.
Inisiatif ini turut mendapat pujian daripada netizen kerana ia dilihat dapat mengawal penularan wabak pandemik ini.
Namun, ramai juga yang bertanya sama ada ujian saringan ini berbayar atau percuma. Kami juga tidak dapat mengesahkannya, sama-sama kita tunggu penjelasan dari pihak MKN Kelantan.