Kami tak dapat sorokkan perasaan bangga apabila mendapat tahu bahawa Malaysia bakal menghantar seorang peserta menyertai sebuah pertandingan realiti nyanyian mega di China.
Untuk pengetahuan korang, pertandingan yang dikenali sebagai CHUANG 2020 ini merupakan sebuah rancangan siri realiti yang mencari 7 orang penyanyi perempuan untuk digabungkan sebagai sebuah kumpulan pop antarabangsa terkenal.
Cuba bayangkan Little Mix atau Fifth Harmony, tetapi versi Asia.
Seramai 101 orang peserta perempuan telah terpilih untuk merebut peluang menjadi penyanyi terkenal, dan ia termasuklah peserta tunggal dari Malaysia ini.
Joyce Chu mencuri perhatian ramai pihak setelah video muziknya bertajuk I Miss You bertukar viral. Dilahirkan dan dibesarkan di Johor Bahru, Joyce menjadi satu-satunya trainee dari Malaysia dan tidak mustahil, dia akan menjadi terkenal di dalam industri hiburan Cina antarabangsa kelak.
Tambah mendebarkan adalah apabila Joyce dan 100 peserta lain akan dilatih oleh Tao (bekas ahli EXO), Luhan (bekas ahli EXO), Victoria (bekas ahli f(x)) dan Mao Buyi (juara pertandingan The Coming One, mirip CHUANG tetapi untuk lelaki).
Ads
Dan tentunya mereka perlu melakukan persembahan di hadapan 4 orang jurulatih ini.
Bukan skil nyanyian dan bakat saja yang akan diadili. Peserta juga perlu menunjukkan keyakinan diri, semangat dan keremajaan masing-masing di hadapan jutaan penonton seluruh dunia.
Jom sokong Joyce dengan menonton CHUANG 2020 di WeTV!. Episod baru akan keudara setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 8 malam.
Ads
Korang juga boleh mengundi Joyce dan 6 orang peserta lain pada setiap hari di aplikasi WeTV!. Pusingan pertama undian akan berakhir pada 18 Mei ini (11 pagi). Jadi cepat-cepat mengundi okay!
All the best Joyce!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jumaat lalu menjadi tarikh istimewa buat penyanyi dan ikon fesyen kegemaran kami, Yunalis Zarai apabila dia selamat diijabkabulkan dengan kekasih hati, Adam Sinclair yang juga merupakan adik kepada selebriti, Ashraf Sinclair dan Aishah Sinclair.
Di sebalik berita yang mengejutkan pihak peminat itu, ahli keluarga, rakan terdekat serta rakan media sebenarnya sudahpun dimaklumkan terlebih dulu tentang majlis itu.
Ramai yang tak putus-putus mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.
Namun, tak kurang ramai yang merasa kagum kepada rekaan pelamin dan baju yang disarung oleh Yuna pada majlis tersebut. #pelamingoals !
HANYA Yuna yang boleh mencetuskan trend pelamin di atas gunung apabila dia dan Adam memilih venue Puncak Rimba di Bentong sebagai lokasi akad nikah dan majlis resepsi.
Tapi korang tahu tak, tiga orang penting di sebalik majlis ini semuanya berasal daripada graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM)?
FIRDEE OTHMAN
Seperti yang dikongsikan oleh Khairul Ikram di Twitter miliknya, Firdee Othman adalah merupakan graduan Diploma Rekaan Dalaman dari UiTM Seri Iskandar, dari batch ke-54 ‘Bulan Studio’.
Semasa menyambung pengajian pada peringkat ijazah Sarjana Muda pula, Firdee memilih jurusan Seni Bina Dalaman di UiTM Shah Alam bersama batch Amadeus Studio. Tak hairanlah rekaan Firdee untuk pelamin dan gubahan bunga perkahwinan Yuna cantik sangat!
Dalam perkongsian di Instagram, Firdee mengakui proses menyiapkan pelamin untuk Yuna dan Adam sedikit memenatkan. Barangkali kerana majlis diadakan di kawasan pergunungan di luar kawasan Kuala Lumpur.
Namun, setelah membaca reviu dan komen yang memuji rekaan ala Tropikal itu, dia sendiri berasa terharu dengan feedback yang diterima.
Kini, Firdee memiliki syarikat perkhidmatan perancang perkahwinan dan acara sendiri bernama TheCalla. Flores.KL yang menyediakan khidmat gubahan bunga dan hantaran untuk acara Jumaat lalu juga merupakan pecahan anak syarikat milik Firdee.
Pereka Hatta Dolmat tak perlukan pengenalan lagi memandangkan ramai serba tahu kebolehan dan kredibiliti yang selalu diletakkan oleh beliau pada rekaan baju pengantin mahupun koleksi siap pakai (Ready To Wear).
Hatta juga merupakan go-to-designer Yuna sekiranya dia menghadiri sebarang acara hiburan, persembahan, anugerah atau – in this case – perkahwinannya sendiri.
Walaupun ura-ura Hatta bakal menjadi pereka pilihan Yuna untuk perkahwinannya bertebaran, namun baik Hatta mahupun Yuna tidak memberikan hint di media sosial.
Hatta Dolmat merupakan alumni jurusan Seni Reka Fesyen di UiTM Seri Iskandar. Dalam perkongsian di Instagram sekitar November tahun lalu, Hatta pernah berkongsi bahawa projek tahun terakhir diploma beliau mendapat keputusan 4 flat dan sehingga kini, gambar rekaan baju itu dibingkaikan di UiTM.
Untuk persalinan Yuna semasa majlis akad nikah, Hatta menggunakan fabrik lace dan lace bunga dari stor Moods di Los Angelas, stor sama yang selalu ditunjukkan dalam siri Project Runway USA. Hatta juga merupakan pereka untuk pakaian gadis pengiring (bridesmaids) Yuna.
Apalah erti hari perkahwinan if you do not look your best.
Yuna memilih jurumekap self-taught, Noriana yang cukup familiar dengan dandanan selebriti Malaysia. Kongsinya kepada penulis secara peribadi, dia merupakan pelajar junior kepada Yuna di UiTM Kedah dan Shah Alam. Yuna turut selalu meminta khidmat Noriana ketika menghadiri sebarang acara.
Jangan lupa untuk follow Instagram miliknya jika korang nak lihat hasil sentuhan mekapnya pada wajah selebriti. Mana tahu, esok boleh nampak macam Yuna jugak!
Setelah menamatkan zaman sekolah menengah di SMK USJ 4, Subang Jaya, Yuna telah memilih jurusan Undang-Undang di UiTM Shah Alam.
Semasa belajar di UiTM lah, Yuna mula berjinak-jinak mempelajari gitar dan lagu pertama yang dimainkannya ialah single Peterpan bertajuk ‘Ku Katakan Dengan Indah’.
Pada tahun 2009, Yuna menamatkan pengajian dengan ijazah sarjana muda Pengajian Undang-Undang (Hons) (!) Penulis masih ingat lagi antara temu ramah pertama Yuna bersama rancangan 8TV Quickie di saluran 8TV.
Masih malu, awkward berhadapan dengan lensa kamera namun mempunyai personaliti ceria dan yakin dengan bakat yang dimilikinya.
Cepatnya masa berlalu. Kini Yuna sah menjadi isteri kepada Adam dan tiada apa yang diharapkan oleh penulis melainkan kesejahteraan, kesihatan yang baik dan perkahwinan yang berkekalan sehingga akhir hayat.
Bak kata Yuna sendiri dalam trek ‘Best Love’ :
I guess it’s not too much to ask If you feel the same We can build something that will last No more playing games
You’re the best kind of love
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Julia Farhana selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, pada 14 Disember lalu di sebuah hotel di ibu kota.
Pelakon naskhah popular Rumi dan Jawi itu mendedahkan perkhabaran gembira tersebut menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya, sebentar tadi.
Sehubungan itu, Julia memohon maaf kerana tidak meniemput media dan rakan-rakan kerana majlis pernikahan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
“Saya mahu berkongsi secara rasmi bahawa saya kini isteri kepada Che Hafiz. Kami ingin mohon maaf kerana lewat memberitahu hal ini kepada rakan-rakan dan media disebabkan ia adalah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga.
“Saya dan suami memohon doa semua dalam perjalanan kami sebagai suami isteri. Alhamdulillah sesi akad nikah saya dan isteri telah berjalan dengan lancar,” coretnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti merakamkan ucapan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli itu selain mendoakan yang baik-baik buat mereka.
Untuk rekod, Dr Che Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Laana Haura yang kini berusia lima tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tak dinafikan satu ketika dulu, medium pengiklanan televisyen antara yang mudah untuk mendapat perhatian masyarakat.
Tapi yang bestnya kami rasa sampai sekarang pun memang orang sangat tertarik dengan iklan TV, lagi-lagi iklan yang rare dan kreatif.
Korang boleh tunggu bila tiba waktu perayaan, confirm keluar macam-macam jenis iklan yang mengusik emosi dan membuatkan iklan tu stuck dalam kepala korang sehingga bertahun-tahun.
Hebatkan pengaruh iklan TV ni rupanya.
Just nak bagi throwback sikit, iklan-iklan dulu pun tak kurang impaknya kepada generasi kita. Tak tahu la sama ada korang dah lahir ke belum, just fyi iklan zaman dulu pun best tau. Sampai korang pun boleh hafal lagu-lagu iklan tu. Hiks!
Jom kita recap sikit..
1. Perencah nasi goreng Adabi
2. Ubat batuk cap ibu & anak
3. Trojan pekasa
4. Nano nano
5. Keropok Mony
6. Gardenia
7. Sabun Axion
8. Eno
9. Maggi
10. Ridsect
11. Minyak Cap Kapak
12. Milo
13. Sup bunjut
Amacam, legend je tau yang tahu iklan-iklan ni. Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaru, bagi pelajar sekolah menengah, kini anda sudah pun boleh menyemak keputusan bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bermula pada 13 Januari...