Sekiranya korang merupakan peminat program realiti berbentuk masakan, pastinya salah sebuah program yang korang gemari ialah Great British Bake Off.
Kini dalam sebuah program ‘spin-off’ berjudul Junior Bake Off (JBO), seorang gadis Malaysia berusia 12 tahun sedang mempersiapkan diri untuk bertarung di episod finalnya tidak lama lagi!
Aisya Syahrul baru-baru ini telahpun berjaya mara ke pusingan seterusnya bersama tiga lagi orang peserta cilik lain setelah dia mempertaruhkan budaya Malaysia dalam menu yang dihasilkannya.
Selain Aisya, lapan peserta yang mara ke minggu akhir ini ialah Kezia, Lola, Macy, Quique, Aisya, Fraser, Gabriel dan Salma,
Sebagai contoh, apabila peserta diberikan cabaran bertema ‘Dessert Imposter’, Aisya menyediakan biskut berbentuk sate ayam siap dengan ‘timun’, ‘kuah kacang’, ‘bawang merah’ dan ‘daun pisang’ lagi di atas kek coklat!
Ads
“Bahagian sate ayam diperbuat daripada doh biskut manakala kuah kacang ini sebenarnya merupakan sos karamel yang ditabur dengan kacang,” katanya sewaktu mempersembahkan resepi tersebut.
Juri nyata menyukai kreativiti tersebut dan memuji tekstur hiasan serta ketelitian Aisya dalam penyediaannya. Malah, ia bukan sekadar cantik pada luaran tetapi juga ‘kaya’ dengan lapisan inti pada bahagian dalam kek tersebut.
Hasil kreativiti tersebut, para juri bersepakat mengakui kreativiti dan skil Aisya lalu meletakkannya di episod final JBO yang bakal disiarkan pada 28 Januari ini.
Untuk pengetahuan, Junior Bake Off menyaksikan 16 orang peserta berusia dari 9 hingga 15 tahun bertarung menyediakan masakan.
Mereka dibahagikan kepada dua buah kumpulan dan dari situ, hanya empat orang chef junior yang terpilih untuk mengikuti rakaman penggambaran episod final yang dijadualkan berlangsung pada hari ini di sebuah lokasi rahsia di Britain.
Pelajar dari Manchester ini berkata dia mempelajari skil memasak daripada ibunya serta saling bertukar resepi dengan neneknya yang menetap di Malaysia menerusi panggilan video.
Bakal juaranya akan membawa pulang sebuah trofi kaca berbentuk ‘cake stand’ dan juga gelaran juara Junior Bake Off.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi seorang pencinta bidang fotografi, mendapat pengiktirafan daripada jenama terkenal dunia adalah merupakan impian buat mereka. Akaun Instagram Apple antara platform yang mengumpulkan gambar-gambar menarik hasil karya pengguna iPhone.
Memiliki lebih daripada 26 juta pengikut di laman Instagram, sudah tentu jika gambar kita terpilih untuk disiarkan di akaun mereka, perasaan bangga menyelebungi diri kerana hasil karya kita mendapat perhatian oleh jenama gajet popular antarabangsa ini.
Terbaharu, sebuah gambar milik Badrul Akram Badaruddin telah pun dimuat naik di Instagram Apple. Pekerja grafik itu mengambil gambar mata kanan anaknya, Luth Fateh ketika dalam perjalanan ke rumah ibunya.
Gambar dirakam secara spontan di dalam kereta kira-kira pukul 6 petang sewaktu matahari terik dengan menggunakan model iPhone 12 Pro Max sebelum memuat naik di instagramnya awal Julai lalu.
Lelaki itu tidak menyangka bahawa dia dihubungi pihak Apple untuk meminta butiran dengan memberitahu akan mempertimbangkan gambarnya untuk dimuat naik di IG Apple.
Gambar tersebut menerima lebih daripada 260 ribu tanda suka dan 700 komen. Rata-rata memuji hasil karya anak muda ini dan berbangga dengan pengiktirafan yang diberi oleh syarikat peranti elektronik itu. Bukan hanya menerima pujian daripada masyarakat Malaysia, malah gambar itu juga turut mendapat perhatian warga luar negara.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan buat Badrul Akram Badaruddin. Semoga lebih ramai lagi karya anak Malaysia mendapat perhatian orang luar.
Dengan kecanggihan teknologi sekarang, sudah tentu ramai diantara kita mengunakan kemudahan awam seperti LRT untuk pergi ke kampus atau ke tempat kerja.
Namun, angka kes positif pandemik COVID-19 di negara kita yang kekal di empat angka, pasti merisaukan pengguna kemudahan awam ini yang semestinya terdedah dengan ramai orang.
Sumber Gambar : Malay Mail
Terbaru, Rapid Rail Sdn Bhd memberi tahu bahawa dua staff operasi mereka disahkan positif COVID-19
“Dua staf operasi LRT laluan Kelana Jaya yang bertugas sebagai pegawai stesen, disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Memberi jaminan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya dan rangkaian-rangkaian rel lain kendalian Rapid Rail adalah selamat meskipun dua kakitangan operasi laluan Kelana Jaya didapati positif COVID-19.
Sumber Gambar : The Star
Dalam satu kenyataan, syarikat itu memaklumkan, tren-tren berkenaan telah ditetapkan untuk menjalani kerja-kerja pembasmian kuman dan pembersihan setiap hari semasa waktu puncak dan selepas operasi.
“Dua staf operasi LRT laluan Kelana Jaya yang bertugas sebagai pegawai stesen, disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Bagaimanapun, korang diingatkan sentiasa mematuhi SOP ditetapkan, khususnya memakai pelitup muka dengan kemas sepanjang masa, sentiasa mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman serta mengambil suhu badan dan mendaftar dengan aplikasi MySejahtera atau di buku log sebelum memasuki tren.
Tatabahasa bahasa Melayu sesungguhnya amat unik dan menarik. Antara yang menarik untuk dikongsi pada kali ini ialah ragam ayat pasif untuk kata kerja transitif berimbuhan “ter-”.
Penutur bahasa Melayu lazimnya menguasai kemahiran untuk menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif. Sebagai contoh:
Jenis Ayat
1
2
3
Ayat aktif
Saya belum membaca novel itu.
Kamu telah membaca novel itu?
Dia tidak membaca novel itu.
Ayat Pasif
Novel itu belum saya baca.
Novel itu telah kamu baca?
Novel itu tidak dibaca olehnya.
Perbezaan tentang ayat pasif diri pertama, diri kedua dan diri ketiga juga dikuasai oleh kebanyakan penutur bahasa Melayu walaupun kesilapan umum seperti “Novel itu belum dibaca oleh saya,” “Novel itu telah dibaca oleh kamu” dan “Novel itu tidak dia baca sering dilakukan”.
Banyak penutur bahasa Melayu sering keliru apabila kata kerja transitif aktif digunakan dalam ayat aktif berimbuhan “ter-”.
Sebenarnya, kata kerja transitif berimbuhan “ter-” amat penting dan mendukung pelbagai maksud dan penggunaan.
Contohnya,
Saya tertelan pil tidur itu kerana tidak membaca label ubat dengan teliti.
(Maksud tertelan: tidak sengaja menelan)
Kamu terangkat almari yang berat itu tanpa bantuan sesiapa?
(maksud terangkat: berupaya untuk mengangkat)
Jika diperhatikan, kata kerja transitif berimbuhan “ter-” ini memang berasal daripada kata kerja transitif berimbuhan “meN-”. Sebagai contoh, tertelan dan terangkat dalam ayat 1 dan 2 di atas boleh digantikan dengan menelan dan mengangkat. Walau bagaimanapun, makna keseluruhan ayat akan berubah walaupun masih gramatis. Kesilapan sering berlaku apabila ayat 1 dan 2 dipasifkan.
Ayat aktif
Saya tertelan pil tidur itu kerana tidak membaca label ubat dengan teliti.
Kamu terangkat almari yang berat itu tanpa bantuan sesiapa?
Ayat pasif yang salah
1a. Pil tidur itu saya telan kerana tidak membaca label ubat dengan telitinya.
2a. Almari yang berat itu kamu angkat tanpa bantuan sesiapa?
1b. Pil tidur itu saya tertelan kerana tidak membaca label ubat dengan teliti.
2b. Almari yang berat itu kamu terangkat tanpa bantuan sesiapa?
Ayat pasif yang tepat
1c. Pil tidur itu tertelan oleh saya kerana tidak membaca label ubat dengan teliti.
2c. Almari yang berat itu terangkatoleh kamu tanpa bantuan sesiapa?
Ayat 1a dan 2a gramatis tetapi makna khusus “tidak sengaja” dan “berupaya” dalam imbuhan “ter-” sudah hilang. Oleh sebab itu ayat 1a dan 2a bukan ayat pasif untuk ayat aktif 1 dan 2. Ayat 1b dan 2b pula menyalahi hukum tatabahasa. Oleh itu, untuk ayat aktif dengan kata kerja transitif berimbuhan “ter-”, struktur ayat pasifnya, baik ayat pasif diri pertama, diri kedua atau diri ketiga semuanya sama sahaja, misalnya tertelan oleh saya dan terangkat oleh kamu.
Kesimpulannya, kita boleh menggunakan ayat seperti “Novel yang tebal itu terbaca oleh saya”.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa & Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Alex Leong Jun Wei
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.