Zaman sekarang ni, kita tidak boleh memilih kerja untuk hidup senang dan berjaya. Hanya berbekalkan berus, kain, sabun, mop dan plastik sampah, seorang wanita berjaya meraih RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!
Kisah wanita muda yang tular dimedia sosial TikTok ini cukup memberi inspirasi buat buat wanita lain di luar sana.
Bayangkan, dikala usia menjangkau 23 tahun, mungkin kebanyakkan dari kita baru memulakan kerjaya selepas tamat belajar diperingkat Ijazah. Namun, empunya badan bernama Jennifer Hernandez ini sudah bergelar jutawan dengan hanya menawarkan khidmat membersihkan kediaman.
Inspirasi Wanita
Hernandez yang kini memiliki bisnes pembersihan kediaman dan komersial menjadi viral usai dikatakan memperoleh $600,000 atau kira-kira RM2.6 juta sebulan.
Jennifer Hernandez kini bergelar jutawan dengan hanya menawarkan khidmat membersihkan kediaman
Menerusi laporan Dailymail, wanita hebat itu memulakan perniagaan tersebut ketika sedang hamil enam bulan, selain mempunyai seorang bayi untuk dijaga. Lebih menarik lagi, sebelum itu, beliau bergantung sepenuhnya dengan kewangan suami.
Ads
Pun begitu, selepas kejayaan tersebut, suaminya mengambil keputusan berhenti kerja dan membantu Hernandez mengembangkan bisnes berkenaan.
“Sebelum itu, kami terpaksa membawa anak bersama ketika membersihkan kediaman pelanggan sehinggalah kami mampu mendapatkan pengasuh selepas beberapa bulan kemudian,” ujar wanita berkenaan.
Pendapatan Lumayan
Pada setiap hari, Hernandez dikatakan akan membersihkan lima pejabat dengan bayaran AS$250 (RM1,065) setiap satu. Malah, dalam seminggu, beliau berjaya mengumpul pendapatan sebanyak AS$8,759 atau RM37,344.
Jennifer Hernandez kini bergelar jutawan dengan hanya menawarkan khidmat membersihkan kediaman
Kata-kata usahawan muda itu menerusi laman TikToknya @tropicalcleanings memang menyuntik inspirasi.
Ads
Katanya: “Cuba kira, jumlahnya AS$600,000 sebulan. Saya hanya berusia 23 tahun. Mari kita lakukan. Awak pun boleh.
“Apabila anda mahukan sesuatu, pergi mendapatkannya. Tidak kira apa yang berlaku, pasti ada cara dan jalan.”
Menerusi berpuluh-puluh klip video yang dimuat naik di platform berkenaan, Hernandes turut menjawab pelbagai soalan yang dilontarkan dan berkongsi tip perniagaannya yang kian berkembang.
Antaranya, beliau menasihatkan pengikutnya supaya meninjau dan menyertai Homeaglow iaitu aplikasi pembersihan rumah bertaraf lima bintang.
Ads
Bahkan, Hernandez turut mengiklankan perniagaan kepada jirannya secara percuma menggunakan aplikasi Nextdoor. Setakat artikel ini ditulis, perniagaan beliau Tropical Cleaning sudah memiliki 20 pekerja yang bekerja secara syif selama lapan jam sehari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seminggu telah berlalu selepas berlakunya tragedi tiga anak kapal yang dilaporkan hilang setelah bot yang dinaiki mereka terbalik akibat ribut dan ombak besar.
Bot tunda Ever Winner yang berlepas dari Kinabatangan ke Sandakan itu dilaporkan karam di perairan Kuala Kinabatangan Besar.
Dalam perjalanan tersebut, ia sedang menunda sebuah tongkang bernama Ever Eternity tanpa muatan dan mengharungi cuaca buruk sebelum disedari hilang oleh syarikat pengangkutan bot.
Mereka yang hilang dalam kejadian jam 4 pagi itu ialah kapten bot, Mohamad Mal, 49, serta dua kru, Mohd Hafiz Isyra Nagrah, 22 dan Azlan Hassan, 23.
REMAJA menghubungi abang kepada salah seoang mangsa yang hilang iaitu Azlan Hassan.
Menurut Albin Hassan, dia tidak menyangka tragedi buruk seperti akan menimpa adiknya. Tambahan pula apabila mangsa baru saja memulakan pekerjaan tersebut kira-kira sebulan lebih dan baru saja berlayar bersama rakan sekerja lain selama tiga kali.
Menurut Albin, pasukan penyelamat buat masa ini tidak dapat meneruskan pencarian untuk hari kelapan disebabkan keadaan cuaca dan laut yang masih bergelora.
Namun, disebabkan kasih ibu dan ayah, meraka sanggup membina pondok kecil berdekatan Sungai Kinabatangan demi usaha mencari adiknya itu. Hal ini kerana keluarga Albin menetap di Sandakan dan perjalanan ke pulau tersebut mengambil masa 3 jam.
Albin sempat berkongsi satu video sebelum adiknya dan rakan yang lain bertolak ke laut pada hari kejadian.
Dapat diperhatikan, mereka kelihatan begitu gembira dan teruja. Namun, tiada siapa menyangka itulah momen terakhir mereka menemui keluarga sendiri sebelum tragedi berlaku.
Setakat ini, usaha menyelamat dan mencari mangsa hilang masih giat dijalankan oleh ahli keluarga dan pegawai yang bertugas.
Marilah kita berdoa agar adik Azlan dan rakan-rakan lain dijumpai dengan selamat. Kami dari pihak REMAJA mendoakan urusan Albin sekeluarga dipermudahkan dan bertabah dengan dugaan yang menimpa ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak sampai seminggu lagi negara kita akan menjalani satu lagi proses pilihan raya bagi menentukan hala tuju masa depan negara. Demam pilihan raya kini bukanlah boleh dirasakan tetapi bahangnya semakin panas. Pelbagai idea kreatif dari parti-parti yang bertanding dipersembahkan dalam bentuk sepanduk, papan tanda, bendera dan juga jelajah bertemu dengan penduduk setempat.
Antara perkara yang paling menarik perhatian ramai pada PRU14 kali ini sudah tentunya calon-calon muda yang bertanding. Sebeum ini Remaja pernah memaparkan 6 calon muda dari pelbagai parti yang menarik perhatian ramai. Pada pilihanraya kali ini juga kita dapat menyaksikan semakin ramai calon-calon muda dipertaruhkan oleh kesemua parti bagi memberikan sebuah wadah dan nafas baru kepimpinan generasi muda.
Salah seorang calon yang dikatakan paling mendapat perhatian ramai ialah Jo-Anna Henley Rampas, calon daripada Parti Warisan Sabah. Ramai mungkin tertanya-tanya siapakah gerangannya gadis baru berusia 28 tahun yang diberi kepercayaan oleh pucuk kepimpinan Parti Warisan Sabah untuk menjadi calon di N11 Kiulu, Sabah.
First of all, Remaja ingin tekankan bahawa Jo-Anna bukanlah sekadar figura yang mempunyai rupa paras yang cantik. She is the definition of beauty with brain! Dengan latar belakang pendidikan dan berkelulusan jurusan undang-undang dari University of London, Jo-Anna memiliki kredibiliti yang tidak perlu dipertikaikan.
Gadis berketurunan kacukan Dusun dan British ini juga pernah menjadi Naib Juara Bintang RTM 2009 yang pada ketika itu dimenangi oleh Ernie Zakri. Dan sebelum menyertai program nyayian popular tersebut, Jo-Ann juga pernah diangkat sebagai pemenang Unduk Ngadau (pertandingan ratu cantik Kadazan Dusun yang diadakan pada perayaan Pesta Keamatan) ketika berusia 17 tahun.
Jo Anna dibesarkan oleh keluarganya di Kota Kinabalu, Kiuli dan Patagas. Pendedahannya dalam dunia politik bermula dengan penglibatan bapa saudaranya, Datuk Louis Rampas yang merupakan bekas ADUN Kiulu. Ibunya juga pernah menjadi calon bagi Parti AKAR pada tahun 1994.
Menurut sumber, Jo Anna mula mengenali Parti Warisan Sabah daripada pekerja yang membaiki bumbung rumahnya. Dan dari situ Jo Anna mula berjinak-jinak ke dalam bidang politik sesuai dengan latar bekalangnya yang mempunyai cukup pendidikan dan aspirasi tinggi.
Dilihat sebagai ikon muda yang membawa nafas baru dalam Parti Warisan Sabah, Jo-Anna ingin membawa generasi muda agar bertanggungjawab untuk negeri tercinta, Sabah dan Malaysia secara amnya.
Remaja ucapkan selamat maju jaya buat Jo-Anna. Jika ditakdirkan menang pada PRU14, Remaja berharap agar Jo-Anna akan terus menjadi suara generasi muda dan merealisasikan impian pengundi yang memilihnya.
Buat korang semua, Remaja ingin menyeru agar meraikan perbezaan pandangan politik dengan lebih matang. Remaja percaya kira merupakan generasi yang bakal mewarisi negara pada masa akan datang boleh menjadi generasi yang bijak berpolitik.
All the best!
Foto: Jo-Anna Sue Henley Rampas & MySabah.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memang sakit hatikan bila kena tipu. Rasa kalau orang menipu itu ada depan mata, mahu penumbuk naik ke muka.
Inilah yang dirasai seorang wanita dari Milwaukee, Wisconsin, apabila hajatnya mahu membeli telefon pintar iPhone 6 bertukar menjadi dendam kerana dia tidak mendapat telefon seperti dihajatinya sebaliknya sebaik membuka kotak, di dalamnya terdapat 11 kepingan kentang yang belum digoreng.
Hanya ada kentang sebaik mangsa membuka kotak iPhone 6 nya -pix LiveLeak
Dipetik dari Metro UK wanita ini telah dipedaya oleh seorang lelaki yang menjual telefon bimbit tersebut pada harga USD100 (RM411) sempena jualan “Black Friday”.
“Saya bertanya kepadanya, adakah dia ada menjual iphoene 6 dan dia mengakui ada menjual pelbagai jenis barangan. Baju, kasut, jam tangan, dompet, DVD, CD, telefon bimbit dan komputer riba.
“Bila saya bertanya mengenai iPhone 6 dia kata ada dan akan menjualnya pada harga USD100.
Demi memastikan lelaki berkenaan benar-benar tidak menipunya, wanita tersebut menyuruh lelaki tersebut mendail telefon bimbit yang telah diaktifkan.
“Ya, ia berbunyi dan saya yakin dengan hal itu. Saya kemudian membayarnya dan bawa pulang selain lelaki berkenaan memberi resit sebagai bukti. Bila balik ke rumah, saya hadapi di dalam kotak berkenaan ada 11 potongan kentang selain pengecasnya.
Yang ada hanya pengecas sahaja. Mana nak dicucukkan – picLiveLeak
Mangsa itu menambah, “Apa yang saya sepatutnya lakukan dengan ini? Saya sangat sakit hati sekarang. Segala-galanya sangat menyakitkan hati!
Kalau kita di tempatnya pun kompom sakit hatikan. Dah penat-penat keluarkan duit, kentang yang dapat. Sapa tak sakit hati.
TENGOK VIDEO DI BAWAH BAGAIMANA SAKITNYA HATI WANITA INI BILA KENA TIPU
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.